Kuang raya

(Dilencongkan daripada Argusianus)

Kuang raya, kuang, kuau, karuai atau keruai (nama saintifik: Argusianus argus)[4][5]:38[6] ialah spesies burung tanah besar dalam keluarga Phasianidae ditemukan di hutan-hutan Borneo, Sumatra, dan Semenanjung Malaysia di Asia Tenggara.[1] Ia spesies burung tunggal dalam genus Argusianus.[7]

Kuang raya
Burung jantan
Burung betina
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Argusianus
Spesies:
A. argus
Nama binomial
Argusianus argus
Sinonim
  • Phasianus argus Linnaeus, 1766
  • Pavo argus
  • Argusianus bipunctatus
  • Argus bipunctatus Wood, 1871
  • Argus giganteus Temminck, 1813[3]

Burung ini merupakan spesies haiwan yang dilindungi di Malaysia dan pemburuannya memerlukan lesen kebenaran; jika tidak, pemburu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000, hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali.[8]:41, 128

Peristilahan

sunting

Nama kuang (Jawi: کواڠ) digunakan di Perak;[9] nama kuau (Jawi: کواو) digunakan di Negeri Sembilan, Johor, dan Tanah Tinggi Minangkabau di Sumatera Barat.[10]

Nama karuai (Jawi: کارواي) dan keruai (Jawi: کرواي) digunakan di Brunei.[4][9]

Taksonomi

sunting

Nama genus Argusianus diberikan oleh Carl Linnaeus daripada Argus atau Argos, nama seorang gergasi seratus mata dalam mitologi Yunani yang menjaga seekor lembu betina bernama Io, kerana sayap-sayapnya penuh corak seperti mata.[11]

Ciri-ciri

sunting

Badan burung kuang raya diselubungi bulu pelepah berwarna perang. Kepala dan lehernya berwarna biru, jambul dan tengkuknya berbulu hitam. Bahagian atas dadanya berwarna kemerahan.

Burung ini ganjil antara spesies burung Galliformes kerana ia tiada kelenjar selisik. Paruhnya tidak bergigi.

Bulu burung jantan dan betina

sunting

Burung kuang raya jantan ialah antara burung kuang yang paling besar dengan panjang badan 160–200 sentimeter termasuk ekor yang berukuran 105–143 sm; berat badannya antara 2.04–2.72 kilogram.[12] Burung jantan dewasa mempunyai bulu-bulu ekor yang sangat panjang dan lebar serta bulu sayap panjang dihiasi tompok mata besar. Burung jantan muda mendapatkan bulu-bulu ini pada usia tiga tahun.[13]

Badan kuang raya betina lebih kecil dan kusam dari kuang jantan, dengan ekor lebih pendek dan kurang tompok mata. Panjang seluruh badan kuang betina 72–76 sentimeter termasuk ekor berukuran 30–36 sm; berat badannya pula antara 1.59–1.7 kg.[12]

Tabiat

sunting

Pemakanan

sunting

Ia makan di lantai hutan pada awal pagi dan petang.

Pembiakan

sunting

Burung betina bertelur dua biji[14] yang bercangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b BirdLife International (2020). "Argusianus argus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T22725006A183255774. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-3.RLTS.T22725006A183255774.en. Dicapai pada 22 Oktober 2022.
  2. ^ "Appendices". CITES. Dicapai pada 22 Oktober 2022.
  3. ^ Beebe, William (1922). A Monograph of the Pheasants (PDF). IV. m/s. 131. Dicapai pada 22 Oktober 2022.
  4. ^ a b "Argusianus argus". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  5. ^ Ekosistem-Ekosistem Di Sabah (PDF). Jabatan Hidupan Liar Sabah. 2003. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 November 2011. Dicapai pada 10 Januari 2013.
  6. ^ Wilkinson 1932, jilid I, m/s. 615–616.
  7. ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (Ogos 2024). "Pheasants, partridges, francolins". IOC World Bird List Version 14.2. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 1 Februari 2025.
  8. ^ Akta 716: Akta Perlindungan Hidupan Liar 2010 (PDF). Kerajaan Malaysia. 2010. Dicapai pada 29 Disember 2022 – melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Semenanjung Malaysia.
  9. ^ a b Wilkinson 1932, jilid I, m/s. 615.
  10. ^ Wilkinson 1932, jilid I, m/s. 616.
  11. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London, England, UK: Christopher Helm. m/s. 55. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  12. ^ a b del Hoyo, J.; Elliott, A.; Sargatal, J. (1994). Handbook of the Birds of the World. 2: New World Vultures To Guineafowl. Lynx Edicions. m/s. 550–563. ISBN 8487334156.
  13. ^ "Great Argus Pheasants". Beauty Of Birds (dalam bahasa Inggeris). 16 September 2021. Dicapai pada 22 Oktober 2022.
  14. ^ Koffler, Barry (2004). "Great Argus Pheasant". FeatherSite. Dicapai pada 22 Oktober 2022.

Sumber-sumber

sunting

Pautan luar

sunting