Antilocapridae
Antilocapridae ialah keluarga di bawah Artiodactyla, yang hanya wujud (endemik) di Amerika Utara. Kumpulan terdekat Antilocapridae ialah Giraffidae[1] yang bersama-sama membentuk superkeluarga Giraffoidea. Hanya satu spesies dalam keluarga ini yang masih hidup hingga kini iaitu Antilocapra americana, seekor haiwan ruminan menyerupai antelop.
Antilocapridae Julat zaman:
| |
---|---|
Pronghorn di Fort Keogh, Montana | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Superkeluarga: | Giraffoidea |
Keluarga: | Antilocapridae J. E. Gray, 1866 |
Genus subfosil | |
Pengelasan
suntingAntilocapridae ialah ruminan daripada klad Pecora. Pecora lain yang masih ada ialah keluarga Giraffidae (zirafah), Cervidae (rusa), Moschidae (rusa kasturi), dan Bovidae (lembu, kambing dan biri-biri, lembu liar dan sekutu, dan antelop). Perkaitan tepat antara warga Pecora telah diperdebatkan, terutamanya berkenaan penempatan Giraffidae, tetapi kajian penjujukan genom ruminan berskala besar baru-baru ini mencadangkan Antilocapridae ialah takson saudara Giraffidae, seperti yang ditunjukkan dalam kladogram di bawah.[2]
Ruminantia |
| ||||||||||||||||||||||||||||||
Rujukan
sunting- ^ "Pronghorn (Antilocapra americana) Fact Sheet: Taxonomy & History". International Environment Library Consortium. Dicapai pada 8 August 2020.
- ^ Chen, L.; Qiu, Q.; Jiang, Y.; Wang, K. (2019). "Large-scale ruminant genome sequencing provides insights into their evolution and distinct traits". Science. 364 (6446): eaav6202. Bibcode:2019Sci...364.6202C. doi:10.1126/science.aav6202. PMID 31221828.