Penyakit anemia
Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: campuran bahasa inggeris dan tidak saintifik. (Februari 2022) |
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda. Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera. |
Rencana ini membincangkan keadaan perubatan. Untuk genus paku-pakis, sila lihat Anemia (paku-pakis)
Anemia, perkataan yang berasal daripada bahasa Greek (Ἀναιμία ) yang membawa pengertian "tiada darah", merujuk kepada kekurangan sel darah merah (RBC) dan/atau hemoglobin. Ini mengurangkan keupayaan darah untuk memindahkan oksigen ke tisu-tisu, dan mengakibatkan hipoksia; oleh sebab semua sel manusia bergantung kepada oksigen untuk hidup, tingkatan-tingkatan anemia yang berbeza-beza menimbulkan pelbagai masalah. Hemoglobin (protein yang membawa oksigen di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.
Anemia | |
---|---|
Pengelasan dan sumber luaran | |
ICD-10 | D50-D64 |
ICD-9 | 280-285 |
P. Data Penyakit | 663 |
MedlinePlus | 000560 |
eMedicine | med/132 emerg/808 emerg/734 |
Penafian perubatan |
Tiga kelas anemia yang utama termasuk:
- kehilangan darah akut (mendadak) yang berketerlaluan (genting seperti dalam kes pendarahan akibat kecelakaan, atau kronik (melalui kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama);
- pemusnahan sel darah yang berterlaluan (hemolisis); dan
- pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).
Bagi wanita-wanita yang datang haid, kekurangan ferum dalam diet merupakan satu sebab yang umum untuk kekurangan pengeluaran sel darah merah.
Anemia merupakan gangguan darah yang paling biasa. Terdapat berbagai-bagai sebab yang mendasari anemia. Anemia boleh digolongkan melalui berbagai-bagai cara, berdasarkan morfologi atau bentuk sel darah merah, mekanisme etiologi, dan simptom klinikal yang boleh dikesan, antara lain.
Adanya dua pendekatan utama untuk mengelaskan anemia, iaitu pendekatan "kinetik" yang melibatkan penilaian pengeluaran, pemusnahan, dan kehilangan sel darah merah, [1] serta pendekatan "morfologi" yang mengelaskan anemia mengikut saiz sel darah merah. Pendekatan morfologi mempergunakan satu ujian makmal yang murah dan mudah didapati (min isi padu korpuskel, MCV) sebagai titik permulaannya. Sebaliknya, menumpukan perhatian pada persoalan pengeluaran pada peringkat awal membenarkan seseorang doktor untuk mendedahkan kes-kes anemia yang diakibatkan oleh berbilang sebab dengan lebih cepat.
Simptom dan tanda
suntingAnemia sukar dikesan bagi kebanyakan orang, dan simptomnya kabur. Biasanya, perasaan lemah atau keletihan dilaporkan. Sesak nafas dilaporkan dalam kes teruk. Anemia amat teruk memerlukan tindakbalas pengimbal di mana output jantung meningkat dengan jelas, membawa kepada degupan laju (palpitation) dan berpeluh; kegagalan jantung boleh terjadi jika orang yang sudah berumur mengalaminya.
Kulit dan selaput mukosa yang pucat sahaja menjadi tanda utama bagi anemia di tahap berbahaya (severe anemia), dengan itu bukanlah merupakan tanda yang pasti.
Diagnosis
suntingSatu-satu cara mengesan anemia adalah dengan ujian darah. Lazimnya, kiraan darah lengkap boleh dilaksanakan. Selain daripada melaporkan jumlah sel darah merah dan tahap hemoglobin, penganalisis automatik juga boleh mengukur saiz sel darah merah, yakni satu alat penting untuk membezakan sebab-sebabnya.
Kekadangnya, ujian lain diperlu untuk membezakan lagi sebab-sebab anemia. Ini dibincangkan bersama dengan diagnosis pembezaan (bawah). Doktor mungkin juga memutuskan membuat ujian darah penyaringan yang lain untuk menentukan sebab keletihan, tahap-tahap glukosa, kadar pemendapan eritrosit, feritin, ujian fungsi renal serta elektrolit mungkin menjadi sebahagian daripada kajian diagnosis intensif. Tanda-tanda yang senang dikenalpasti bagi pesakit anemia antaranya adalah:
Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata. Tidak bermaya, letih, dan lemah badan. Pendek nafas apabila melakukan senaman.. Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak. Angina pektoris iaitu suatu keadaan apabila berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi. Palpitasi, iaitu suatu keadaan apabila denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luarbiasa. Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan; dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12. Penyakit demam kuning (jaundis) terjadi bagi kes anemia hemolitik .
Diagnosis pembezaan
suntingTolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Penyakit anemia (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Anemia dikelaskan menurut saiz sel darah merah; ini sama ada dilakukan secara automatik atau melalui pemeriksaan mikroskop ke atas lumuran darah periferi (peripheral blood smear). Saiz ini digambarkan dalam min isipadu korpuskel. Sekiranya sel adalah lebih kecil berbanding normal (bawah 80 fl), anemia dikatakan sebagai mikrositik (microcytic); sekiranya ia bersaiz normal (80-100 fl), normositik (normocytic); dan sekiranya ia adalah lebih besar berbanding normal (lebih 100 fl), anemia ini dikelaskan sebagai makrositik (macrocytic). Ciri-ciri lain yang boleh dilihat pada lumuran periferi mungkin memberikan petunjuk untuk diagnosis yang lebih khusus; sebagai contoh, sel darah putih luar biasa mungkin menunjukkan punca dalam sum-sum tulang.
Anemia mikrositik
suntingKekurangan zat besi merupakan sebab paling kerap untuk anemia jenis ini berlaku. Namun anemia mikrositik juga boleh berlaku kerana penyakit-penyakit darah (hemoglobinopathies) lain seperti anemia sel sabit dan talasemia.
Anemia kerana kekurangan zat besi (ferum) berlaku apabila pengambilan zat besi dalam diet tidak mencukupi, atau penyerapannya tidak berlaku dengan sempurna. Zat besi merupakan elemen penting dalam hemoglobin. Hemoglobin adalah sejenis pigmen yang terkandung dalam sel darah merah. Pigmen ini berfungsi sebagai tempat untuk oksigen berpaut (oxygen-binding site). Apabila kandungan zat besi rendah, kadar hemoglobin dalam sel darah merah juga berkurang. Wanita sering mengalami masalah ini, kerana kadar wanita kepada lelaki yang mempunyai masalah ini adalah 10:1 (sepuluh wanita untuk satu lelaki). Hal ini sering dikaitkan dengan pendarahan teruk (heavy bleeding) yang dialami sesetengah wanita. Kajian menunjukkan pelajar perempuan dengan tahap zat besi yang rendah berprestasi lebih teruk dalam pelajaran dan tahap IQ berbanding gadis normal dan pelajar lelaki. Kekurangan zat besi juga boleh disebabkan pendarahan dalaman, terutama sepanjang saluran alimentari (mulut, esofagus, perut, duodenum, jejunum, ileum, usus besar atau kolon, rektum dan dubur). Walaupun sebabnya berbagai-bagai, pendarahan di mana-mana tempat sepanjang salur ini boleh disebabkan oleh kanser. Oleh itu, tempat dan sebab pendarahan berlaku perlu dikenal pasti dengan tepat oleh doktor bertauliah.
Anemia normositik
suntingAnemia normositik selalunya disebabkan kehilangan darah yang banyak dalam masa yang singkat, seperti yang dialami orang yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya atau orang yang mengelar pergelangan tangannya dalam cubaan membunuh diri. Penyakit yang kronik selalu menyebabkan tubuh gagal menghasilkan sel darah merah yang cukup (berbeza dengan anemia milrositik yang disebabkan kekurangan hemoglobin, bukan sel darah). Sebagai contoh, kegagalan ginjal yang kronik menyebabkan pengurangan kadar rembesan eritropoietin, hormon penting dalam pembinaan sel darah merah. Kerosakan pada hati juga menyebabkan perkara sama terjadi.
Anemia jenis ini juga berlaku kepada pesakit yang mempunyai masalah keseimbangan hormon (hormonal imbalance), terutama kekurangan testosteron atau hipogonadisme. Anemia sideroblastik (sideroblastic anemia) juga termasuk dalam kategori ini. Anemia sideroblastik adalah salah satu simptom untuk sindrom myelodisplastik (myelodysplastic syndrome). Sindrom ini merupakan satu kumpulan masalah yang berpunca dari sintesis sel darah merah yang tidak normal. Sindrom ini selalunya akan menjadi leukemia.
Anemia aplasia, atau kegagalan sum-sum tulang merupakan anemia yang disebabkan oleh kegagalan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel darah. Anemia aplasia jarang berlaku jika dibandingkan dengan anemia yang disebabkan kecacatan genetik atau gizi tidak seimbang, namun ia berkembang dan memburuk dengan lebih pantas.
Anemia makrositik
sunting- Punca utama anemia makrositik adalah kekurangan sama ada vitamin B12 atau asid folik (atau kedua-duanya) akibat kekurangan pengambilan atau masalah penyerapan .[1] Anemia pernisius (pernicious anemia) adalah keadaan autoimun (autoimmune) di mana tubuh kekurangan faktor intrisik yang diperlukan bagi menyerap vitamin B12 daripada makanan.
- Ketagihan alkohol boleh menyebabkan anemia makrositik.
- Anemia hemolitik adalah anemia di mana pelupusan atau degradasi (degradation) sel darah merah berlaku terlampau cepat. Jaundis (demam kuning) dan peningkatan tahap enzim laktat dehidrogenase (lactate dehydrogenase) merupakan simptom-simptom anemia hemolitik. Sebabnya berbagai-bagai, antaranya autoimun, masalah genetik ataupun masalah mekanikal seperti pembedahan jantung atau sirosis hati (liver cirrhosis)
Rawatan untuk kekurangan vitamin B12 (yang menyebabkan anemia makrositik) telah dijumpai oleh William Parry Murphy. Beliau melukakan anjing-anjing eksperimen sehingga semuanya menjadi anemia, dan kemudian memberi mereka pelbagai bahan dan zat makanan untuk mencari bahan yang mampu mengubat anemia. Berdasarkan kajian beliau ini, memakan hati mampu mengurangkan simptom dan akhirnya menyembuhkan anemia. George Richards Minot dan George Hoyt Whipple akhirnya berjaya mengasingkan vitamin B12 dari hati. Untuk itu, ketiga-tiga orang ini berkongsi Hadiah Nobel 1934 dalam Perubatan.
Anemia-anemia tertentu
sunting- Fanconi anemia (anemia fankoni) - a hereditary disease (penyakit keturunan) featuring aplastic anemia(anemia aplasia) and various other abnormalities
Rawatan bagi anemia
suntingTerdapat banyak jenis rawatan bagi anemia dan jenis rawatan bergantung kepada keterukan dan punca anemia.
Kekurangan zat besi akibat kekurangan makanan amat jarang bagi dewasa tidak berhaid (lelaki dan wanita putus haid). Diagnosis kekurangan zat besi menyatakan pencarian bagi potensi punca kehilangan sebegitu seperti perdarahan perut (gastrointestinal) akibat ulser atau barah kolon. Anemia kekurangan zat besi ringan hingga serdahana dirawat dengan tambahan zat besi menggunakan ferous sulfat atau ferrous gluconate. Vitamin C mungkin membantu keupayaan tubuh bagi menyerap zat besi.
Vitamin tambahan diberikan secara oral (asid folik) atau suntikan (vitamin B-12) akan menggantikan kekurangan khusus.
Bagi penyakit anemia kronik, anemia dikaitkan dengan kemoterapi (chemotherapy), atau anemia dikaitkan dengan penyakit ginjal, sesetengah pakar klinikal prescribe [[recombinant protein|recombinant](protein rekombinan)] [[erythropoietin](eritropoietin)], epoetin alfa, bagi menggalakkan penghasilan sel darah merah.
Bagi kes anemia teruk, atau dengan kehilangan darah berterusan, pemindahan darah mungkin diperlukan.
Pemindahan darah kerana anemia
suntingSecara umum, doktor cuba mengelakkan pemindahan darah kerana, bukti berlainan menunjukkan peningkatan hasil pesakit bertambah teruk dengan strategi pemindahan yang semakin meningkat. Prinsip fisiologi yang mengurangkan pengaliran oksigen dikaitkan dengan anemia mendorong kepada hasil klinikal teruk diimbangi dengan temuan bahawa pemindahan darah tidak semestinya mengurangkan hasil klinikal mudarat ini.
Bagi perdarahan akut dan teruk, pemindahan darah sering kali menyelamatkan nyawa. Peningkatan dalam daya hidup tercedera di medan perang, sekurang-kurangnya sebahagian daripadanya, bergantung kepada peningkatan dalam teknik pemindahan darah dan bank darah.
Transfusi of the stable but anemic hospitalized patient has been the subject of numerous [[clinical trials](ujikaji klinikal)], and transfusion is emerging as a deleterious intervention.
Four randomized controlled clinical trials (ujikaji klinikal rambang berkawal)have been conducted to evaluate aggressive versus conservative transfusion strategies (strategi transfusi konservatif)in critically ill patients (pesakit tenat kritikal). All four of these studies failed to find a benefit with more aggressive transfusion strategies.[2] [3] [4] [5]
In addition, at least two retrospective studies (kajian retrospektif)have shown increases in adverse clinical outcomes (nasib mudarat klinikal)with more aggressive transfusion strategies. [6] [7]
Hyperbaric Oxygenation (HBO)
suntingTreatment of exceptional blood loss (anemia)(kehilangan darah luarbiasa) is recognized as an indication for [[hyperbaric oxygen](oksigen hiperbarik)] (HBO) by the Undersea and Hyperbaric Medical Society.[8][9] The use of HBO is indicated when oxygen delivery to tissue is not sufficient in patients who cannot be transfused for medical or religious reasons. HBO may be used for medical reasons when threat of blood product incompatibility (ketakserasian produk darah)or concern for transmissible disease are factors.[8] The beliefs of some religions (ex: Jehovah's Witnesses) may prohibit the receipt of transfused blood products.[8]
In 2002, Van Meter reviewed the publications surrounding the use of HBO in severe anemia and found that all publications report a positive result.[10]
Lihat juga
sunting- Asma atau penyakit lelah
- Hematologi
- Metabolisme ferum manusia
Rujukan
sunting- ^ Vitamin B12 can prevent major birth defects
- ^ Hébert PC, Wells G, Blajchman MA; dll. (1999). "A multicenter, randomized, controlled clinical trial of transfusion requirements in critical care (jagaan kritikal). Transfusion Requirements in Critical Care Investigators, Canadian Critical Care Trials Group". N. Engl. J. Med. 340 (6): 409–17. PMID 9971864. Explicit use of et al. in:
|author=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ Bush RL, Pevec WC, Holcroft JW (1997). "A prospective, randomized trial limiting perioperative red blood cell transfusions (perioperatif)in vascular patients". Am. J. Surg. 174 (2): 143–8. doi:10.1016/S0002-9610(97)00073-1. PMID 9293831.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Bracey AW, Radovancevic R, Riggs SA; dll. (1999). "Lowering the hemoglobin threshold (ambang)for transfusion in coronary artery bypass procedures(prosedur pintas arteri koronari): effect on patient outcome (nasib pesakit)". Transfusion. 39 (10): 1070–7. doi:10.1046/j.1537-2995.1999.39101070.x. PMID 10532600. Explicit use of et al. in:
|author=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ McIntyre LA, Fergusson DA, Hutchison JS; dll. (2006). "Effect of a liberal versus restrictive transfusion strategy on mortality in patients with moderate to severe head injury". Neurocritical care. 5 (1): 4–9. doi:10.1385/NCC:5:1:4. PMID 16960287. Explicit use of et al. in:
|author=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ Corwin HL, Gettinger A, Pearl RG; dll. (2004). "The CRIT Study: Anemia and blood transfusion in the critically ill--current clinical practice in the United States". Crit. Care Med. 32 (1): 39–52. doi:10.1097/01.CCM.0000104112.34142.79. PMID 14707558. Explicit use of et al. in:
|author=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ Vincent JL, Baron JF, Reinhart K; dll. (2002). "Anemia and blood transfusion in critically ill patients". JAMA. 288 (12): 1499–507. doi:10.1001/jama.288.12.1499. PMID 12243637. Explicit use of et al. in:
|author=
(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link) - ^ a b c Undersea and Hyperbaric Medical Society. "Exceptional Blood Loss - Anemia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-05. Dicapai pada 2008-05-19.
- ^ Hart GB, Lennon PA, Strauss MB. (1987). "Hyperbaric oxygen in exceptional acute blood-loss anemia". J. Hyperbaric Med. 2 (4): 205–210. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-16. Dicapai pada 2008-05-19.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Van Meter KW (2005). "A systematic review of the application of hyperbaric oxygen in the treatment of severe anemia: an evidence-based approach (pendekatan berdasarkan pembuktian)". Undersea Hyperb Med. 32 (1): 61–83. PMID 15796315. Dicapai pada 2008-05-19.