Ileum
Ileum ialah bahagian akhir usus kecil dalam kebanyakan vertebrat atasan, termasuk mamalia, reptilia dan burung. Dalam ikan, pembahagian usus kecil adalah tak jelas, dan istilah-istilah seperti "usus posterior" atau "usus distal" boleh digunakan.[2] Fungsi utama ileu ialah menyerap vitamin B12, garam hempedu dan apa-apa hasil pencernaan yang tidak diserap oleh jejunum.
Ileum | |
---|---|
Butiran | |
Pendahulu | Usus tengah |
Arteri | Arteri ileum |
Urat | Vena ileum |
Saraf | Ganglia siliak, vagus[1] |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | Ileum |
MeSH | D007082 |
TA | A05.6.04.001 |
FMA | FMA:7208 |
Terminologi anatomi |
Ileum menuruti duodenum dan jejunum dan terbagi dengan sekum oleh injap ileosekum. Dalam manusia, ileum berukuran 2–4 meter panjang, dan nilai pH biasanya di antara 7 ke 8 (neutral atau sedikit bes).
Rujukan
sunting- ^ Nosek, Thomas M. "Section 6/6ch2/s6ch2_30". Essentials of Human Physiology. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-24.
- ^ Guillaume, Jean; Praxis Publishing; Sadasivam Kaushik; Pierre Bergot; Robert Metailler (2001). Nutrition and Feeding of Fish and Crustaceans. Springer. m/s. 31. ISBN 1-85233-241-7. Dicapai pada 2009-01-09.