Annie Scott Dill Maunder
Annie Scott Dill Maunder (lahir Annie Scott Dill Russell; 14 April 1868 - 15 September 1947) ialah seorang ahli astronomi berdarah Ireland-Inggeris.[1][2]
Annie Scott Dill Maunder | |
---|---|
Kelahiran | Annie Scott Dill Russell 14 April 1868 |
Meninggal dunia | 15 September 1947 (umur 79) |
Warganegara | Inggeris |
Nama lain | Annie Russell Maunder |
Terkenal kerana | Astronomi |
Pasangan | Edward Walter Maunder (1851–1928) |
Kehidupan awal dan pendidikan
suntingAnnie Scott Dill Russell dilahirkan pada tahun 1868 di The Manse, Strabane, County Tyrone, Ireland Utara kepada pasangan William Andrew Russell dan Hessy Nesbitt Russell.[3][4] Bapanya ialah pendeta Gereja Presbiterian di Strabane sehingga 1882.[3][5] Manakala ibunya ialah anak kepada seorang pendeta di gereja yang sama.[4][6] Annie ialah anak sulung dari enam beradik yang dibesarkan dalam rumah tangga Kristian yang taat dengan pengasuhan yang serius.[3][6] Semua anak dari keluarga tersebut ialah ahli akademik.[3][4][5] Adiknya, Hester Dill Russell, belajar sains kedoktoran di bawah bimbingan Dr. Elizabeth Garrett Anderson di Sekolah Kedoktoran untuk Wanita di London. Hester memenuhi syarat sebagai peserta ujian MB akhir pada 1891. Hester menjadi mubaligh perubatan di India dan kemudian berkahwin dengan seorang mubaligh perubatan lain.[4][5]
Annie dan adik perempuannya, Hester, melanjutkan pendidikan menengah di Ladies Collegiate School di Belfast, yang kemudian menjadi Victoria College.[7][8][9] Belia memenangi anugerah dalam ujian sekolah menengah pada 1886 pada usia 18 tahun, sehingga Annie dapat mengikuti ujian masuk biasiswa Girton dan beliau dianugerahkan biasiswa selama tiga tahun sebanyak £35 setiap tahun.[3][5]
Annie belajar di Universiti Cambridge (Girton College), dan padam1889 beliau menerima graduan ujian ijazah dan menerima ijazah sebagai ahli matematik terbaik di Girton.[1] Di sini, beliau juga masuk dalam senarai Senior Optime (setara dengan kelas dua di universiti lain).[2][10] Annie ialah wanita pertama dari Ireland yang menerima gelaran ini.[3] Pembimbing matematikanya ialah mahasiswa di perguruan tinggi lelaki.[3][5] Namun pembatasan tempoh ketik itu tidak mengizinkannya untuk menerima ijazah BA yang kemungkinan besar akan diterimanya.[6][9]
Kehidupan peribadi
suntingAnnie yang ketika itu berusia 27 tahun berkahwin dengan Walter yang berusia 45 tahun di sebuah gereja Presbyterian di Greenwich pada 28 Disember 1895.[1][2] Walter dan Annie tidak memiliki keturunan namun Walter memiliki lima anak dari perkahwinan terdahulu.[3][4] Annie 17 tahun lebih muda dari Walter dan hanya sembilan tahun lebih tua dari anak sulungnya.[5][9] Anak lelaki paling tua dari anak-anak itu ialah berusia 21 tahun dan yang termuda ialah 7 tahun.[5][11] Annie disifatkan mempunyai fikiran yang aktif dan "memiliki imagonasi yang hidup yang digabungkan dengan semangat yang tak kenal lelah dalam mencari bukti dan menyusun perincian sebelum menyajikan kesimpulan apa pun."[8] Walter meninggal pada tahun 1928 pada usia 76 tahun.[4][8] Manakala Annie meninggal hampir dua dekad kemudian, pada usia 79 tahun di Wandsworth, London pada tahun 1947.[1][10]
Penyelidikan astronomi
suntingBekerja di Royal Observatory, Greenwich
suntingPada Januari 1890, Annie diberitahu tentang jawatan di Greenwich yang tersedia oleh teman baiknya Alice Everett.[5][6] Annie berkali-kali menulis ke Royal Observatory dengan harapan dapat dipertimbangkan untuk jawatan itu. Bapa Annie mengajukan permintaan kepadanya untuk mendapatkan pekerjaan di tempat tersebut, dan seorang promoter yang kuat saat itu, Sir Robert Ball juga menulis surat cadangan kepada tempat itu.[3][10] Selama setahun, Annie bekerja sebagai guru matematik di Sekolah Menengah Wanita di Pulau Jersey sehingga beliau ditawarkan jawatan Ketua Pembantu, Herbert Hall Turner.[5] Pada tahun 1891, Annie mula bekerja di Royal Observatory, Greenwich, beliau bekerja sebagai salah seorang "Lady Computer" yang ditugaskan untuk jabatan suria.[1][2] Jabatan ini ialah jabatan khusus yang ditubuhkan pada tahun 1873 untuk memotret matahari.[6][11] Annie ditawari gaji sebanyak £4 sebulan namun dianggap tidak cukup untuk menyaara hidup, manakala sebagai seorang guru beliau dapat menghasilkan £8 setahun dan diberi tempat tinggal secara percuma.[5][8]
Annie bekerja di bawah bimbingan Walter Maunder pada program fotoheliograf Greenwich.[1][2] Tugasnya seperti menggunakan foto-heliograf Dallmeyer untuk mengambil gambar tompk matahari, menemukan lokasi mereka, dan menentukan sifatnya.[5][9] Di sana, Annie membantu Walter Maunder, dan beliau menghabiskan banyak waktu memotret matahari.[3][8] Beliau juga menjejak pergerakan sejumlah besar tompok matahari yang disebabkan oleh kesan suria maksimum tahun 1894.[3][6] Ini termasuk tompok matahari raksasa pada Julai 1892 yang disebabkan oleh ribut magnetik yang menghasilkan rekod tompoan terbesar yang tercatat di Greenwich pada saat itu.[3][5] Pada tahun pertamanya di Greenwich (1891), jumlah pengamatan yang tercatat di jabatan suria melebihi 7 kali jumlah rata-rata rakaman selama 35 tahun terakhir.[5] Meskipun pada ketika itu beliau tidak percaya hal ini, namun Walter Maunder mencalonkannya untuk menjadi sebahagian dari Persekutuan Masyarakat Astronomi Kerajaan pada tahun 1892.[9][11] Pada November 1894, beliau menjadi penyunting Jurnal Persatuan Astronomi Inggeris (BAA) oleh suaminya yang merupakan presiden saat itu. Beliau mempertahankan jawatan nya ini selama 35 tahun.[2][3]
Kolaborasi Annie dan Walter
suntingAnnie dan Walter berkahwin pada tahun 1895, dan Annie diminta untuk mengundurkan diri dari pekerjaannya kerana pada masa itu terdapat sekatan terhadap wanita yang sudah berkahwim yang bekerja dalam perkhidmatan awam.[3][8] Empat puluh tahun berlalu, namun, keduanya terus berkolaborasi, dan Annie menemani Walter dalam ekspedisinya mengenai gerhana matahari.[2][9] Walter bertanggungjawab ke atas pembiayaan dan mengatur ekspedisinya melalui Jawatankuasa Gerhana Kebangsaan Royal Observatory Greenwich. Annie turut serta dalam lima ekspedisi gerhana dengan BAA, yang pertama pada tahun 1896 di Norway.[8][9] Untuk ekspedisi Maunders ke India pada tahun 1898, Walter bukan merupakan ahli ekspedisi yang dipilih, sehingga beliau dan Annie melanjutkan perjalanan mereka sendiri.[5]
Pada tahun 1897, Annie menerima hibah dari Girton College untuk memperoleh kamera fokus pendek dengan lensa 1,5 inci yang diambil dalam ekspedisi.[3][6] Lensa yang digunakan dibuat oleh T.R. Dallmeyer, seorang ahli optik London yang terkenal.[5] Beliau menggunakan kamera tersebut untuk memotret korona matahari luar dari India pada tahun 1898.[1][2] Dengan kamera ini, beliau dapat menangkap sinar terpanjang iaitu penstrim korona, yang pada ketika itu dilihat dengan peralatannya sendiri yang dikendalikan dan direka sendiri.[8][9] Kameranya direka dengan bidang pandang besar untuk memotret Galaksi Bima Sakti, yang juga untuk mencari korona yang kelihatan samar dan jauh.[3][11] Untuk mengambil foto-foto gerhana, Annie mengambil seberapa banyak foto dengan kameranya dan bermula selama beberapa minit dari waktu gerhana penuh.[5] Foto-fotonya menangkap pergerakan dari matahari yang membentang lebih dari 10 juta kilometer.[5] Agnes Clerke pernah menulis, "Mrs. Maunder dengan lensanya telah mengalahkan semua instrumen besar".[3][5] Penjelasan Annie tentang arah dan gerakan zarah dalam korona yang diamati, menggambarkan struktur Parker Spiral dari angin suria yang kini diterima.[9] Pada tahun 1900 Annie, bersama dengan ahli BAA lain, beliau melakukan perjalanan ke Aljir untuk mengamati gerhana matahari penuh pada 28 Mei pada tahun tersebut.[3][6] Ahli persatuan yang menemaninya ialah Mary Acworth Evershed, Lilian Martin-Leake, dan C. O. Stevens.[5][9] Beliau memotret korona dan mengamati "bulu-bulu" seperti sinar, mencipta istilah korona yang masih digunakan sehingga kini.[3][8] Pada Mei 1901, keluarga Maunders melakukan ekspedisi untuk mengamati matahari di Mauritius namun saat itu Annie tidak dimasukkan sebagai pengamat rasmi (meskipun suaminya Walter terlibat sama).[3][5] Oleh kerana Annie bukan pengamat rasmi, beliau memutuskan untuk pergi ke lokasi terpisah untuk memotret gerhana.[5] Dari dua gambar korona di Mauritius yang diterbitkan, satu kalah milik Walter dan satu lagi milik Annie.[5][10] Satu-satunya ekspedisi di mana penerbitan Annie dibayar ialah ekspedisi ke Kanada dimana Maunders diundang dan ditaja oleh Pemerintah Kanada.[5][11]
Penerbitan The Maunders
suntingPada tahun 1904, Annie dan Walter mencipta diagram kupu-kupu untuk menganalisis tompok matahari, dan menunjukkan garis lintang tompok matahari dari masa ke masa.[3][9] Diagram kupu-kupu ialah salah satu yang paling kuat dari kerja inti Matahari.[5][9] Annie tidak dipublikasikan sebagai penulis pembantu suaminya mengenai diagram kupu-kupu.[9] Pada 1943 Sydney Chapman, Presiden Royal Society menggunakan diagram kupu-kupu sebagai subjek pidato presidennya pada 1943, suatu kehormatan untuk sesuatu yang dianggapnya sebagai "karya yang paling dihargai".[5] Diagram kupu-kupu saat ini berada di High Altitude Observatory.[5][10] Annie memberikan diagram kupu-kupu kepada Walter Orr Roberts (pengarah High Altitude Observatory) sepanjang Perang Dunia Kedua.[10]
Annie turut menulis bersama suaminya di beberapa akhbar.[9] Pada tahun 1907, beliau menerbitkan sebuah makalah “an analysis of the formidable sunspot data-set that had been gathered at the ROG, covering 1889–1901”[9] sebagai penulis tunggal.[9] Analisis ini mengandungi data yang memerlukan masa 13 tahun untuk dikumpulkan, dan memiliki 19 jadual keputusan.[9] Dalam makalah ini beliau menemui asimetri timur-barat, sebuah temuan berkontroversi, di tompok matahari yang tidak dapat dijelaskan.[8][9] Bertahun-tahun kemudian, Arthur Schuster, seorang ahli fizik terkenal, mengesahkan penemuannya dan memberikan penjelasan untuk asimetri tersebut.[9] Sains pengetahuan dan data moden juga telah mengesahkan pengamatannya tentang sifat tompok matahari yang asimetris.[9] Annie juga menerbitkan The Heavens and their Story pada tahun 1908, bersama suaminya Walter sebagai penulis bersama.[3][10] (beliau ditulis oleh suaminya sebagai penulis utama.)[3][9] Buku tersebut ditulis untuk pembaca amatur, yang mengandungi foto-fotonya tentang matahari dan Galaksi Bima Sakti, dengan harapan untuk menarik lebih ramai orang ke bidang astronomi.[6][9] Buku ini juga membahas mengenai ribut magnetik terestrial yang bertepatan dengan tempoh putaran tompokan matahari yang dilihat pada gerhana 1898 di India.[3][9] The Maunders berfikiran bahawa ribut magnetik tersebut dibuat dari zarah bermuatan elektrik positif dan negatif.[9]
Annie di Royal Astronomical Society
suntingBeliau terpilih sebagai ahli Royal Astronomical Society (RAS) pada November 1916.[1][3] Sebelum ini, Annie telah menjadi ahli BAA pada tahun 1890.[11][12] Meskipun telah menjadi ahli RAS sejak 1875, Walter mahukan persatuan astronomi terbuka untuk setiap orang yang tertarik pada astronomi, dari setiap kelas masyarakat, dan terutama terbuka untuk wanita.[10] Annie pertama kali dicalonkan untuk pemilihan RAS 24 tahun sebelumnya atas cadangan dari Walter.[10][12] Bersamanya ada dua pencalonan tambahan, iaitu Elizabeth Brown dan Alice Everett.[9][12] Namun tiada seorang pun dari tiga wanita tersebut menerima suara tiga perempat pada mesyuarat April 1892 yang diperlukan agar terpilih.[3][10] Seorang ahli secara khusus menyiratkan bahawa wanita sebahagian besar akan menjadi gangguan dan hanya elemen sosial tanpa menyumbang banyak nilai.[12] Annie tidak menganggap enteng prasangka terhadap dirinya dan wanita lain di seluruh bidangnya yang sebahagian besar didominasi oleh lelaki, dan beliau tidak bersetuju dengan keputusan pemilihan RAS 1892.[3][10][12]
Tinggalan sejarah
sunting- Kawah Maunder di Bulan dinamakan bagi menghormati Walter dan Annie Maunder, seperti Maunder Minimum.[9][11]
- Pada tahun 2016 RAS memberikan pingat Annie Maunder untuk sumbangan yang luar biasa dalam bidang astronomi atau geofizik.[9]
- Pada Jun 2018 diumumkan bahawa Royal Observatory Greenwich telah memasang teleskop baru di Altazimuth Pavilionnya iaitu bernama Annie Maunder Astrographic Telescope (AMAT).
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f g h Evershed, M. A. (1948). "Annie Scott Dill Maunder". Monthly Notices of the Royal Astronomical Society. 108 (1): 48–49. Bibcode:1948MNRAS.108...48.. doi:10.1093/mnras/108.1.48.
- ^ a b c d e f g h Evershed, M. A. (1947). "Obituary: Mrs. Walter Maunder". Journal of the British Astronomical Association. 57 (6): 238. Bibcode:1947JBAA...57..238.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa Brück, Mary T. (1994). "Alice Everett and Annie Russell Maunder, torch bearing women astronomers". Irish Astronomical Journal. 21: 280–291. Bibcode:1994IrAJ...21..281B.
- ^ a b c d e f Brück, Mary T.; Grew, S. (1996). "The Family Background of Annie S. D. Maunder (née Russell)". Irish Astronomical Journal. 23: 55–56. Bibcode:1996IrAJ...23...55B.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z Brück, Mary (2009). Women in Early British and Irish Astronomy: Stars and Satellites (dalam bahasa Inggeris). Springer Netherlands. ISBN 9789048124725.
- ^ a b c d e f g h i Ogilvie, Marilyn Bailey (2000). "Obligatory Amateurs: Annie Maunder (1868–1947) and British Women Astronomers at the Dawn of Professional Astronomy". British Journal for the History of Science. 33: 67–84. Bibcode:2000BrJHS..33...67O. doi:10.1017/s0007087499003878.
- ^ Ogilvie, Marilyn Bailey (2014), "Maunder, Annie Scott Dill Russell", dalam Hockey, Thomas; Trimble, Virginia; Williams, Thomas R.; Bracher, Katherine (penyunting), Biographical Encyclopedia of Astronomers (dalam bahasa Inggeris), Springer New York, m/s. 1418–1420, doi:10.1007/978-1-4419-9917-7_912, ISBN 9781441999177
- ^ a b c d e f g h i j "Obituary Notices:- Maunder, Annie Scott Dill". Monthly Notices of the Royal Astronomical Society. 108: 48. 1948. Bibcode:1948MNRAS.108...48.. doi:10.1093/mnras/108.1.48. ISSN 0035-8711.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa Fletcher, Lyndsay; Dalla, Silvia (2016-10-01). "A pioneer of solar astronomyWOMEN & THE RAS: ANNIE MAUNDER". Astronomy & Geophysics (dalam bahasa Inggeris). 57 (5): 5.21–5.23. doi:10.1093/astrogeo/atw181. ISSN 1366-8781.
- ^ a b c d e f g h i j k Wei Hock Soon, Willie; Yaskell, Steven H. (2003). The Maunder minimum and the variable sun-earth connection. Singapore: World Scientific. ISBN 9789812382757.
- ^ a b c d e f g Kinder, A. J. (2008-02-01). "Edward Walter Maunder FRAS (1851-1928): his life and times". Journal of the British Astronomical Association. 118: 21–42. Bibcode:2008JBAA..118...21K. ISSN 0007-0297.
- ^ a b c d e Bailey, Mandy (2016-02-01). "Women and the RAS: 100 years of FellowshipWOMEN & THE RAS: INTRODUCTION". Astronomy & Geophysics (dalam bahasa Inggeris). 57 (1): 1.19–1.21. Bibcode:2016A&G....57a1.19B. doi:10.1093/astrogeo/atw037. ISSN 1366-8781.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Annie Russell Maunder |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Annie Scott Dill Maunder |
- Katalog online dokumen kerja dan peribadi Annie Scott Dill Maunder, Cambridge University Library; diakses pada 11 Oktober 2015.