Grifon penuding berbulu dawai
Grifon penuding berbulu dawai,[a] grifon Korthals,[b] atau grifon penuding berbulu dawai Korthals ialah satu baka anjing yang digunakan dalam perburuan sebagai gundog. Ia kadang-kadang dianggap berkeleluhuran Belanda, kerana kewarganegaraan pengasas baka ini, Eduard Karel Korthals. Sejarah mencatatkan kemajuan perkembangan baka ini melalui Biebesheim am Rhein, Jerman, yang merupakan tempat pengasasan kenel Ipenwoud oleh pengasas baka dan tempat pengasasan jenis baka sebelum ke Perancis untuk pengiktirafan. Pihak lain pula menganggap grifon ini sebagai baka Jerman kerana kenel Korthals, Ipenwoud, terletak di Biebesheim am Rhein, Jerman. Kenel itu kekal di situ selama dua puluh tahun sehingga Korthals membaktikan hidup beliau kepada perkembangan dan penyempurnaan grifon Korthals.
Nama lain | Grifon Korthals | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Belanda, Jerman, Perancis | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Baka ini masah agak jarang di Amerika Syarikat, di Kanada, dan di United Kingdom sungguhpun terdapat pengiktirafan lama oleh kelab kenel masing-masing, serta FCI (Persekutuan Kinologi Antarabangsa). Grifon Korthals khususnya sesuai untuk perburuan di dalam semak tebal dan di sekitar air, yang diatasi dengan lapis bulu kasarnya yang merupakan pelindung cemerlang. Grifon ini digunakan terutamanya sebagai anjing pemburu untuk unggas buruan tanah tinggi serta unggas air.
Penampilan
suntingGrifon Korthals ialah anjing bersaiz sederhana yang kuat (20–22 in (51–56 cm) untuk betina, 22–24 in (56–61 cm) untuk jantan) dan seberat 35–50 paun (16–23 kg) untuk betina dan 50–70 paun (23–32 kg) untuk jantan dengan lapis bulu luar kasar dan mirip dawai serta lapis bulu lebih lembut. Lapis bulunya sebaik-baiknya berwarna kelabu keluli dengan tanda-tanda perang. Warna lain yang boleh diterima: perang berangan, putih dan perang, kemerah-merahan, dan putih dan jingga. Perang menyeluruh, putih menyeluruh, atau putih dan jingga kurang diingini. Lapis bulu hitam menyebabkan penyingkiran.[1]
Grifon ini mempunyai kepala besar dan panjang dengan mata bulat besar yang ditutup dengan kening dan dilengkapi dengan janggut. Hidungnya sentiasa berwarna perang. Lehernya panjang dan badannya berperkadaran baik dan berotot. Bergantung pada negara, ekornya mungkin dipotong.[2]
Kesihatan dan perangai
suntingGrifon Korthals terkenal sebagai anjing cerdas dengan perangai lebih lembut tetapi dengan kesudian untuk menggembirakan. Ia tidak menyesuaikan diri dengan baik terhadap kaedah pelatihan keras. Kebanyakan grifon tidak pandai menjalani kehidupan di dalam kenel. Senaman dan latihan kerap sangat disyorkan. Ia amat berorientasikan orang dan lebih suka berada di suatu tempat di sekitar pemiliknya. Pertubuhan baka mengesyorkan pembelian daripada pembiak baka yang menyediakan pelepasan kesihatan dalam kontrak bertulis mengenai jaminan mereka. Penyelidikan terkini telah menemukan penyerapan baka lain ke dalam grifon di seluruh dunia.[3] Ini telah menyebabkan perpecahan di kebanyakan negara antara individu yang ingin mengekalkan grifon Korthals tulen dengan kelab-kelab yang mengiktiraf semua pembiakbakaan termasuk hibrid persilangan luar.[4]
Salin bulu
suntingBertentangan dengan sesetengah terbitan, grifon ini bukan baka tanpa salin bulu. Walau bagaimanapun, ia bersalin bulu agak kurang berbanding dengan banyak baka lain. Semua anjing menggugurkan bulu[5] dan kelemumur dan air liur anjing mencetuskan kebanyakan tindak balas alahan.[6] Pakar alahan mengakui bahawa pada masa-masa tertentu pesakit alahan tertentu dapat bertolak ansur dengan anjing tertentu (dan ramai pemilik grifon ini menganggap bahawa anjing ini hipoalergenik), tetapi mungkin "nasib segelintir orang dengan haiwan peliharaan mereka tidak dapat diperpanjang agar sesuai dengan orang alah dan keseluruhan baka anjing."[7] Pakar alahan "berfikir bahawa benar-benar terdapat perbezaan pengeluaran protein antara anjing yang mungkin membantu seseorang pesakit tetapi bukan pesakit lain",[7] yang bermakna bahawa sesetengah orang alah mungkin tidak mengalami tindak balas alahan terhadap anjing tertentu.
Sejarah
suntingEduard Karel Korthals dikreditkan dengan baka ini pada sekitar tahun 1873.[8] Impian Korthals adalah untuk menghasilkan gundog serba guna unggul; yang mempunyai kebingkasan ekstrem, kecergasan, dan pengabdian kepada tuannya. Anjing ini juga perlu bekerja rapat-rapat dengan tuannya dan terbuka kepada pelatihan.
Susur galur pembiakbakaan Korthals bermula pada tahun 1874 dengan "Mouche" yang kemudian digunakan sebagai betina pengasasnya, serta lima ekor anjing lain yang diperihalkan sebagai "grifon": Janus, Satan, Banco, Hector, dan Junon. Beliau menyilangkan anjing-anjing itu dengan cermat sehingga menghasilkan keturunan yang menyerupai idea beliau tentang anjing pemburu muktamad. Walau apa pun, keturunan terhasil (Mimis I, Lina, dan Querida) dirujuk sebagai "Para Patriark Korthals" kerana anjing-anjing ini merupakan leluhur langsung kepada grifon ini.[8] Pada tahun 1888, "kelab griffon" pertama dibentuk sebagai sebuah pertubuhan antarabangsa dengan kelab-kelab tempatan di Bavaria "Kelab Grifon Jerman Selatan" pada tahun 1895, di Belgium "Kelab Grifon Diraja Belgium" (1895) di Perancis "Kelab Grifon Berbulu Dawai Perancis" (1901) segera menyusul.
Grifon Korthals berdaftar pertama American Kennel Club (yang dipanggil grifon penuding berbulu dawai di Amerika Syarikat) ialah "Zolette", yang dimasukkan ke dalam buku pembaka pada tahun 1887. Walau bagaimanapun, grifon ini masih kurang terkenal dan ia telah didaftarkan sebagai "seter (grifon) Rusia" kerana anggapan warisan Rusia-nya. Hanya mulai tahun 1916, dua puluh sembilan tahun kemudian, baka ini diiktiraf secara rasmi sebagai Wirehaired Pointing Griffon di Amerika Syarikat. Pada tahun sama, enam belas ekor grifon muncul dalam Pertunjukan Anjing Westminster Kennel Club, salah sebuah pertunjukan paling berprestij di negara berkenaan.[9] Sejak itu, baka ini semakin popular bukan sahaja sebagai anjing pertunjukan tetapi juga sebagai gundog serba guna, seperti niat asli Korthals untuk baka ini. Untuk sebahagian besar, baka ini masih menyerupai niat asli beliau: saiz sederhana, lapis bulu keras, tahap kebolehlatihan baik, dan bingkas di padang dan dalam gelanggang.[10]
Galeri
sunting-
Foto tangkapan kepala dekat bagi seekor grifon penuding berbulu dawai
-
Pandangan sisi tubuh lengkap bagi seekor grifon Korthals
Lihat juga
sunting- Senarai baka anjing
- Baka anjing penuding
- Anjing penuding berbulu dawai Jerman
- Anjing berjanggut Czech, yang juga dikenali sebagai grifon penuding berbulu dawai Bohemia
- Baka anjing hipoalergenik
Catatan
sunting- ^ Jawi: ݢريفون ڤنوديڠ بربولو داواي ; Perancis: griffon d'arrêt à poil dur ; bahasa Inggeris: wirehaired pointing griffon; wire-haired pointing griffon
- ^ Jawi: ݢريفون کورتهلس ; Perancis: griffon korthals ; bahasa Inggeris: Korthals griffon
Rujukan
sunting- ^ "Wirehaired Pointing Griffon" [Grifon Penuding Berbulu Dawai] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ "KORTHALS GRIFFON BREED STANDARD – Approved November 2013" [PIAWAIAN BAKA GRIFON KORTHALS – Diluluskan pada November 2013] (dalam bahasa Inggeris). Korthals Griffon Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2020. Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ "Tan Point" [Titik Sawo Matang] (dalam bahasa Inggeris). KorthalsGriffon.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2018. Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). Korthals Griffon Club of America. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- ^ Adelglass, Jeffrey. "CAT & DOG ALLERGY" [ALAHAN KUCING DAN ANJING] (dalam bahasa Inggeris). entdocs.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Disember 2008. Dicapai pada 4 Mac 2024.
No dog is considered non-allergenic because all dogs produce dander, saliva, and urine which are the offending allergens.
- ^ "Pet allergy" [Alahan haiwan peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Mayo Clinic. Dicapai pada 4 Januari 2025.
- ^ a b Grady, Denise (5 Februari 1997). "Nonallergenic Dog? Not Really" [Anjing Tidak Alergenik? Tidak Juga] (dalam bahasa Inggeris). The New York Times. Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ a b Castaing, Jean (1987). Le Griffon d'arrêt à poil dur korthals [Grifon Penuding Berbulu Dawai Korthals] (dalam bahasa Perancis) (ed. ke-5). Bordeaux, Perancis: Éditions de l'Orée. ISBN 9782903603267. OCLC 462105422.
- ^ "History of the Development of the Wirehaired Pointing Griffon" [Sejarah Perkembangan Grifon Penuding Berbulu Dawai] (dalam bahasa Inggeris). American Wirehaired Pointing Griffon Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2007. Dicapai pada 4 Mac 2024.
- ^ "Wirehaired Pointing Griffon: History" [Grifon Penuding Berbulu Dawai: Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 September 2014. Dicapai pada 4 Mac 2024.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Grifon Korthals. |
- "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). Korthals Griffon Club of America. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- "Home" [Laman] (dalam bahasa Inggeris). American Wirehaired Pointing Griffon Association. Dicapai pada 24 Ogos 2013.
- "Korthals griffon - United Kingdom" (dalam bahasa Inggeris). Korthals griffon UK. Dicapai pada 24 Ogos 2013.
- "Bienvenue sur le site officiel du Griffon d'Arrêt à Poil Dur Korthals" [Selamat datang ke tapak rasmi Grifon Penuding Berbulu Dawai Korthals] (dalam bahasa Perancis). Club Français du Griffon Korthals. Dicapai pada 23 Januari 2024.
- "Home" [Laman] (dalam bahasa Belanda). Nederlandse Korthals Griffonclub. Dicapai pada 24 Ogos 2013.
- "griffonHealth.com - Online Health and Genetics Portal for the Wirehaired Pointing Griffon, Korthals Griffon and the American Wirehaired Pointing Griffon" [griffonHealth.com - Portal Kesihatan dan Genetik Dalam Talian untuk Grifon Penuding Berbulu Dawai, Grifon Korthals, dan Grifon Penuding Berbulu Dawai Amerika] (dalam bahasa Inggeris). griffonHealth. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2013. Dicapai pada 24 Ogos 2013.
- "Korthals Griffon – Health & Genetics" [Grifon Korthals – Kesihatan dan Genetik] (dalam bahasa Inggeris). KorthalsGriffon.org. Dicapai pada 23 Januari 2024.