Anjing pemburu Lithuania

baka anjing dari Lithuania

Anjing pemburu Lithuania[a] ialah satu baka anjing pemburu jarang bersaiz sederhana dari Lithuania. Ia merupakan satu-satu baka anjing yang berasal dari Lithuania dan bertarikh kembali kepada Duci Agung Lithuania zaman pertengahan.[3] Walau bagaimanapun, baka ini tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI).[4]

Anjing pemburu Lithuania
Arca anjing pemburu Lithuania di Telšiai
Negara asalLithuania
Trait
Berat 24–30 kg (53–66 lb)[1]
Tinggi Jantan 52–60 cm (20–24 in)[2]
Betina 48–55 cm (19–22 in)[2]
Warna hitam dengan sawo matang
Pengelasan dan piawaian
Tidak diiktiraf oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

sunting

Anjing pemburu Lithuania telah digunakan secara tradisional untuk memburu kelinci, rubah, dan babi hutan. Ia dipercayai berasal daripada percampuran anjing pemburu darah dengan beberapa baka anjing pemburu lain.[5] Ahli zoologi Rusia Leonid Pavlovich Sabaneyev mendakwa bahawa anjing pemburu ini paling berkait rapat dengan anjing pemburu Santo Hubert dan dibawa dari Perancis pada abad ke-15.[2] Pada abad ke-19, para penulis menerangkan sehingga lima baka atau jenis anjing tempatan berlainan yang digunakan untuk berburu di Lithuania.[2] Baka-baka atau jenis-jenis ini berbeza dari segi saiz dan digunakan untuk memburu haiwan berlainan (contohnya, jenis lebih kecil digunakan untuk memburu kelinci, sementara anjing besar yang dikenali sebagai ogar digunakan untuk memburu rusa), tetapi kesemuanya mempunyai warna hitam dengan bulu sawo matang.[2][4]

Baka ini pertama kali disebut dalam sumber bertulis pada tahun 1541 apabila seorang rimbawan dari Hrodna menyaman berkenaan dengan seekor anjing curian. Baka ini juga disebut dalam Statut Lithuania (1588).[4] Sebagai baka yang pernah menjadi baka popular di Lithuania, populasi berkurang kepada 78 individu selepas Perang Dunia Kedua.[6] Atas jasa beberapa orang penggemar, anjing pemburu ini dihidupkan semula dan dipiawaikan. Piawaian sementara diasaskan pada tahun 1966 dan disemak pada tahun 1983.[2] Tiada cukup anjing individu untuk menghidupkan subbaka atau jenis anjing pemburu semula. Oleh itu, para pembiak baka bersepakat tentang satu jenis lebih sejagat.[4] Pameran anjing pemburu Lithuania pertama dianjurkan pada tahun 1981; pameran ini mempunyai 62 ekor anjing yang ikut serta.[3] Bilangan anjing berdaftar dan berdokumen mencapai sekitar 350 ekor pada tahun 1987.[5] Selepas pembubaran Kesatuan Soviet, baka ini berkurang kepada sekitar 150 individu menjelang tahun 1998.[7] Penurunan kepopularan dijelaskan dengan perubahan tabiat perburuan: anjing pemburu Lithuania paling sesuai untuk memburu haiwan besar di kawasan terbuka luas, tetapi lapangan perburuan moden semakin berkurang dari segi saiz.[7] Oleh sebab populasi kecil, pembiakbakaan dalam menjadi kebimbangan besar bagi para pembiak baka. Sebuah kajian pada tahun 2008 menghitung pekali pembiakbakaan dalam pada 2.09% dan perkaitan pada 6.74%.[8]

 
Syiling peringatan euro dengan dua ekor anjing pemburu Lithuania dan seekor kuda Samogitia

Ia tegap dan bertulang berat, tetapi pada masa sama ramping dan berotot. Ia mempunyai lapis bulu hitam pendek dengan sedikit perang pada muncung, dada, telinga, dan dahi. Piawaian rasmi mengizinkan tompok putih kecil pada dada, tetapi bukan pada jari kaki.[7] Bulunya tebal dan pendek, sehingga sepanjang 3–5 sentimeter (1.2–2.0 in).[3] Ekor panjang anjing ini berbentuk pedang dan rendah secara semula jadi. Kepalanya besar dan dadanya lebar, dalam, dan rendah. Telinganya panjang dengan hujung membulat dan tergantung dekat dengan pipi.[7] Lehernya agak panjang dan kuat tanpa gelambir. Kakinya lurus, kuat, dan bulat dengan jari kaki padat yang membantunya menjadi pengejar pantas, sangat tangkas, dan tekun.[7] Anjing ini bertenaga dan memerlukan senaman ketat. Ia responsif terhadap pelatihan.[1]

Peringatan

sunting

Pada Jun 2011, semasa sebuah perayaan bandar raya, sebuah arca anjing pemburu Lithuania didedahkan di Telšiai. Zigmas Goštautas, yang memainkan peranan penting dalam menghidupkan baka ini semula pada tahun 1950-an, ialah seorang penduduk Telšiai.[9] Pada Mei 2015, sebuah arca tiga ekor anjing oleh Rimantas Keturka dan Feliksas Volčakas didedahkan dekat dengan Kompleks Istana Vilnius.[3] Pada tahun 2017, Bank Lithuania mengeluarkan syiling peringatan (dalam denominasi 10 dan 1.5 euro) yang menggambarkan dua ekor anjing pemburu Lithuania dan seekor kuda Samogitia.[10]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ليتوانيا; Lithuania: lietuvių skalikas; bahasa Inggeris: Lithuanian hound

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Lietuvių skalikas" [Anjing Pemburu Lithuania]. PatarimuPasaulis.lt (dalam bahasa Lithuania). Dicapai pada 28 Mac 2024.
  2. ^ a b c d e f Tamošiūnas, Vytautas. "Lietuvių skalikai" [Anjing pemburu Lithuania] (dalam bahasa Lithuania). Lietuvių skalikų augintojų sąjunga. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  3. ^ a b c d "Skulptūros atidengimu pagerbta vienintelė lietuviška šunų veislė" [Satu-satunya baka anjing Lithuania diberi penghormatan dengan perasmian arca]. Lietuvos rytas (dalam bahasa Lithuania). 9 Mei 2015. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  4. ^ a b c d Bilotaitė, Živilė (21 Januari 2015). "Vienintelę lietuvišką šunų veislę gelbėja ištikimi entuziastai" [Satu-satunya baka anjing Lithuania diselamatkan oleh penggemar]. Lietuvos rytas (dalam bahasa Lithuania). Dicapai pada 28 Mac 2024.
  5. ^ a b Zinkus, Jonas; dll., penyunting (1985–1988). "Skalikas". Tarybų Lietuvos enciklopedija (dalam bahasa Lithuania). IV. Vilnius, Lithuania: Vyriausioji enciklopedijų redakcija. m/s. 19. LCCN 86232954.
  6. ^ Jareckaitė, Neringa (2001). "Lietuvių skalikai: veislės standartizacija, dinamika, paplitimas = The Lithuanian hounds: recreation of the breed, standard and spreading in Lithuania" [Anjing pemburu Lithuania: pemiawaian baka, dinamik, penyebaran = Anjing pemburu Lithuania: penghasilan semula baka, piawaian, penyebaran di Lithuania] (PDF). Veterinarija ir Zootechnika (dalam bahasa Lithuania). Akademi Veterinar Lithuania. 12 (34): 75–77. ISSN 2669-2511.
  7. ^ a b c d e Tamošiūnas, Vytautas; Klovas, Vytautas (2 April 1999). "Veislė iš arti: Lietuvių skalikas" [Baka secara dekat: Anjing pemburu Lithuania]. Didysis šuo (dalam bahasa Lithuania). 2 (15). ISSN 1392-4079.
  8. ^ Kučinskienė, Jūratė; Subačiūtė, Violeta; Kvalkauskas, Juozas; Kučinskas, Audrius; Januškevičius, Algirdas; Jokubka, Ramūnas (2008). "Lietuvių skalikų šunų kraujo morfologinių, biocheminių rodiklių bei šėrimo ir inbrydingo laipsnio veislėje įvertinimas = Assessment of blood biochemistry, morphology, feeding quality and mating system in Lithuanian hound population" [Pentaksiran darjah penunjuk morfologi dan biokimia darah, pemakanan, dan pembiakbakaan dalam pada baka anjing pemburu Lithuania = Pentaksiran biokimia darah, morfologi, kualiti pemakanan, dan sistem pengawanan dalam populasi anjing pemburu Lithuania] (PDF). Veterinarija ir Zootechnika (dalam bahasa Lithuania). Akademi Veterinar Lithuania. 44 (66): 56–61. ISSN 2669-2511.
  9. ^ "Telšiuose siautė Žemaitijos sostinės šventė" [Perayaan ibu kota Samogitia rancak di Telšiai]. Delfi.lt (dalam bahasa Lithuania). 12 Jun 2011. Dicapai pada 28 Mac 2024.
  10. ^ "Gamtai skirtose monetose – žemaitukas ir lietuvių skalikas" [Syiling didedikasikan untuk unsur alam tonojlkan kuda kecil Samogitia dan anjing pemburu Lithuania] (dalam bahasa Lithuania). Bank Lithuania. 21 Julai 2017. Dicapai pada 28 Mac 2024.

Pautan luar

sunting