Anjing gembala lama Jerman
Anjing gembala lama Jerman[a] ialah sekumpulan jenis tradisional bagi anjing gembala pekerja dari Jerman. Ini merupakan baka tempatan yang terdiri daripada strain-strain anjing pekerja dan sesetengah merupakan jenis punca bagi perkembangan anjing gembala Jerman sebagai baka terpiawai. Baka tempatan ini tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa, tetapi sesetengah mempunyai piawaian sendiri yang untuk kebolehan kerja, bukan trait penampilan.[1][2]
Negara asal | Jerman |
---|---|
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Sejarah
suntingAsal usul anjing gembala lama Jerman berkemungkinan dijejak kembali ke Zaman Pertengahan awal. Semakin penggembalaan nomad dan amalan penggembalaan berubah, demikian juga keperluan untuk anjing yang mampu menggembala biri-biri, babi, dan lembu, serta menjaga dan melindungi kawanan ternakan.[3] Anjing dibiakbakakan untuk memelihara trait yang membantu dalam kerja penggembalaan biri-biri dan perlindungan kawanan ternakan menentang pemangsa. Terdapat perakuan bahawa baka ini mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk penggembalaan biri-biri, seperti kecerdasan, kelajuan, kekuatan, dan deria bau tajam. Hasilnya merupakan anjing yang berupaya melakukan perkara sedemikian, namun berbeza dengan ketara, dari segi kedua-dua penampilan dan kebolehan, dari tempat ke tempat.[4]
Sebelum tahun 1890-an, sebarang anjing yang digunakan penggembalaan dan perlindungan biri-biri di Jerman dirujuk sebagai "anjing gembala Jerman".[perlu rujukan] Anjing ini dibiakbakakan semata-mata untuk kebolehan kerjanya, dengan sedikit usaha untuk memiawaikan penampilan tertentu atau mewujudkan baka anjing bertakrif.[2] Pada tahun 1899, mantan kapten pasukan berkuda Max von Stephanitz menghadiri pertunjukan anjing apabila kepada beliau dipersembahkan seekor anjing yang memenuhi ciri-ciri anjing pekerja seperti yang dipercayai oleh von Stephanitz. Beliau segera membeli anjing itu. Selepas membeli anjing itu, beliau mengubah nama anjing berkenaan kepada Horand von Grafrath dan von Stephanitz mengasaskan Persatuan untuk Anjing Gembala Jerman. Horand diisytiharkan sebagai anjing gembala Jerman pertama.[4] Walau bagaimanapun, ramai gembala Jerman terus membiakbakakan anjing mereka untuk kebolehan kerja dan bukan menurut piawaian baka baharu dan anjing pekerja mereka yang tersisa dan tidak terpiawai dipanggil altdeutscher Schäferhund ("anjing gembala [biri-biri] lama Jerman", jamak: altdeutsche Schäferhunde).[5][6][7][8]
Di bawah Persatuan untuk Anjing Gembala Jerman, varian berbulu panjang bagi anjing gembala Jerman tidak diterima sehingga tahun 2009.[9] Sejak tahun 2010, jenis berbulu panjang telah diterima.[10][11] Sementara itu, gembala, peladang, dan pemilik lain bagi baka-baka tempatan terancam yang mencuba untuk memiawaikan keragaman-keragaman mereka menamai istilah payung altdeutscher Schäferhund (jamak: altdeutsche Schäferhunde) semula kepada altdeutscher Hütehund ("anjing gembala lama Jerman", jamak: altdeutsche Hütehunde). Anjing gembala baka tempatan lama lain, yang digunakan untuk lembu pula dan bukan biri-biri, dan yang bukan leluhur kepada anjing gembala Jerman moden (termasuk anjing berbulu gumpal, anjing lembu), juga dirangkumi dalam kategori generik altdeutsche Hütehunde.[perlu rujukan]
Penampilan
suntingAnjing gembala lama Jerman zaman kini berbeza-beza hanya sedikit daripada baka-baka tempatan abad ke-19 dab awal abad ke-20. Piawaian baka untuk baka tempatan ini (yang wujud sahaja) mensyaratkan agar haiwan berkenaan mampu menggembala biri-biri dan lembu tetapi jarang menentukan penampilan fizikal, walaupun pejabat-pejabat pendaftaran ini melarang pembiakbakaan silang dengan anjing baka lain. Tidak ada kejelasan tentang takat kesan usaha pemiawaian ini. Pada tahun 2008, Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen (GEH) menyenaraikan keragaman-keragaman ini sebagai keragaman "amat rentan" terhadap kepupusan.[12][2]
Baka-baka tempatan bernama yang mempunyai piawaian baka yang telah diwujudkan terbahagi kepada kelompok kecil, yang pertama mengikut haiwan ternakan yang digembala, iaitu anjing lembu dan anjing gembala biri-biri; yang kedua mengikut rantau (Jerman Selatan; atau Jerman Timur dan Tengah), dan yang lebih halus mengikut jenis lapis bulu dan ciri lain. Terjemahan hampiran ditunjukkan:
- Kuhhunde, "anjing lembu"
- Westerwälder, "[anjing dari] Westerwald"
- Siegerländer, "[anjing dari] Siegerland"
- Schafhunde, "anjing [gembala] biri-biri"
- süddeutscher Typ, "jenis Jerman Selatan"
- süddeutsche Gelbbacke, "[anjing] pipi kuning Jerman Selatan" – hitam dan sawo matang
- süddeutscher Schwarzer, "[anjing] hitam Jerman Selatan"
- Tiger, "[anjing bercorak] harimau belang" – lapis bulu berwarna merle; lazim di Jerman selatan, lebih jarang di tempat lain
- ost- bzw. mitteldeutscher Typ, "jenis Jerman Timur atau Tengah"
- ost- bzw. mitteldeutsche Gelbbacke, "[anjing] pipi kuning Jerman Timur atau Tengah"
- ost- bzw. mitteldeutscher Schwarzer, "[anjing] hitam Jerman Timur atau Tengah"
- ost- bzw. mitteldeutscher Fuchs, "[anjing berwarna] rubah Jerman Timur atau Tengah" – kemerah-merahan
- Harzer Fuchs, "rubah Harz" – anjing gembala biri-biri kemerah-merahan dari Pergunungan Harz[13])
- zotthaariger Typ, "jenis berbulu gumpal" – anjing berlapis bulu panjang dan mentah yang serupa dengan baka anjing gembala lama Inggeris atau anjing gembala Brie
- Strobel "[anjing] selekeh" – jenis Jerman Selatan
- Schafpudel, "pudel biri-biri" – Jenis Jerman Utara dan Tengah
- süddeutscher Typ, "jenis Jerman Selatan"
Pada abad ke-19, terdapat lebih baka tempatan. Sesetengah menjadi sebahagian daripada baka anjing gembala Jerman moden, sementara yang lain menjadi pupus seiring dengan zaman. Anjing gembala Pomerania (pommerscher Hütehund) dan spits gembala (Hütespitz) juga dikira sesama anjing gembala lama Jerman. Anjing-anjing ini menjadi pupus pada separuh kedua abad ke-20.[14][sumber terbitan sendiri?] Baka tempatan Pomerania digunakan untuk memperkuat anjing gembala Pyrénées, anjing gembala Podhale Poland, kuvasz, dan baka-baka serupa yang kini terpiawai.[15] Ada andaian bahawa anjing terakhir baka tempatan spits gembala, yang kebanyakannya putih dan bersaiz sederhana,[16] menjadi sebahagian daripada ternakan asasi bagi baka anjing gembala putih. Mungkin terdapat baka tempatan terselamat lain, yang tidak tertakluk kepada sebarang percubaan untuk mengasaskan piawaian baka.
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا لام جرمن ; Jerman: altdeutscher Hütehund; altdeutscher Schäferhund ; bahasa Inggeris: old German herding dog; old German shepherd dog; old German sheepdog
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing gembala lama Jerman |
- ^ "Top-10-Fragen" [10 Soalan Teratas] (dalam bahasa Jerman). Arbeitsgemeinschaft zur Zucht Altdeutscher Hütehunde. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mei 2009. Dicapai pada 15 Ogos 2013.
- ^ a b c "Altdeutscher Hütehund" [Anjing Gembala Lama Jerman] (dalam bahasa Jerman). Witzenhausen, Jerman: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Dicapai pada 1 Februari 2025.
- ^ "Ursprünge" [Asal usul] (dalam bahasa Jerman). Arbeitsgemeinschaft zur Zucht Altdeutscher Hütehunde. Dicapai pada 1 Februari 2025.
- ^ a b Kern, Francis G. (1990). German Shepherds [Anjing Gembala Jerman] (dalam bahasa Inggeris). Diilustrasi oleh Tom Caravaglia. (ed. ke-2). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 10–21. ISBN 9780866228657. OCLC 21718288.
- ^ "Altdeutscher Schäferhund" [Anjing gembala lama Jerman] (dalam bahasa Inggeris). Herding on the Web. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2013. Dicapai pada 21 Mac 2024.
- ^ von Stephanitz, Max Emil Friedrich (1994). The German Shepherd Dog in Word and Picture [Anjing Gembala Jerman dalam Kata dan Gambar] (dalam bahasa Inggeris). Wheat Ridge, Colorado, Amerika Syarikat: Hoflin Publishing. m/s. 12. ISBN 9789993280057.
- ^ Willis, Malcolm Beverly (1991). The German Shepherd Dog: A Genetic History [Anjing Gembala Jerman: Sejarah Genetik] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876051757. OCLC 24429463.
- ^ Vogel, P.; Kimmel, J. (1995). "Altdeutsche Hütehunde: In ihrer Vielfalt für jede Schäferei geeignet" [Anjing gembala lama Jerman: Dalam kepelbagaian meluasnya, sesuai untuk setiap ladang biri-biri]. Deutsche Schafzucht (dalam bahasa Jerman). Jil. 87. m/s. 563–565. ISSN 0720-0862.
- ^ "Die wichtigsten Beschlüsse der Bundesversammlung vom 6.-7. Juni in Kassel" [Keputusan paling penting Perhimpunan Persekutuan dari 6 hingga 7 Jun di Kassel] (PDF). SV-Zeitung (dalam bahasa Jerman). Persatuan untuk Anjing Gembala Jerman. Julai 2009. m/s. 437–438. Dicapai pada 21 Mac 2024.[pautan mati kekal]
- ^ "FCI-Standard Nr. 166 DEUTSCHER SCHÄFERHUND" [Piawaian FCI No. 166 Anjing Gembala Jerman] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 23 Disember 2010. Dicapai pada 21 Mac 2024.
- ^ "FCI-Standard N° 166 DEUTSCHER SCHÄFERHUND (German Shepherd Dog)" [Piawaian FCI No. 166 Anjing Gembala Jerman] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Verein für Deutsche Schäferhunde. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 23 Disember 2010. Dicapai pada 21 Mac 2024.
- ^ "Westerwälder Kuhhund" [Anjing lembu Westerwald] (dalam bahasa Jerman). Witzenhausen, Jerman: Gesellschaft zur Erhaltung alter und gefährdeter Haustierrassen. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2009. Dicapai pada 21 Mac 2024.
- ^ "Altdeutscher Hütehund" [Anjing gembala lama Jerman] (dalam bahasa Jerman). Interessengemeinschaft Altdeutsche Hütehunde. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2016. Dicapai pada 21 Mac 2024.
- ^ Rorem, Linda. "The Old German Shepherd Dog in America" [Anjing Gembala Lama Jerman di Amerika] (dalam bahasa Inggeris). Herding on the Web. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mac 2013. Dicapai pada 21 Mac 2024.
- ^ Mohr, Erna (1969). Ungarische Hirtenhunde [Anjing Gembala Hungary] (dalam bahasa Jerman) (ed. ke-2). Wittenberg, Jerman: A. Ziemsen Verlag. OCLC 251312536.
- ^ Luther, Wolfgang (1951). "Beobachtungen über angeborene Verhaltensweisen bei einem pommerschen Hütehund" [Pemerhatian bagi Tingkah Laku Semula Jadi pada Seekor Anjing Gembala Pomerania]. Zeitschrift für Tierpsychologie (dalam bahasa Jerman). Wiley. 8 (3): 443–448. doi:10.1111/j.1439-0310.1951.tb00185.x. ISSN 1439-0310. S2CID 85029732.
Schulterhöhe 57 cm, Gewicht etwa 23 kg