Anjing Chihuahua

baka anjing dari Mexico

Anjing Chihuahua atau hanya chihuahua[a] ialah satu baka anjing mainan Mexico yang dinamai sempena negeri Chihuahua di Mexico dan merupakan antara baka anjing terkecil di dunia.[5] Ia biasanya dibela sebagai haiwan pendamping atau untuk pertunjukan.

Anjing Chihuahua
Nama lainChihuahua
Negara asalMexico
Trait
Berat 1–3 kg (2–7 lb)[1][2]
Tinggi 8–23 cm (3–9 in)[3]:276
Bulu berbulu pendek (licin) atau berbulu panjang
Warna semua warna diterima, kecuali merle[4][1][2]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah

sunting

Kajian DNA mencadangkan bahawa anjing asli Amerika memasuki Amerika Utara dari Siberia kira-kira 10,000 tahun yang lalu dan kemudian terasing selama kira-kira 9,000 tahun sehingga ketibaan orang Eropah pertama; anjing praperhubungan ini mempamerkan tandatangan genetik unik yang kini hampir lenyap.[6] Sebuah kajian berdasarkan penjujukan genom anjing purba, yang diterbitkan pada tahun 2020, mencadangkan bahawa keleluhuran prapenjajahan ini bertahan pada dua baka Mexico, sehingga takat kira-kira 4% pada anjing Chihuahua (dan kira-kira 3% pada xoloitzcuintli).[7]

Catatan kolonial merujuk anjing kecil hampir botak pada permulaan abad kesembilan belas; salah satu mendakwa bahawa para konkuistador abad keenam belas mendapati bahawa anjing ini banyak di rantau yang kemudiannya dikenali sebagai Chihuahua.[8] Dalam sepucuk surat yang ditulis pada tahun 1520, Hernan Cortés menulis bahawa orang Aztek memelihara dan menjual anjing kecil sebagai makanan.[9]

American Kennel Club pertama kali mendaftarkan seekor anjing Chihuahua pada tahun 1904, Midget, yang dimiliki oleh H. Raynor dari Texas.[10][11]

Kepala seekor anjing Chihuahua berbulu pendek berkepala rusa
Seekor anjing Chihuahua berbulu pendek berkepala epal yang menunjukkan stop jelas

Anjing Chihuahua ialah baka terkecil yang diiktiraf oleh sesetengah kelab kenel.[12] Piawaian baka semasa yang ditakrifkan oleh pejabat pendaftaran menyatakan pengakuran tengkorak "kepala epal" atau "kubah epal".[13] Anjing Chihuahua terdapat dengan hampir semua gabungan warna, daripada padu hingga bertanda atau terpercik.[14] Anjing Chihuahua kubah epal mempunyai mata bulat besar dan telinga tegak besar yang terletak pada tengkorak tinggi yang membulat secara dramatik.[12] Stop adalah cukup jelas sehingga membentuk sudut hampir 90 darjah yang mempertemukan muncung dengan tengkorak.[4] Anjing jenis "rusa" lebih lama, dengan kepala beratas rata, mata merenggang lebih luas, telinga lebih besar, dan tungkai lebih panjang dan lebih langsing, masih boleh didaftarkan, tetapi kepala rusa tidak dianggap sebagai jenis terpisah dalam pertandingan dan penyimpangan anjing kepala rusa daripada piawaian baka dianggap sebagai kecacatan.[13][4]

Piawaian baka untuk anjing ini pada umumnya tidak menyatakan ketinggian; hanya berat dan perihal perkadaran keseluruhannya. Pada umumnya, ketinggiannya berjulat 6–9 in (15–23 cm);[12] sesetengah anjing membesar sehingga setinggi 30–38 cm (12–15 in).[perlu rujukan]

Piawaian Persekutuan Kinologi Antarabangsa mensyaratkan anjing dengan berat unggul 1.5–2.5 kg (3.3–5.5 lb); yang terkeluar daripada julat 1.0–3.0 kg (2.2–6.6 lb) tersingkir daripada pameran.[1][2] Piawaian baka Amerika menetapkan berat maksimum sebanyak 2.7 kg (5.9 lb) untuk penunjukan.[12] Dalam piawaian British, berat 1.8–2.7 kg (4–6 lb) lebih diutamakan – klausa "jika dua ekor anjing sama-sama baik dari segi jenis, anjing lebih kenit lebih diutamakan" dihapuskan pada tahun 2009.[15]

Anjing Chihuahua peliharaan (yang dibiakbakakan atau dibeli sebagai pendamping dan bukannya sebagai anjing pertunjukan) kerap melebihi julat berat ini, malah melebihi 4.5 kg (10 lb), jika ia mempunyai struktur tulang besar atau diizinkan untuk menjadi berat secara berlebihan.[12] Ini tidak bermakna bahawa ia bukan anjing Chihuahua baka tulen; ia hanya tidak memenuhi syarat untuk memasuki pertunjukan pengakuran. Anjing Chihuahua bersaiz berlebihan terlihat dalam sesetengah susur galur paling baik dan paling teruk. Anjing Chihuahua tidak membiak benar-benar untuk saiz dan anak anjing daripada perinduk sama dapat menjadi matang dengan saiz berlainan secara drastik antara satu sama lain. Juga, betina lebih besar untuk pembiakbakaan kurang berkemungkinan untuk mengalami distosia (persalinan terhalang). Ramai pembiak baka mencuba untuk membiakbakakan anjing Chihuahua sekecil yang mungkin, kerana yang dipasarkan sebagai anjing "cawan teh" atau anjing "cawan teh kenit" menuntut harga lebih tinggi.[16]

Piawaian antarabangsa melarang corak lapis bulu merle, yang kelihatan berbelak.[1][2] Pada tahun 2007, The Kennel Club di Great Britain meminda piawaian baka untuk menyingkirkan anjing merle kerana risiko kesihatan yang berkaitan dengan gen pendasar.[17]

Seperti banyak anjing kecil lain, anjing Chihuahua mungkin menunjukkan agresi melebihi purata terhadap orang dan anjing lain.[18][19]

Kesihatan

sunting

Anjing Chihuahua mempunyai sesetengah kecenderungan genetik terhadap beberapa penyakit neurologi, antaranya ketidakstabilan atlantoaksis, lipofusinosis seroid, kepekakan kongenital, hidrosefalus kongenital, distrofi otot, meningoensefalitis menekrosis, dan distrofi neuroakson;[20]:3[21] ia mempunyai kecenderungan ringan terhadap penyakit jantung kongenital.[22]:478 Dalam sebuah kajian radiografi tentang penyakit periodontium anjing pada tahun 2001, anjing Chihuahua didapati mempunyai insiden paling rendah antara enam baka yang dikaji.[23]:206[24]:532 Kecenderungan terhadap kehelan tempurung lutut medial dipercayai ketara.[25]:46

Sebuah kajian tahun 2018 di Jepun tentang data perkuburan haiwan peliharaan mendapati bahawa anjing Chihuahua mempunyai purata jangka hayat sebanyak 11.8 tahun berbanding dengan 15.1 tahun untuk baka silang dan 13.7 tahun secara keseluruhan.[26] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2022 tentang jangka hayat baka anjing berdasarkan data veterinar menunjukkan bahawa purata jangka hayat ialah 7.91 tahun untuk baka ini berbanding dengan 11.82 tahun untuk baka silang.[27][b] Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 11.8 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[28] Sebuah kajian Itali tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 8.5 tahun untuk baka ini berbanding dengan 10 tahun secara keseluruhan.[29]

Sebuah kajian United Kingdom mendapati bahawa anjing Chihuahua betina adalah lebih daripada 10.4 kali ganda lebih berkemungkinan untuk mengalami distosia.[30]

Lihat juga

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ Jawi: انجيڠ چيواوا; چيواوا; Sepanyol: chihuahueño; chihuahua, es; English: /ɪˈwɑːwə, -wɑː, -ˈw.ə/ (  dengar)[31]
  2. ^ Kajian Jepun menyemak data perkuburan yang kurang berkemungkinan mempunyai sebarang catatan lahir mati dan kematian altrisial manakala klinik veterinar patut mempunyai data tentang ini.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d "Estándar-FCI N° 218 CHIHUAHUEÑO" [Piawaian FCI No. 218 Anjing Chihuahua] (pdf) (dalam bahasa Sepanyol). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 4 Oktober 2019. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  2. ^ a b c d "FCI-Standard N° 218 CHIHUAHUEÑO (Chihuahua)" [Piawaian FCI No. 218 Anjing Chihuahua] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 4 Oktober 2019. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  3. ^ Dennis-Bryan, Kim (5 Mac 2020). The Complete Dog Breed Book [Buku Baka Anjing Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). London, United Kingdom: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9780241412732. OCLC 1147942500.
  4. ^ a b c "Official Standard of the Chihuahua" [Piawaian Rasmi Anjing Chihuahua] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 1 Oktober 2008. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  5. ^ "The 25 Smallest Dog Breeds" [25 Baka Anjing Terkecil] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  6. ^ Ní Leathlobhair, Máire; Perri, Angela R.; Irving-Pease, Evan K.; Witt, Kelsey E.; Linderholm, Anna; Haile, James Seymour; Lebrasseur, Ophélie; Ameen, Carly; Blick, Jeffrey; Boyko, Adam R.; Brace, Selina; Cortes, Yahaira Nunes; Crockford, Susan Janet; Devault, Alison; Dimopoulos, Evangelos A.; Eldridge, Morley; Enk, Jacob; Gopalakrishnan, Shyam; Gori, Kevin; Grimes, Vaughan; Guiry, Eric; Hansen, Anders Johannes; Hulme-Beaman, Ardern; Johnson, John; Kitchen, Andrew; Kasparov, Aleksey Kasparovich; Kwon, Young-Mi; Nikolʹskiy, Pavel Aleksandrovich; Lope, Carlos Peraza; Manin, Aurélie; Martin, Terrance; Meyer, Michael; Myers, Kelsey Noack; Omura, Mark; Rouillard, Jean-Marie; Pavlova, Yelena Yurʹyevna; Sciulli, Paul; Sinding, Mikkel Holger Strander; Strakova, Andrea; Ivanova, Varvara Viktorovna; Widga, Christopher; Willerslev, Eske; Pitulʹko, Vladimir Viktorovich; Barnes, Ian; Gilbert, Marcus Thomas Pius; Dobney, Keith M.; Malhi, Ripan Singh; Murchison, Elizabeth P.; Larson, Greger John; Frantz, Laurent Alain François (6 Julai 2018). "The evolutionary history of dogs in the Americas" [Sejarah evolusi anjing di Benua Amerika]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 361 (6397): 81–85. Bibcode:2018Sci...361...81N. doi:10.1126/science.aao4776. ISSN 0036-8075. JSTOR 26498950. PMC 7116273. PMID 29976825. S2CID 186313281.
  7. ^ Bergström, Anders; Frantz, Laurent Alain François; Schmidt, Ryan; Ersmark, Erik; Lebrasseur, Ophélie; Girdland-Flink, Linus; Lin, Audrey T.; Storå, Jan; Sjögren, Karl-Göran; Anthony, David; Antipina, Ekaterina E.; Amiri, Sarieh; Bar-Oz, Guy; Bazaliiskii, Vladimir I.; Bulatović, Jelena; Brown, Dorcas; Carmagnini, Alberto; Davy, Tom; Fedorov, Sergey Egorovich; Fiore, Ivana; Fulton, Deirdre; Germonpré, Mietje B.; Haile, James Seymour; Irving-Pease, Evan K.; Jamieson, Alexandra; Janssens, Luc August; Kirillova, Irina V.; Horwitz, Liora Kolska; Kuzmanovic-Cvetković, Julka; Kuzʹmin, Yaroslav Vsevolodovich; Losey, Robert Justin; Dizdar, Daria Ložnjak; Mashkour, Marjan; Novak, Mario; Onar, Vedat; Orton, David; Pasarić, Maja; Radivojević, Miljana; Rajković, Dragana; Roberts, Benjamin; Ryan, Hannah; Sablin, Mikhail Valerievich; Shidlovskiy, Fedor; Stojanović, Ivana; Tagliacozzo, Antonio; Trantalidou, Katerina; Ullén, Inga; Villaluenga, Aritza; Wapnish, Paula; Dobney, Keith M.; Götherström, Anders; Linderholm, Anna; Dalén, Love; Pinhasi, Ron; Larson, Greger John; Skoglund, Pontus (30 Oktober 2020). "Origins and genetic legacy of prehistoric dogs" [Asal usul dan legasi genetik anjing prasejarah]. Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Amerika untuk Kemajuan Sains. 370 (6516): 557–564. doi:10.1126/science.aba9572. hdl:2164/15796. ISSN 0036-8075. PMC 7116352. PMID 33122379. S2CID 225956269.
  8. ^ Pino, Pedro Baptista; Cancelada, Juan López (1 Disember 2007). Exposición sucinta y sencilla de la provincia del Nuevo México y otros escritos [Eksposisi Ringkas dan Mudah tentang Provinsi New Mexico dan Tulisan Lain] (dalam bahasa Sepanyol). León, Sepanyol: Universiti León. m/s. 244. ISBN 9788497733748. OCLC 494481104. [terjemahan] "malah di gurun anjing kenit ini dapat ditemukan, memburu tikus, mencit, dan cicak." Catatan kaki yang menyusul secara tidak langsung menyentuh para konkuistador kebuluran yang dilaporkan memburu dan merendidih anjing itu (Universidad Veracruzana, Arquivo Viejo, XXVI.2711).
  9. ^ "Hernan Cortés: from Second Letter to Charles V, 1520" [Hernan Cortés: daripada Surat Kedua kepada Karl V, 1520] (dalam bahasa Inggeris). Universiti Fordham. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2014. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  10. ^ Coile, D. Caroline (1 April 2013). Chihuahuas: A Complete Pet Owner's Manual [Anjing Chihuahua: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 7. ISBN 9781438001487. OCLC 826659270. Only in 1904 did the American Kennel Club (AKC) register its first Chihuahua; a total of five were registered that year.
  11. ^ "Chihuahua History: From Aztec Treasure to Popular Companion" [Sejarah Anjing Chihuahua: Daripada Khazanah Aztek kepada Pendamping Popular]. American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 6 Januari 2022. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  12. ^ a b c d e Wilcox, Charlotte (1999). "Quick Facts" [Fakta Segera]. The Chihuahua [Anjing Chihuahua] (dalam bahasa Inggeris). Mankato, Minnesota, Amerika Syarikat: Capstone Publishers. m/s. 4–5. ISBN 9780736801584. OCLC 39905878.
  13. ^ a b Hustace Walker, Joan (27 Mac 2006). The Everything Chihuahua Book: A Complete Guide to Raising, Training, and Caring for Your Chihuahua [Buku Segala tentang Chihuahua: Panduan Lengkap untuk Pengasuhan, Pelatihan, dan Penjagaan Anjing Chihuahua Anda] (dalam bahasa Inggeris). Avon, Massachusetts, Amerika Syarikat: Adams Media. m/s. 16–18. ISBN 9781440523687. OCLC 775361562.
  14. ^ American Kennel Club Chihuahua page (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 8 Februari 2024.
  15. ^ "The Kennel Club". thekennelclub.org.uk (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Oktober 2017. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  16. ^ Segovia, Stacey Smith (21 Mac 2004). "Runt of the litter". The Leaf Chronicle (dalam bahasa Inggeris). ProQuest 441596979.
  17. ^ "Kennel Club breed standard" [Piawaian baka The Kennel Club] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. 15 Mei 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2009. Dicapai pada 8 Februari 2024.
  18. ^ Duffy, Deborah L.; Hsu, Yuying; Serpell, James Andrew (3 Jun 2008). "Breed differences in canine aggression" [Perbezaan baka dari segi agresi anjing]. Applied Animal Behaviour Science (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 114 (3–4): 441–460. doi:10.1016/j.applanim.2008.04.006. ISSN 1872-9045. S2CID 3764128.
  19. ^ McGreevy, Paul Damien; Georgevsky, Dana; Carrasco, Johanna; Valenzuela, Michael J.; Duffy, Deborah L.; Serpell, James Andrew (16 Disember 2013). Munn, Adam J. (penyunting). "Dog Behavior Co-Varies with Height, Bodyweight and Skull Shape" [Tingkah Laku Anjing Saling Berubah dengan Ketinggian, Berat Badan, dan Rupa Bentuk Tengkorak]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 8 (12): e80529. Bibcode:2013PLoSO...880529M. doi:10.1371/journal.pone.0080529. ISSN 1932-6203. PMC 3864788. PMID 24358107. S2CID 15751549.
  20. ^ Dewey, Curtis W.; da Costa, Ronaldo C., penyunting (9 November 2015). "Signalment and History: The First Considerations" [Pengisyaratan dan Sejarah: Pertimbangan-pertimbangan Pertama]. Practical Guide to Canine and Feline Neurology [Panduan Amali untuk Neurologi Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). New York, New York, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 1–8. ISBN 9781119946113. OCLC 968565944.
  21. ^ Chihuahua (long and smooth coat): Hydrocephalus (dalam bahasa Inggeris). Genetic Welfare Problems of Companion Animals. Wheathampstead, Hertfordshire, United Kingdom: The International Animal Welfare Science Society/Universities Federation for Animal Welfare. Dicapai pada 22 Januari 2024.
  22. ^ Oliveira, Pedro; Domenech, Oriol; Silva, J.; Vannini, S.; Bussadori, R.; Bussadori, C. (21 Mac 2011). "Retrospective Review of Congenital Heart Disease in 976 Dogs" [Semakan Retrospektif bagi Penyakit Jantung Kongenital pada 976 Ekor Anjing]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 25 (3): 477–483. doi:10.1111/j.1939-1676.2011.0711.x. ISSN 1939-1676. PMID 21418326. S2CID 20297841.
  23. ^ Butković, V.; Šehič, M.; Stanin, Damir; Šimpraga, M.; Capak, Darko; Kos, Josip (2001). "Dental Diseases of Dogs: A Retrospective Study of Radiological Data" [Penyakit Gigi Anjing: Kajian Retrospektif Data Radiologi]. Acta Veterinaria Brno (dalam bahasa Inggeris). Universiti Veterinar Brno. 70: 203–208. doi:10.2754/avb200170020203. ISSN 1801-7576. S2CID 72879639.
  24. ^ Wallis, Corrin; Holcombe, L. J. (21 September 2020). "A review of the frequency and impact of periodontal disease in dogs" [Semakan kekerapan dan impak penyakit periodontium pada anjing]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 61 (9): 529–540. doi:10.1111/jsap.13218. ISSN 1748-5827. PMID 32955734. S2CID 221828686.
  25. ^ Gough, Alex; Thomas, Alison (16 April 2004). Breed Predispositions to Disease in Dogs & Cats [Predisposisi Baka terhadap Penyakit pada Anjing dan Kucing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Oxford, United Kingdom: Wiley-Blackwell. doi:10.1002/9780470690802. ISBN 9781405107488. OCLC 53231203.
  26. ^ Inoue, Mai; Kwan, Nigel C. L.; Sugiura, Katsuaki (24 Mei 2018). "Estimating the life expectancy of companion dogs in Japan using pet cemetery data" [Menganggarkan jangka hayat anjing teman di Jepun dengan menggunakan data perkuburan haiwan peliharaan]. Journal of Veterinary Medical Science (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Sains Veterinar Jepun. 80 (7): 1153–1158. doi:10.1292/jvms.17-0384. ISSN 1347-7439. PMC 6068313. PMID 29798968. S2CID 44157193.
  27. ^ Teng, Kendy Tzu-yun; Brodbelt, David C.; Pegram, Camilla; Church, David B.; O'Neill, Dan Gerard (28 April 2022). "Life tables of annual life expectancy and mortality for companion dogs in the United Kingdom" [Jadual kehidupan jangka hayat dan mortaliti tahunan untuk anjing teman di United Kingdom]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 12 (1): 6415. Bibcode:2022NatSR..12.6415T. doi:10.1038/s41598-022-10341-6. ISSN 2045-2322. PMC 9050668 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35484374 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 248432001 Check |s2cid= value (bantuan).
  28. ^ McMillan, Kirsten M.; Bielby, Jon; Williams, Carys L.; Upjohn, Melissa M.; Casey, Rachel A.; Christley, Robert M. (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  29. ^ Roccaro, Mariana; Salini, Romolo; Pietra, Marco; Sgorbini, Micaela; Gori, Eleonora; Dondi, Maurizio; Crisi, Paolo E.; Conte, Annamaria; Dalla Villa, Paolo; Podaliri, Michele; Ciaramella, Paolo; Di Palma, Cristina; Passantino, Annamaria; Porciello, Francesco; Gianella, Paola; Guglielmini, Carlo; Alborali, Giovanni L.; Rota Nodari, Sara; Sabatelli, Sonia; Peli, Angelo (17 Februari 2024). "Factors related to longevity and mortality of dogs in Italy" [Faktor-faktor yang berkaitan dengan kelanjutan usia dan mortaliti anjing di Itali]. Preventive Veterinary Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 225: 106155. doi:10.1016/j.prevetmed.2024.106155. hdl:11585/961937. ISSN 1873-1716. PMID 38394961 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267743971 Check |s2cid= value (bantuan).
  30. ^ Packer, Rowena Mary Anne. "New study reveals flat faced dogs have the highest risk when giving birth" [Kajian baharu mendedahkan bahawa anjing bermuka rata mempunyai risiko tertinggi apabila bersalin]. Royal Veterinary College (dalam bahasa Inggeris). Universiti London. Dicapai pada 15 Mac 2024.
  31. ^ Wells, John (3 April 2008). Longman Pronunciation Dictionary (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-3). Pearson Longman. ISBN 978-1-4058-8118-0.