Radiografi
Radiografi ialah penggunaan sinar pengionan (sinar X, sinar gama) untuk membentuk bayangan benda yang dikaji pada filem. Radiografi umumnya digunakan untuk melihat benda tak tembus pandang, misalnya bahagian dalam tubuh manusia. Gambaran benda yang diambil dengan radiografi disebut radiograf. Radiografi lazim digunakan pada pelbagai bidang, seperti perubatan, arkeologi dan industri.