Angka Rumi
MMXXIII
|
(2023 dalam angka Rumi) |
Angka Rumi atau angka Roman ialah sistem angka Rom Kuno yang berdasarkan huruf-huruf abjad Rumi yang digabungkan untuk menunjukkan jumlah nilai. Sepuluh angka Rumi yang utama adalah:
Sistem angka Rumi adalah berbentuk perpuluhan[1] dan tidak mempunyai angka sifar. Sistem ini berkait rapat dengan angka Etruscan dan huruf-hurufnya diambil dari simbol-simbol bukan abjad terawal; lama kelamaan orang Rom menukar simbol-simbol ini dengan huruf-huruf dari abjad Latin. Sistem angka Rumi yang digunakan pada hari ini merupakan hasil perubahan yang pada zaman pertengahan akhir.
Angka Rumi biasanya digunakan dalam senarai yang dinomborkan (seperti garis bentuk format untuk sesebuah rencana), muka jam, muka surat yang mendahului badan utama buku, bulan dalam setahun, di belakang nama waris pemimpin politik dan monarki yang mempunyai nama yang sama, dan penomboran acara tahunan.
Sistem angka | |
---|---|
Sistem angka Hindu-Arab | |
Arab barat Arab timur Burma India |
Khmer Mongol Thai |
Angka Asia timur | |
Batang pembilang Cina Jepun |
Korea Suzhou Vietnam |
Angka abjad | |
Abjad Armenia Āryabhaṭa Cyril |
Ge'ez Ibrani Yunani (Ionia) |
Sistem lain | |
Aegean Attic Babylon Brahmi Etruscan Inuit |
Maya Mesir Quipu Rom Sumeria Urnfield |
Sistem kedudukan dengan asas | |
Perpuluhan (10) | |
1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60 | |
Simbol
suntingAngka Rumi adalah berdasarkan tujuh simbol: satu calitan (diwakili huruf I) untuk satu unit, satu sevron (diwakili huruf V) untuk lima, satu calitan silang (diwakili huruf X) untuk sepuluh, satu C (singkatan kepada Centum) untuk seratus, dan sebagainya:
Simbol | Nilai |
---|---|
I | 1 (satu) (unus ) |
V | 5 (lima) (quinque ) |
X | 10 (sepuluh) (decem ) |
L | 50 (lima puluh) (quinquaginta ) |
C | 100 (satu ratus) (centum ) |
D | 500 (lima ratus) (quingenti ) |
M | 1000 (satu ribu) (mille ) |
Simbol dilelar (diulang-ulang) untuk menghasilkan gandaan nilai perpuluhan (1, 10, 100, 1000), dan V, L, D yang digunakan untuk gandaan lima, dan pelelaran meneruskan: I "1", II "2", III "3", V "5", VI "6", VII "7", dan seterusnya, dan ia dilakukan dengan sama untuk asas yang lain: X "10", XX "20", XXX "30", L "50", LXXX "80"; CC "200", DCC "700", dan seterusnya. Pada pelelaran keempat, prinsip subtraktif akan digunakan, dengan asasnya diletakkan sebelum asas yang lebih tinggi: IIII atau IV "4", VIIII atau IX "9", XXXX atau XL "40", LXXXX atau XC "90", CCCC atau CD "400", DCCCC atau CM "900".
Orang Rom kuno cuma menggunakan versi huruf besar. Pada zaman pertengahan, huruf kecil telah dicipta dan bentuk yang biasa digunakan ialah: i, ii, iii, iv, dan seterusnya. Selain itu, gantian "j" untuk akhiran "i" juga telah dicipta untuk mengakhiri sesuatu nombor, seperti iij untuk 3 atau vij untuk 7. "j" ini bukanlah huruf yang berasingan, sebaliknya cuma variasi berhias untuk "i".
Untuk nombor besar (4000 ke atas), satu bar akan diletakkan di atas angka asas, atau tanda kurungan diletakkan untuk menunjukkan pendaraban dengan 1000, walaupun orang Rom sendiri sering membuang "M" sahaja:[2]
- V atau (V) untuk lima ribu
- X atau (X) untuk sepuluh ribu
- L atau (L) untuk lima puluh ribu
- C atau (C) untuk satu ratus ribu
- D atau (D) untuk lima ratus ribu
- M atau (M) untuk satu juta
Tanda kurungan pula adalah lebih versatil; (II) bersamaan dengan MM, tetapi II tidak dijumpai.
Jadi pendaraban asas angka Rumi adalah mengikut corak seperti berikut:
×1 | ×2 | ×3 | ×4 | ×5 | ×6 | ×7 | ×8 | ×9 | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sa | I | II | III | IV | V | VI | VII | VIII | IX |
Puluh | X | XX | XXX | XL | L | LX | LXX | LXXX | XC |
Ratus | C | CC | CCC | CD | D | DC | DCC | DCCC | CM |
Ribu | M | MM | MMM | IV | V | VI | VII | VIII | IX}} |
Puluh Ribu | X | XX | XXX | XL | L | LX | LXX | LXXX | XC}} |
Ratus Ribu | C | CC | CCC | CD | D | DC | DCC | DCCC | CM}} |
Kaedah praktikal untuk menulis angka Rumi adalah dengan menggunakan sistem moden angka Arab, dan menukar secara berasingan ribu, ratus, puluh, dan sa seperti diberikan dalam carta di atas. Jadi, sebagai contoh, 1234 difikir sebagai "satu ribu dan dua ratus dan tiga puluh dan empat", mendapatkan M (satu ribu) + CC (dua ratus) + XXX (tiga puluh) + IV (empat), untuk MCCXXXIV. Jadi sebelas adalah XI (sepuluh dan satu), 32 adalah XXXII (tiga puluh dan dua) dan 2009 adalah MMIX (dua ribu dan sembilan). Perlu diingat yang prinsip subtraktif tidak melangkaui seperti apa yang dinyatakan di dalam carta di atas, jadi IL tidak digunakan untuk 49, sebaliknya ditulis dengan empat puluh (XL) dan sembilan (IX), atau XLIX.
Angka Rumi moden
suntingBerikut adalah beberapa angka Rumi moden, selepas zaman Victoria:
Piawai | Arab | Nota |
---|---|---|
tiada | 0 | N pernah digunakan sekurang-kurangnya sekali oleh Bede sekitar 725. |
I | 1 | |
II | 2 | |
III | 3 | |
IV | 4 | IIII masih digunakan di jam dan permukaan kad tarot. |
V | 5 | IIIII jarang digunakan pada zaman pertengahan. |
VI | 6 | |
VII | 7 | |
VIII | 8 | IIX jarang digunakan pada zaman pertengahan. |
IX | 9 | |
X | 10 | VV jarang digunakan pada zaman pertengahan. |
XI | 11 | |
XII | 12 | |
XIII | 13 | |
XIV | 14 | |
XV | 15 | |
XVI | 16 | |
XVII | 17 | |
XVIII | 18 | |
XIX | 19 | |
XX | 20 | |
XXI | 21 | |
XXV | 25 | |
XXX | 30 | |
XXXV | 35 | |
XL | 40 | |
XLV | 45 | |
XLIX | 49 | Berdasarkan prinsip subtraktif seperti dinyatakan di atas, IL tidak diterima. |
L | 50 | |
LX | 60 | |
LXIX | 69 | |
LXX | 70 | |
LXXVI | 76 | |
LXXX | 80 | |
XC | 90 | |
XCIX | 99 | |
C | 100 | |
CL | 150 | |
CC | 200 | |
CCC | 300 | |
CD | 400 | |
D | 500 | |
DC | 600 | |
DCLXVI | 666 | |
DCC | 700 | |
DCCC | 800 | |
CM | 900 | |
M | 1,000 | |
MCDXLIV | 1,444 | Nombor pandigital terkecil (setiap simbol digunakan) |
MDCLXVI | 1,666 | Nombor pandigital efisien terbesar (setiap simbol muncul sekali sahaja) |
MDCCCLXXXVIII | 1,888 | Nombor terpanjang apabila ditulis (tanpa gandaan M) |
MCMXC | 1,990 | Ringkasan seperti XMM dan MXM bertentangan dengan prinsip subtraktif |
MCMXCVII | 1,997 | |
MCMXCIX | 1,999 | Ringkasan seperti IMM dan MIM bertentangan dengan prinsip subtraktif |
MM | 2,000 | |
MMI | 2,001 | |
MMIX | 2,009 | |
MMD | 2,500 | |
MMM | 3,000 | |
IV | 4,000 | Kadang-kadang menjadi MMMM atau MV |
V | 5,000 | |
VMDCLXVI | 6,666 | Nombor ini menggunakan setiap simbol sehingga V sekali. |
X | 10,000 | |
L | 50,000 | |
C | 100,000 | |
D | 500,000 | |
M | 1,000,000 |
Kaedah menulis angka Rumi dengan tepat adalah dengan mencatat mengikut urutan ribu, kemudian ratus, kemudian puluh, kemudian sa.
Contoh: nombor 1988.
Satu ribu adalah M, sembilan ratus adalah CM, lapan puluh adalah LXXX, lapan adalah VIII.
Digabungkan: MCMLXXXVIII.
Rujukan
sunting- ^ Atau lebih tepat, "satu sistem perpuluhan dengan nombor 5 dijadikan dasar bantu" (Ifrah 200:193)
- ^ Angka Rumi: Bagaimana ia dilakukan: Nombor lebih besar