Aneka
rangkaian pasar raya
Aneka ialah sebuah rangkaian pasar raya di Malaysia yang dimiliki oleh Aneka Retail (M) Sdn. Bhd.. Terdapat lapan cawangan di seluruh Malaysia dengan ibu pejabatnya terletak di Gurun, Kedah. Rangkaian pasar raya Aneka di daerah Kerian, Perak telah menerima Anugerah Kedai Harga Patut (AKPH) 2016 pada Oktober 2016.[1]
Pada 17 April 2018, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengumumkan pengambilalihan 6 buah rangkaian pasar raya Aneka di Kedah, Perak, Terengganu dan Kelantan menjelang pertengahan tahun 2018 dengan tujuan mengurangkan harga keperluan asas.[2][3]
Rujukan
sunting- ^ Khairil Anwar Mohd Amin (7 Oktober 2016). "108 premis terima Anugerah Kedai Harga Patut Perak 2016". Sinar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-10. Dicapai pada 10 Jun 2018.
- ^ Zakkina Wati Ahmad Tarmizi (18 April 2018). "Yapeim ambil alih rangkaian pasar raya Aneka". Utusan Malaysia. Foto oleh Shaifudin Mohd. Nor. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-10. Dicapai pada 10 Jun 2018 – melalui Utusan Online.
- ^ Nik Sukry Ramli (22 April 2018). "Jualan Sentuhan Rakyat dicadang diteruskan selepas PRU-14". BH Online. Foto oleh Farizul Hafiz Awang. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Jun 2018. Dicapai pada 10 Jun 2018.