Amuk

(Dilencongkan daripada Amok)

Amuk (Jawi: اموق, turunan kata akar Bahasa Melayu-Polinesia Purba hamuk "menyerang"[1]) merujuk kepada tingkah laku seseorang yang, ketika dipengaruhi oleh perasaan yang kuat, memperoleh sebilah senjata dan memulakan serangan sembarangan, seringnya dengan pembunuhan berbilang. Sebagai contoh, perkataan ini boleh digunakan untuk memerihalkan Pembunuhan Beramai-ramai Politeknik Ecole. Pihak polis Amerika Syarikat memerihalkan perbuatan ini sebagai "pembunuhan beria-ia". 'Amuk' juga bermaksud "mudah tersinggung".

Pengamuk di Batavia, Jawa, sekitar 1858–1861. Sekumpulan orang mengejar untuk menangkap atau membunuhnya.

Sesetengah sumber telah mengenal pasti orang Melayu sebagai bangsa yang mempunyai kecenderungan untuk mengamuk dan oleh itu, menyebabkan amuk menjadi satu contoh sindrom budaya terikat, serta sesuatu yang cukup sinonim dengan bangsa Melayu di Malaysia dan Indonesia. Perkataan "amuk" merupakan salah sepatah perkataan yang telah dipinjam oleh bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu, dan dieja sebagai amok.

Bagaimanapun, orang Melayu bukanlah bangsa yang tunggal untuk mengalami keadaan ini. Umpamanya, W. W. Skeat menulis dalam Ensiklopedia Britannica 1911: "Seorang Melayu akan tiba-tiba dan tanpa sebarang sebab meluru ke jalan raya dengan sebilah keris atau senjata yang lain, dan menebas sesiapa yang dia dapat bertemu sehingga membunuhnya." Pada suatu masa, kegila-gilaan ini dianggap sebagai satu kegilaan yang tiba-tiba. Bagaimanapun, amuk yang tipikal kini dipastikan sebagai akibat daripada keadaan seperti cemburu buta, atau hutang judi, yang menyebabkan seorang Melayu terdesak dan berasa letih. Sebenarnya, amuk ialah padanan orang Melayu untuk pembunuhan diri. Ensiklopedia Britannica menambah: "Amuk mungkin merupakan sesuatu tingkah laku yang memberikan setakat kawalan kepada si pengamuk, kerana kebiasaan ini telah mati di bawah pemerintahan British di semenanjung, mungkin disebabkan pesalah-pesalah tidak ingin ditangkap dan terpaksa menghadapi perbicaraan tanpa perikemanusiaan.

Pencerapan Skeat tentang bangsa Melayu tidaklah unik kerana mitos-mitos pengamuk dan sawai perang Zulu merupakan dua lagi contoh tentang kecendurungan untuk mengamuk. Ensiklopedia Webster 1911 mengulas:

Walaupun perkataan "amuk" dikaitkan secara rapat dengan orang Melayu, terdapat setakat alasan untuk mempercayai bahawa perkataan ini berasal dari India, dan perbuatan ini bukan tidak dikenali dalam sejarah India. Beberapa kes yang terkenal telah terjadi di Rajput. Umpamanya pada tahun 1634, anak lelaki sulung Maharaja Jodhpur mengamuk di istana Shah Jahan, dan walaupun tergagal dalam serangan terhadap ayahnya, telah membunuh salah lima daripada pegawai-pegawai istana. Juga pada abad ke-18, dua orang utusan yang dihantar oleh ketua Jodhpur ke Hyderabad (Sind) untuk menyelesaikan satu perkelahian, menikam putera serta 26 orang pengiringnya sebelum ditewaskan dan dibunuh.

"Pendirian tentang Zanzibar" (Stand on Zanzibar), sebuah buku oleh John Brunner, memerihalkan sebuah masyarakat yang terlalu sesat sehingga kejadian-kejadian amuk menjadi sesuatu yang amat biasa dan yang menyebabkan setiap penduduk mempersenjatai diri, dengan akibat yang lebih teruk.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*hamuk: attack, run amuck". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 17 November 2022.

Pautan luar

sunting

  Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)