Amir Masdi

Penyanyi lelaki Malaysia
(Dilencongkan daripada Amir Syazwan Masdi)

Amir Syazwan Masdi (lahir 3 Oktober 1996) merupakan seorang penyanyi dan pelakon. Beliau merupakan juara pertandingan realiti televisyen, Akademi Fantasia 2016.[1] Beliau mula dikenali dalam kalangan peminat menerusi lagu "Kau Sakiti" yang dicipta oleh Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, Ezra Kong & Romeo yang berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 pada tahun 2021. Beliau juga dikenali sebagai THE NEXT GENERATION OF FAIZAL TAHIR.

Amir Masdi
Kelahiran
Amir Syazwan bin Masdi

(1996-10-03) 3 Oktober 1996 (umur 28)
Nama lainAmir AF2016
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2016–kini
Laman web rasmihttps://amirmasdi.com

Akademi Fantasia 2016

sunting

Amir diterima masuk bersama 13 lagi pelajar Akademi Fantasia 2016 dan bersaing selama 8 minggu didalam akademi dan berjaya ke pentas akhir yang telah menobatkan beliau sebagai juara AF2016, sekaligus menewaskan empat lagi finalis dalam merebut gelaran juara.. berikut adalah persembahan beliau sewaktu di dalam Akademi Fantasia 2016.

Konsert Lagu Tugasan Penyanyi Asal
Minggu 1 "Obses" Akim & The Majistret
Minggu 2 "Where You Will Go" The Calling
Minggu 3 "Biso Bonar" Dato' Hattan
Minggu 4 "Umi" Dato' Shake
Minggu 5 "Mahligai Permata" Dato' Siti Nurhaliza
Minggu 6

'(Suku Akhir)'

"Misteri Mimpi Syakila" /

"Dari Sinar Mata"

Wings /

BPR

Minggu 7

'(Separuh Akhir)'

"Ratusan Purnama"

- duet dengan Datin Alyah "Demi Cinta"

Melly Goeslaw & Marthino Lio

Ezad Lazim

Minggu 8 '(Akhir)' "Romantis"

"Pemilik Cinta"

Spring

Amir [2]

AF Megastar 2017

sunting

Setahun selepas kemenangan beliau di AF2016, Amir sekali lagi mencuba nasib untuk menyertai program terbaru terbitan Astro, AF Megastar. Program realiti terbaru ini menghimpunkan semula 8 bekas juara dan 16 alumni AF dari musim pertama sehinggalah musim ketiga belas. Percubaan Amir berbaloi apabila beliau berjaya menempatkan diri dalam Top 12 AF Megastar 2017. Walau bagaimanapun, di minggu separuh akhir Amir terpaksa akur dengan keputusan juri dan undian penonton yang tidak menyebelahi beliau dan terpaksa meninggalkan pentas AF Megastar apabila hanya mendapat undian sebanyak 21.1% pada malam konsert tersebut. Berikut adalah persembahan beliau di dalam AF Megastar 2017.

Konsert Lagu Penyanyi Asal
Konsert 2

(Homecoming 2)

"Grenade" Bruno Mars
Konsert 3

(Minggu 1)

"Hanya Kau yang Mampu" Aizat Amdan
Konsert 4

(Minggu 2)

"Sejarah Mungkin Berulang" New Boyz
Konsert 5

(Minggu 3)

"Lagu Untukmu" Meet Uncle Hussain
Konsert 6

(Minggu 4)

"Sepi Sekuntum Mawar Merah" / "Pengemis Cinta" Ella
Konsert 7

(Minggu 5) (Hits Terkini)

"Kullul Hubbi"

"Dirgahayu" (duet dengan Siti Nordiana)

Faizal Tahir, Noh Salleh, Aizat Amdan & Mu'adz Dzulkefly

Faizal Tahir & Dato' Siti Nurhaliza

Diskografi

sunting
  • Amir Masdi (2023)
  • AM:PM (2024)

Single

sunting
Tahun Tajuk Saluran YouTube
2016 "Pemilik Cinta" Astro Gempak
2017 "Waktu" Nova Music Videos
2018 "Puas"
2019 "Kau Sakiti" Warner Music Malaysia
2020 "Asmara" Nova Music Videos
2021 "Biru Malam" (bersama Chubb-E) FUTUREMUSIC ENTERTAINMENT
"Hari Ini Hari Raya" Nova Music Videos
"Esok"
2022 "Debu" (duet bersama Dayang Nurfaizah) Faithful
2022 "Sepi Sekuntum Mawar Merah" (nyanyian asal Ella) Nova Music Videos
2023 "Sengaja" Nova Music Videos
2024 Nurcinta Nova Music Videos

Komposer

Artis Lagu Tahun Catatan
Aziz Harun Sayang Kau Tercipta 2021 Komposer bersama Ja'a (Faithful Publishing), Romeo (Faithful Publishing), Karim Karam (Faithful Publishing), Mike Chan (Faithful Publishing)

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
2023 Bas Terakhir Malam Raya Hamzaham Filem pertama, penampilan khas
2024 Dongeng Sang Kancil Harimau Kumbang Suara Watak
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Ahli Bapak Bapak Club Firdaus Astro Ria Drama pertama
2023 One Million Dollar Voice Amir
2024 Misi Cinta Cik Cupid IQIYI

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2021 Immortal Songs Malaysia (Episod: "Ella") Peserta TV3
2022 The Masked Singer Malaysia (musim 2) Peserta sebagai Seladang Astro Warna

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting