Alive merupakan album mini kelima kumpulan muzik dari Korea Selatan iaitu Big Bang. Album tersebut dijangka dilancarkan pada 29 Februari 2012 oleh label YG Entertainment. Album mini Alive ini terdiri daripada tujuh buah lagu dengan salah satu daripadanya iaitu lagu "Sayap" (날개 Nalgae) merupakan lagu solo Daesung.[2] Album ini juga akan dilancarkan dalam versi bahasa Jepun dan ia dijadikan sebagai album studio. Ia akan dikeluarkan pada 28 Mac 2012 oleh label YGEX dan Avex Trax.[3]

Alive
EP oleh
Dilancarkan pada29 Februari 2012
(lihat sejarah pelancaran)
Dirakamkan padaKorea Selatan YG Studio, Seoul, Korea Selatan
2012
TempatKorea Selatan Sunting nilai ini di Wikidata
GenreK-pop, hip hop, R&B, pop, pop-tarian, elektropop, muzik elektronik
BahasaBahasa Korea Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatYG Entertainment
YGEX
PenerbitYang Hyun-seok, G-Dragon
Kronologi album Big Bang
Tonight / BIGBANG Special Edition
(2011)
Alive
(2012)
Single daripada Alive
  1. "Blue (Biru)"
    Dikeluarkan: 22 Februari 2012
  2. "Bad Boy (Budak Nakal)"
    Dikeluarkan: 29 Februari 2012
  3. "Fantastic Baby (Sayang Kau Hebat)"
    Dikeluarkan: 7 Mac 2012 [1]
Kulit album alternatif
Kulit album Big Bang - Still Alive
Kulit album Big Bang - Still Alive
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Selapas beberapa bulan melancarkan EP ini, kumpulan muzik Big Bang akan melancarkan semula EP ini dalam edisi khas dengan tajuk baru iaitu Still Alive. Dalam album ini terdapat lima buah lagu baru di mana dua daripadanya adalah dari album studio berbahasa Jepun dengan nama yang sama iaitu "Feeling" (Perasaan) dan "Ego". Lagu itu terdapat dalam versi bahasa Korea. Tiga lagu lain pula ialah "Still Alive" (Masih Hidup), "Monster" (Raksasa) sebagai runut utama serta "Pusing dan Pusing" (빙글빙글 Bingeul Bingeul). Album ini juga dikeluarkan dalam dua format iaitu muat turun digital pada 3 Jun 2012 dan dalam bentuk cakera padat (CD) pada 6 Jun 2012.

Maklumat

sunting

Bermula pada 20 Januari 2012, YG Entertainment mengeluarkan maklumat mengenai kemunculan semula Big Bang dan album mini baharu mereka melalui pelbagai teaser yang diposkan di blog rasmi YG-Life.[4] Ia kemudiannya diumumkan bahawa album mini tersebut akan diberi tajuk sebagai Alive.[2] Pada 1 Februari 2012, blog YG-Life mendedahkan senarai penuh runut dan tarikh pelancaran yang dijadualkan pada 29 Februari 2012.[2]

Album mini kelima Big Bang ini akan mempunyai enam versi termasuklah tujuh lagu baharu. Kini telah dipastikan melalui laman Facebook rasmi Big Bang bahawa terdapat enam runut bertajuk.[5]

Pelancaran dan promosi

sunting

Pada 5 Februari, Big Bang melancarkan teaser pertama mereka yang berkonsepkan gambar untuk album Alive. Dalam teaser pertama tersebut memaparkan T.O.P bagi memperkenalkan runut lagu "Fantastic Baby" (Sayang Kau Hebat)[6] dan dalam teaser kedua yang dikeluarkan pada 13 Februari pula memaparkan Daesung untuk memperkenalkan lagu solo beliau sendiri iaitu "Sayap" (날개 Nalgae).[7] Pada hari berikutnya iaitu teaser ketiga, ia memperkenalkan lagu "Debu Cinta" (사랑먼지, Sarangmeonji) yang ditampilkan oleh Taeyang.[8] Bagi teaser lagu "Bad Boy" (Budak Nakal) pula, ia telah dilancarkan pada 15 Februari dengan memaparkan Seungri.[9]Teaser terakhir pula ditampilkan oleh ketua kumpulan Big Bang, G-Dragon pada 16 Februari bagi memperkenalkan lagu "Blue" (Biru).[10]

Menurut laman Facebook rasmi Big Bang, mereka telah mengumumkan bahawa mereka akan mempromosikan enam runut daripada album Alive ini melalui persembahan secara langsung di program muzik.[5] Lagu pertama yang dilancarkan dahulu ialah "Blue" (Biru) iaitu pada 22 Februari 2012 dimana lagu tersebut dijadikan sebagai single utama.[11][12] Menurut kumpulan muzik ini, lagu ini bertemakan kerinduan, kekosongan dan kesedihan.[13] Dalam kurang daripada sejam lagu ini dikeluarkan, ia mencapai kedudukan pertama dalam pelbagai carta seperti Melon, Naver dan Nate.[14][15] Di laman video YouTube pula, video lagu ini telah ditonton lebih daripada lapan juta tontonan dan pra-pesanan untuk album mini ini pula telah melepasi lebih daripada 260,000 pesanan.[16][17]

Pada 29 Februari 2012, album mini Alive secara rasminya dilancarkan. Pada hari yang sama, single kedua yang dipromosikan iaitu "Bad Boy" (Budak Nakal) juga dilancarkan.[18][19] Promosi bagi album ini akan dimulakan pada 11 Mac 2012 melalui rancangan SBS Inkigayo.[20] Ketika album ini dilancarkan di iTunes, ia telah menduduki carta iTunes Top Albums Chart dalam kedudukan ke-5 di Amerika Syarikat dan ke-7 di Kanada.

Pada 6 Mac 2012, Big Bang telah melancarkan video muzik versi pendek bahasa Jepun mereka bagi single "Blue" ("Biru") dan "Bad Boy" ("Budak Nakal") bersama-sama dengan versi bahasa Jepun album Alive ini.[21]

Pada 3 Jun 2012, album pelancaran semula Still Alive telah dilancarkan secara dalam talian. Runut utama daripada album ini iaitu "Monster" (Raksasa) telah berjaya menduduki tempat pertama dalam pelbagai carta dalam talian seperti Soribada, Melon dan Naver.[22] Lagu lain daripada album ini iaitu "Feeling" dan "Ego" juga turut berada dalam 10 lagu teratas dalam carta.[22]

Senarai runut

sunting
Penarafan profesional
Markah ulasan
Sumber Taraf
Naver Music           [23]
HelloKpop      [24]
Pop Reviews Now      [25]
Asian Junkie      [26]
allkpop      [27]
 
G-Dragon dalam video muzik "Fantastic Baby".
No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."Alive" (Intro) G-Dragon, TeddyDee.P, G-Dragon, TeddyDee.P0:48
2."Blue" (Biru) G-Dragon, Teddy, T.O.PTeddy, G-DragonTeddy3:53
3."Debu Cinta" (사랑먼지 Sarangmeonji) G-Dragon, Teddy, T.O.PG-Dragon, TeddyTeddy3:52
4."Bad Boy" (Budak Nakal) G-DragonG-Dragon, Choice 37Choice 373:57
5."Tidak Lucu" (재미없어 Jaemieobseo) G-Dragon, T.O.PG-Dragon, DJ Murf, PeejayDJ Murf, Peejay3:42
6."Fantastic Baby" (Sayang Hebat) G-Dragon, T.O.PG-Dragon, TeddyTeddy3:51
7."Sayap" (날개 Nalgae) (solo Daesung) G-Dragon, DaesungChoi Pil-kangChoi Pil-kang3:43
Jumlah masa: 23:41



Senarai runut Still Alive – Edisi khas[28]
No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."Still Alive" (Masih Hidup) G-Dragon, Teddy, T.O.PDee.P, G-Dragon, TeddyDee.P3:18
2."Monster" (Raksasa) G-Dragon, T.O.PG-Dragon, Choi Pil-kangChoi Pil-kang, Dee.P3:51
3."Feeling" (Perasaan) (Versi bahasa Korea) G-Dragon, T.O.PBoys Noize, G-Dragon, T.O.PBoys Noize3:35
4."Fantastic Baby" (Sayang Hebat) (Versi Edisi Khas) G-Dragon, T.O.PTeddy, G-DragonTeddy3:52
5."Bad Boy" (Budak Nakal) (Versi Edisi Khas) G-Dragon, T.O.PG-Dragon, Choice 37Choice 373:58
6."Blue" (Biru) (Versi Edisi Khas) G-Dragon, Teddy, T.O.PTeddy, G-DragonTeddy3:55
7."Pusing dan Pusing" (빙글빙글 Bingeul Bingeul) G-Dragon, T.O.PTeddy, G-Dragon, Seo Won-jinTeddy, Seo Won-jin3:00
8."Ego" (versi bahasa Korea) G-Dragon, T.O.PG-Dragon, Ham Seung-cheon, Kang Wook-jinHam Seung-cheon, Kang Wook-jin3:25
9."Debu Cinta" (사랑먼지 Sarangmeonji) (Versi Edisi Khas) G-Dragon, Teddy, T.O.PG-Dragon, TeddyTeddy3:51
Jumlah masa: 32:45



Versi bahasa Jepun

sunting
Alive
 
Kulit album edisi biasa
Album studio oleh
Dilancarkan pada28 Mac 2012
Dirakamkan pada  YG Studio, Seoul, Korea Selatan
2012
TempatKorea Selatan  
GenreJ-pop, pop, hip hop, pop-tarian, elektropop, muzik elektronik
BahasaBahasa Korea  
SyarikatYGEX
Avex Trax
PenerbitG-Dragon
Kronologi album bahasa Jepun Big Bang
The Best of Big Bang
(2011)
Alive
(2012)
Kulit album alternatif
 
Kulit album CD sahaja Alive -Monster Edition-
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini


Album mini Alive ini juga dilancarkan di Jepun pada 28 Mac 2012 sebagai album studio bahasa Jepun keempat kumpulan muzik ini dengan sepuluh buah lagu yang terdiri daripada empat lagu alihbahasa daripada bahasa Korea ke Jepun, dua lagu baharu dan empat lagu dalam bahasa Korea yang asal. Dua lagu baharu tersebut ialah "Feeling" ("Perasaan") dan "Ego". Ia dilancarkan dalam lima edisi berbeza iaitu 2 CD+2DVD+Buku foto (Jenis A didatangkan dengan versi bahasa Jepun bagi lagu "Haru Haru" sebagai runut bonus dan Jenis E didatangkan dengan Barangan dan video eksklusif pada Cakera 2 DVD. Versi ini hanya terdapat di kedai HMV Jepun.), 2 CD+DVD (Jenis B didatangkan bersama Cakera 2 DVD dan Jenis C dengan Cakera 3 DVD) dan edisi Biasa.[3][29]

Album Alive ini akan dilancarkan semula dengan nama Alive -Monster Edition-. Ia terdiri daripada 9 buah lagu daripada album Alive yang asal, satu lagu baru dalam versi bahasa Jepun iaitu "Monster" (Raksasa) serta dua lagu baru dalam bahasa Korea iaitu "Bingle Bingle" (Pusing dan Pusing) dan "Still Alive" (Masih Hidup).[30] Ia akan dilancarkan dalam tiga edisi iaitu CD+DVD+Baju-T, CD+DVD dan CD sahaja.[31]

Senarai runut

sunting
No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Alive" (Intro) G-Dragon, Teddy, T.O.PDee.P, G-Dragon, Teddy0:48
2."Fantastic Baby" (Versi bahasa Jepun) G-DragonG-Dragon, Teddy3:52
3."Blue" (Versi bahasa Jepun) G-DragonG-Dragon, Choice 373:54
4."Love Dust" (사랑먼지 Sarangmeonji) (Debu Cinta) G-Dragon, Teddy, T.O.PG-Dragon, Teddy3:52
5."Feeling" (Perasaan) G-DragonBoys Noize, G-Dragon3:34
6."Ain't No Fun" (재미없어 Jaemieobseo) (Tidak Lucu) G-Dragon, T.O.PG-Dragon, DJ Murf, Peejay3:42
7."Bad Boy" (Versi bahasa Jepun) G-DragonG-Dragon, Choice 373:58
8."Ego"G-DragonSeung Chun-ham, Wook Jin-kang, G-Dragon3:25
9."Wings" (날개 Nalgae) (Sayap) (solo D-Lite) G-Dragon, DaesungG-Dragon, Choi Pil-kang3:43
Jumlah masa: 30:43




Senarai runut Edisi Monster[31]
No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Still Alive" (Masih Hidup) (Versi bahasa Korea) G-Dragon, Teddy, T.O.PDee.P, G-Dragon, Teddy
2."Monster" (Raksasa) (Versi bahasa Jepun)
3."Fantastic Baby" (Versi bahasa Jepun) G-DragonG-Dragon, Teddy
4."Blue" (Versi bahasa Jepun) G-DragonG-Dragon, Choice 37
5."Love Dust" (Debu Cinta) (Versi bahasa Korea) G-Dragon, Teddy, T.O.PG-Dragon, Teddy
6."Feeling" (Perasaan) G-DragonBoys Noize, G-Dragon
7."Ain't No Fun" (Tidak Lucu) (Versi bahasa Korea) G-Dragon, T.O.PG-Dragon, DJ Murf, Peejay
8."Bad Boy" (Versi bahasa Jepun) G-DragonG-Dragon, Choice 37
9."Ego"G-DragonSeung Chun-ham, Wook Jin-kang, G-Dragon
10."Wings" (Sayap) (solo D-Lite) (Versi bahasa Jepun) G-Dragon, DaesungG-Dragon, Choi Pil-kang
11."Bingle Bingle" (Pusing dan Pusing) (Versi bahasa Korea) G-Dragon, T.O.PTeddy, G-Dragon, Seo Won-jin
12."Haru Haru" (Versi bahasa Jepun) (Runut bonus) Shikata, iNoZzi, G-Dragon, Seiko FujibayashiDaishi Dance



Edisi bahasa Korea

sunting

Carta album

sunting
Carta Kedudukan
tertinggi
  Carta album mingguan Gaon[32] 1
  Carta album bulanan Gaon[32] 1
  Carta album mingguan Oricon[33] 6
  Billboard 200[34] 150
  Billboard Heatseekers Albums[35] 4
  Billboard Independent Albums[36] 22
  Billboard World Albums[37] 4

Jualan

sunting
Carta Jualan
Jualan Oricon 13,659
Jualan fizikal Gaon[38] 212,010

Carta single

sunting
Lagu Kedudukan tertinggi
   
Carta Gaon[32] Billboard K-Pop[39]
"Blue" (Biru) 1 1
"Debu Cinta" (사랑먼지) 3 2
"Bad Boy" (Budak Nakal) 2 3
"Tidak Lucu" (재미없어) 6 8
"Fantastic Baby" (Sayang Kau Hebat) 4 5
"Sayap" (날개) 8 13

Lagu lain dalam carta

sunting
Lagu Kedudukan tertinggi
   
Carta Gaon[32] Billboard K-Pop[39]
"Alive" 18 19

Edisi bahasa Jepun

sunting

Carta Oricon

sunting
Tarikh Carta Oricon Kedudukan tertinggi Jualan debut Jumlah jualan Dalam carta
28 Mac 2012 Carta Harian 2 23,430 92,969 8 minggu
Carta Mingguan 3 52,987
Carta Bulanan 7 66,043
Carta Tahunan

Jualan dan pengiktirafan

sunting
Carta Jumlah
Pengiktirafan fizikal RIAJ[40] Emas (100,000+)

Sejarah pelancaran

sunting
Negara Tarikh Format Label
  Korea Selatan 29 Februari 2012 [2] Muat turun digital, CD YG Entertainment
3 Jun 2012 (Still Alive)
  Seluruh dunia 29 Februari 2012 Muat turun digital
  Jepun 28 Mac 2012 (Edisi bahasa Jepun)[3] Muat turun digital, CD YGEX, Avex Trax
20 Jun 2012 (Alive -Monster Edition-)

Rujukan

sunting
  1. ^ (Inggeris) "YG-Life adds "Fantastic Baby" countdown timer". allkpop. 2 Mac 2012.
  2. ^ a b c d (Inggeris) GhostWriter. "Big Bang reveals new track from upcoming album and release date!". Dicapai pada 14 Februari 2012.
  3. ^ a b c (Inggeris) "Alive (BIGBANG)". Generasia. 27 Februari 2012.
  4. ^ "YG Life gives reminder og Big Bang's looming comeback" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Februari 2012.
  5. ^ a b (Inggeris) "BIGBANG TITLE SONGS". Dicapai pada 21 Februari 2012.
  6. ^ (Inggeris) "Big Bang unveils first concept teaser for upcoming album". Dicapai pada 21 Februari 2012.
  7. ^ (Inggeris) "Big Bang unveils Daesung's concept image for upcoming Alive album". Dicapai pada 21 Februari 2012.
  8. ^ (Inggeris) "Big Bang reveals Taeyang's image teaser". Dicapai pada 21 Februari 2012.
  9. ^ (Inggeris) "Big Bang reveals Seungri's image teaser". Dicapai pada 21 Februari 2012.
  10. ^ (Inggeris) "Big Bang reveals G-Dragon's image teaser". Dicapai pada 21 Februari 2012.
  11. ^ (Inggeris) leesa86. "Big Bang to promote all six songs on 'Alive' as title tracks". Dicapai pada 17 Februari 2012.
  12. ^ "iTunes - Music - Blue - Single by BIGBANG". iTunes. Dicapai pada 21 Februari 2012.
  13. ^ (Inggeris) "Big Bang explains the themes behind "Blue"". allkpop. 22 Februari 2012.
  14. ^ (Inggeris) "Big Bang achieving all-kill". allkpop. 22 Februari 2012.
  15. ^ "Big Bang jumps to top on music charts with its new song "Blue"". iTunes. Dicapai pada 22 Februari 2012.[pautan mati kekal]
  16. ^ (Inggeris) "Big Bang receives the most hits on YouTube". korea.com. Dicapai pada 28 Februari 2012. Unknown parameter |writer= ignored (bantuan)[pautan mati kekal]
  17. ^ (Inggeris) "Big Bang's album 'ALIVE' receives 260,000 pre-orders". allkpop. Dicapai pada 28 Februari 2012. Unknown parameter |writer= ignored (bantuan)
  18. ^ (Inggeris) "Big Bang reveals 2nd MV from 'ALIVE', "Bad Boy"". allkpop. Dicapai pada 29 Februari 2012. Unknown parameter |writer= ignored (bantuan)
  19. ^ (Inggeris) "New MV of BIGBANG "Bad Boy"". en.korea.com. Dicapai pada 29 Februari 2012. Unknown parameter |writer= ignored (bantuan)[pautan mati kekal]
  20. ^ (Inggeris) "Big Bang To Perform On Inkigayo On March 11". hellokpop. 27 Februari 2012.
  21. ^ (Inggeris) "Big Bang reveals two PVs". allkpop. 8 Mac 2012.
  22. ^ a b (Inggeris) "Big Bang achieves an all-kill with "MONSTER" on real-time music charts!". allkpop.com. Dicapai pada 4 Jun 2012. Unknown parameter |writer= ignored (bantuan)
  23. ^ (Korea) "네이버 뮤직 - ALIVE". 네이버 뮤직. 29 Februari 2012. Dicapai pada 14 Mac 2012. no-break space character in |publisher= at position 4 (bantuan); no-break space character in |title= at position 4 (bantuan)
  24. ^ "Album Review: Big Bang — Alive". Hellokpop. 29 Februari 2012.[pautan mati kekal]
  25. ^ "Big Bang - "Alive"". Pop Reviews Now. 29 Februari 2012.
  26. ^ "Big Bang – "Alive"". Asian Junkie. 29 Februari 2012.[pautan mati kekal]
  27. ^ "Review: Big Bang 'Alive'". Allkpop. 8 Mac 2012.
  28. ^ (Inggeris) "BIGBANG – New Album Release". YG LIFE BLOG. 21 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-24. Dicapai pada 28 Mei 2012.
  29. ^ (Jepun)"BIGBANG is BACK!全世界待望、2012年完全復活のニュー・アルバム3月28日リリース!!". YGEX. Dicapai pada 27 Mac 2012.
  30. ^ (Jepun) "ALIVE -MONSTER EDITION- BIGBANGのプロフィールならオリコン芸能人事典-ORICON STYLE". Oricon Style. Dicapai pada 18 Mei 2012.
  31. ^ a b c (Jepun) "全世界16ヶ国25都市でのワールドツアー日本公演[BIGBANG ALIVE TOUR 2012 IN JAPAN]開催記念New Album『ALIVE -MONSTER EDITION-』2012.6.20 on sale". Dicapai pada 28 Mei 2012.
  32. ^ a b c d (Korea) "Gaon Search - BIG BANG". Gaon. 29 Februari 2012.
  33. ^ (Jepun) "2012年03月05日~2012年03月11日のCDアルバム週間ランキング (Oricon's Weekly chart for March 19th)". Oricon. 13 Mac 2012.
  34. ^ "Music Albums, Top 200 Albums & Music Album Charts / Billboard.com". Billboard. 8 Mac 2012.
  35. ^ "Heatseekers Albums / Billboard.com". Billboard. 8 Mac 2012.
  36. ^ "Independent Albums / Billboard.com". Billboard. 8 Mac 2012.
  37. ^ "World Albums / Billboard.com". Billboard. 8 Mac 2012.
  38. ^ "Gaon physical sales". Gaon Chart. Dicapai pada 29 Februari 2012.
  39. ^ a b "Korea K-Pop Hot 100 Music Chart". Billboard. 8 September 2011. Dicapai pada 2011-09-15. Text "Billboard.com" ignored (bantuan)
  40. ^ (Jepun) "BIGBANG Alive". Persatuan Industri Rakaman Jepun. Persatuan Industri Rakaman Jepun. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-14. Dicapai pada 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar

sunting