Ali Yafie
AG. Haji Muhammad Ali Yafie (lahir di Donggala, Sulawesi Tengah, 1 September 1926; umur 98 tahun) ialah seorang ilmuwan Islam dalam bidang fiqah. Beliau merupakan mantan Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia yang berkhidmat dari 1990 hingga 2000.
Anregurutta Haji Muhammad Ali Yafie | |
---|---|
Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia | |
Dalam jawatan 1990–2000 | |
Didahului oleh | Hasan Basri |
Digantikan oleh | Mohammad Ahmad Sahal Mahfudz |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1 September 1926 Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia |
Biografi
suntingAli Yafie telah memperolehi pendidikan awalnya di sekolah dasar umum, kemudian melanjutkan pendidikannya di Madrasah As'adiyah yang terkenal di Sengkang, Sulawesi Selatan. Kepakarannya adalah pada ilmu fiqh dan dikenali luas sebagai seorang ahli dalam bidang ini. Dia mengabdikan diri sebagai hakim di Mahkamah Pengadilan Agama Ujung Pandang sejak 1959 sampai 1962, kemudian menjadi inspektorat di Mahkamah Pengadilan Agama Indonesia Timur (1962-1965).
Sejak 1965 hingga 1971 dia menjadi dekan di Fakulti Usuluddin IAIN Ujung Pandang, dan aktif di NU pada peringkat provinsi. Dia mulai aktif di peringkat nasional pada tahun 1971. Pada muktamar NU 1971 di Surabaya dia terpilih menjadi Rois Syuriyah, dan setelah Pemilu diangkat menjadi anggota DPR. Kemudian dia tetap menjadi anggota DPR sehingga tahun 1987, ketika Djaelani Naro, tidak lagi memasukkannya dalam daftar calon.
Sejak itu, beliau telah mengajar di banyak pusat pendidikan tinggi Islam di Jakarta, dan semakin aktif di Majlis Ulama Indonesia (MUI). Pada Muktamar NU di Semarang 1979 dan Situbondo 1984, dia terpilih kembali sebagai Rois, dan di Muktamar Krapyak 1989 beliau dilantik sebagai wakil Rois Aam. Setelah Kiai Achmad Siddiq meninggal dunia pada 1991 dia bertindak sebagai Rois Aam. tetapi setelah terlibat konflik dengan Abdurrahman Wahid dia menarik diri dari PBNU.