Airbus A330
Airbus A330 adalah pesawat komersil berbadan lebar berjulat sederhana jauh dikeluarkan oleh Airbus Industrie. Ia dikeluarkan serentak dengan A340. Pengeluaran A330 adalah untuk bersaing dengan Boeing 767 dan Boeing 757 yang dikeluarkan oleh Boeing Commercial Airplanes. Fuselaj dan sayap A330 adalah mirip dengan A340 walaupun kedua-dua siri ini mempunyai enjin yang berbeza. Fuselaj A330 adalah berdasarkan A300 dan A330 dilengkapi dengan sistem terbang dengan dawai dan dek penerbangan dari Airbus A320
Airbus A330 | |
---|---|
Northwest Airlines A330-300 | |
Peranan | Pesawat jet badan lebar |
Pengeluar | Airbus |
Penerbangan pertama | 2 November 1992 |
Diperkenalkan | Januari 1994 dengan Air Inter |
Syarikat penerbangan utama | Northwest Airlines Qatar Airways Emirates Cathay Pacific |
Jumlah dibina | 572 as of 31 October 2008 [1] |
Kos unit | A330-200: US$176.3 to $185.5m (2008)[2] A330-300: $195.9 to $205.7m (2008) A330-200F: $180.6 to $187.7m (2008) |
Dibangunkan dari | Airbus A300 |
Variasi | Airbus A340 Airbus A330 MRTT Northrop Grumman KC-45 |
Variasi
suntingTerdapat dua variasi A330 iaitu A330-300 (mempunyai fuselaj yang panjang) dan A330-200 (mempunyai fuselaj yang pendek)
A330-200
suntingA330-200 dibangunkan untuk menggantikan A300-600R dan digunakan untuk bersaing dengan 767-300ER. Ia merupakan versi pendek -300.Penjualan A330 adalah antara yang terbaik dan dikatakan telah berjaya mengalahkan penjualan 767.
Operator-operator bagi A330-200 ialah Aer Lingus, Air France, Batavia Air, Austrian Airlines, Emirates, EVA Air, Gulf Air, LTU, Lufthansa, Malaysia Airlines, Qantas, Qatar Airways, Garuda Indonesia, dan TAM.
A330-300
suntingA330-200 , seperti -200, dibangunkan untuk menggantikan A300. Fuselajnya berasaskan A300-600 yang telah dipanjangkan dan dilengkapi dengan sayap yang baru, pengimbang dan perisian terbang dengan dawai.
Operator-operatirnya ialah Aer Lingus, Air Canada, Cathay Pacific Airways, China Airlines, Dragonair, Garuda Indonesia, Korean Air, Malaysia Airlines, Northwest Airlines, Philippine Airlines, Qantas, SAS, SN Brussels Airlines, Thai Airways International, dan US Airways.
A330 MRTT
suntingAirbus A330 MRTT dan variasi A330-200 yang berfungsi sebagai Pesawat tangki pelbagai fungsi dan mempunyai penghubung isian semula. Pada Januari 2004, Kementerian Pertahanan UK memilih A330 MRTT untuk berkhidmat dengan Royal Air Force.
A330-200Lite
suntingA330-200Lite merupakan variasi A330 dimana beratnya akan dikurangkan dan enjin baru akan digunakan bagi menyayingi 787-9. Ia kemudian ditukar nama menjadi A350.
Spesifikasi
suntingA330-200 | A330-300 | |
---|---|---|
Panjang: | 59.0 m (193 ft 7 in) | 63.6 m (208 ft 1 in) |
Tinggi: | 16.83m (55kaki 2in) | 16.83m (55kaki 2in) |
Rentang sayap: | 60.30m (197kaki 10in) | 60.30m (197kaki 10in) |
Berat maksimum untuk terbang naik: | 233,000 kg | 217,000 kg |
Tempat duduk: | 253 tiga kelas |
295 tiga kelas |
Kargo: | 26 LD3 | 32 LD3 |
Enjin: | CF6-80E atau PW4000 atau Trent 700 |
CF6-80E atau PW4000 atau Trent 700 |
Laju terbang: | 860km/h | 860km/h |
Julat: | 12,500 km (6,750 batu nautika) | 10,500 km (5,650 batu nautika) |
Kecelakaan
sunting(Bagi rekod sehingga 2004)
- Hilang kawalan: 1 dengan kehilangan jiwa seramai 7
- Lain-lain: 1 dengan kehilangan jiwa seramai 0
- Rampasan pesawat: 2 dengan kehilangan jiwa seramai 1
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Airbus A330. |
Rujukan
sunting- ^ "Airbus orders & deliveries". Airbus S.A.S.
- ^ "Airbus Aircraft Range of 2008 List Prices" (PDF). Airbus S.A.S. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-08-29. Dicapai pada 2008-12-17. retrieved 27 July 2008