Kejuruteraan ruang angkasa
Kejuruteraan ruang angkasa ialah cabang kejuruteraan yang berkenaan dengan pesawat udara, kapal angkasa lepas, serta topik-topik berkait. Bidang ini sering kali digelarkan kejuruteraan penerbangan, terutamanya ketika merujuk hanya kepada pesawat udara, dan kejuruteraan astronautik ketika merujuk kepada kapal angkasa lepas.
Pekerjaan | |
---|---|
Nama | jurutera jurutera ruang angkasa |
Jenis | |
Sektor kegiatan | aeronautika, astronautika, sains |
Penerangan | |
Kemahiran | pengetahuan teknikal, kemahiran pengurusan |
Bidang pekerjaan | |
sunting |
Jurutera-jurutera ruang angkasa mereka bentuk, mengembangkan, dan menguji pesawat udara, kapal angkasa lepas, dan peluru, serta mengawasi pengilangan produk-produk ini. Mereka yang melibatkan diri dengan pesawat udara dipanggil jurutera penerbangan, sedangkan mereka yang mengkhususkan diri dalam bidang kapal angkasa lepas dipanggil jurutera astronautik. Jurutera-jurutera penerbangan memperkembangkan teknologi-teknologi baru untuk kegunaan dalam penerbangan, sistem pertahanan, dan penjelajahan angkasa lepas. Sering kalinya, mereka mengkhusus dalam bidang-bidang seperti reka bentuk binaan, panduan, pandu arah dan kawalan, pengalatan dan komunikasi, atau kaedah pengeluaran. Mereka mungkin juga mengkhusus dalam sejenis produk ruang angkasa, seperti pesawat udara perdagangan, pesawat pejuang, helikopter, kapal angkasa lepas, atau peluru dan roket, dan menjadi pakar dalam bidang aerodinamik, termodinamik, ilmu mekanik jumantara, perejangan, akustik, atau sistem panduan dan kawalan.
Unsur dalam bidang kejuruteraan ruang angkasa
suntingBeberapa unsur dalam bidang kejuruteraan ruang angkasa adalah seperti berikut:
- Mekanik bendalir - kajian aliran bendalir di sekeliling objek, khususnya aerodinamik yang berkenaan dengan aliran udara pada jasad-jasad seperti sayap, atau melintasi objek seperti terowong angin (sila lihat pengangkat dan aeronautik).
- Dinamik dan mekanik kejuruteraan - kajian tentang pergerakan, kuasa, dan momen dalam sistem-sistem mekanik.
- Matematik - oleh sebab kebanyakan mata pelajaran dalam bidang kejuruteraan ruang angkasa melibatkan persamaan serta manipulasi dan penerbitan matematik, penguasaan matematik yang kukuh dan menyeluruh diperlukan untuk membolehkan pembelajaran yang berkesan terhadap modul-modul yang lain.
- Elektroteknologi - kajian elektronik dalam bidang kejuruteraan.
- Perejanan - tenaga untuk menggerakkan pesawat di udara (atau angkasa lepas) dibekalkan oleh enjin pembakaran dalam, enjin jet dan turbo mesin, atau roket (sila lihat juga perejang dan perejanan kapal angkasa lepas).
- Kejuruteraan kawalan - kajian tentang pemodelan matematik untuk sistem-sistem dan tentang perekaan bentuk supaya pesawat-pesawat akan bertindak dengan cara yang dikehendaki. Oleh sebab sistem kawalan penerbangan pesawat udara semakin rumit, bidang ini kini dikaji sebagai satu modul yang berasingan.
- Struktur pesawat udara - mereka bentuk tatabentuk fizikal untuk pesawat-pesawat supaya dapat bertahan daripada daya-daya yang dialami semasa penerbangan. Kejuruteraan ruang angkasa bertujuan untuk memastikan bahawa struktur-strukturnya adalah ringan.
- Sains bahan - kejuruteraan ruang angkasa juga mengkaji bahan-bahan yang digunakan untuk membina struktur ruang angkasa. Bahan-bahan baru dengan sifat yang khusus direka, atau bahan-bahan yang sedia ada diubah suai untuk memperbaik prestasinya.
- Keanjalan udara - saling tindak antara daya-daya aerodinamik dengan kelenturan struktur berpotensi untuk mengakibatkan sayap mengepak-ngepak, serta juga kecapahan, dan sebagainya.
- Avionik - berkenaan khususnya dengan reka bentuk dan pengaturcaraan sistem-sistem komputer di dalam pesawat udara atau kapal angkasa lepas, serta penyelakuan sistem-sistem. Kelengkapan pandu arah merupakan tumpuan kajian ini.
- Risiko dan kebolehpercayaan - kajian tentang risiko dan teknik penilaian kebolehpercayaan, serta matematik yang terlibat dan kaedah-kaedah kuantitatif.
- Kawalan hingar - kajian tentang mekanik untuk pemindahan bunyi. Diperlukan kerana aras hingar adalah pertimbangan yang amat penting dalam industri ruang angkasa terkini.
Kebanyakan unsur ini mendasarkan matematik teori, seperti ilmu dinamik bendalir untuk aerodinamik, atau persamaan gerakan untuk dinamik penerbangan. Bagaimanapun, terdapat juga komponen empirik yang besar. Secara sejarah, komponen empirik ini berasal daripada pengujian model skala dan prototaip, baik di dalam terowong angin mahupun di dalam atmosfera bebas. Lebih terkini, kemajuan dalam komputeran telah membolehkan penggunaan dinamik bendalir pengiraan untuk selaku sifat bendalir dan oleh itu, mengurangkan masa dan belanja yang diperlukan untuk ujian terowong angin.
Selain itu, kejuruteraan ruang angkasa menumpukan perhatian kepada penyepaduan semua komponen yang membentuk kenderaan ruang angkasa (subsistem-subsistem yang termasuk kuasa, komunikasi, kawalan terma, sistem sokongan hidup, dan sebagainya) serta kitar hayatnya (reka bentuk, suhu, tekanan, sinaran, halaju, masa hayat) yang menyebabkan cabaran-cabaran dan penyelesaian-penyelesaian luar biasa yang khusus untuk domain kejuruteraan sistem-sistem ruang angkasa.
Budaya popular
suntingBudaya popular bukan tidak dipengaruhi oleh cabang kejuruteraan ini. Istilah "ahli sains roket" kekadang digunakan untuk memerihalkan seseorang yang luar biasa atau dalam konteks ini, mempunyai kecerdasan yang lebih tinggi daripada kecerdasan orang biasa. Kejuruteraan ruang angkasa juga dilambangkan sebagai puncak kejuruteraan yang lebih "bergemerlapan".
Filem Apollo 13 menggambarkan pasukan darat sebagai sekumpulan wira dalam gaya Hollywood yang memuji kecerdasan dan kecekapan orang profesional yang memakai baju putih dan tali leher sebagai perbezaan yang ketara terhadap arah-arah aliran budaya pop. Ini kemudian dilanjutkan dengan lebih perincian dalam siri keluaran sampingan, Dari Bumi ke Bulan.
Lihat juga
suntingPautan luar
sunting- Biro Statistik Buruh, Jabatan Buruh Amerika Syarikat, Buku Panduan Pandangan Pekerjaan, Edisi 2006-07, Jurutera, dalam talian di sini (dicapai pada 5 Mei, 2006).