Adenomiosis

adriometosis

Adenomyosis ialah perkembangan lapisan rahim ke dalam dinding rahim. [4] Gejala biasanya termasuk haid yang menyakitkan dan berat; bagaimanapun, sesetengah orang tidak mengalami sebarang gejala. [3] [4] Gejala lain termasuklah sakit pelvis kronik dan sakit semasa hubungan seks . [3] Komplikasi yang berkait termasuk ketidaksuburan dan endometriosis. [4]

Adenomiosis
Nama lain
Endometriosis interna,[1] adenomyometritis[2]
Adenomiosis dilihat semasa laparoskopi: rahim lembut dan membesar; bintik biru mewakili subserous Endometriosis.
PengkhususanGinekologi
GejalaTiada, Senggugut[3]
KerumitanMandul[4]
Permulaan biasa
Umur subur[4]
PuncaTidak jelas[3]
Obesiti, Pil Perancang, Caesarean,pernah Hamil, Dilatasi dan kuretaj[3]
Melalui ultrabunyi, MRI, Biopsi[3]
Endometriosis, fibroid, kanser rahim[3]
RawatanNSAIDs, Pil Perancang, IUD, embolisasi arteri rahim, ablasi endometrium, miomektomi, histerektomi[3]
Kekerapan20 ke 35%[3]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Punca ia terjadi adalah tidak jelas. [3] Faktor yang menyumbang termasuklah obesiti, pengunaan pil kawalan kelahiran, C-section, kehamilan dan pelebaran dan kuretase . [3] Punca ia terjadi mungkin melibatkan kecederaan dan penyembuhan pada bahagian dalam rahim atau tisu Müllerian . [5] Diagnosis akan dijalankan berdasarkan simptom dan disahkan melalui ultrabunyi, MRI atau biopsi . [3] [5] Ia boleh melibatkan bahagian kecil atau besar pada rahim. [5] Selalunya rahim akan membesar ekoran gejala ini; walaupun begitu, ia bukan kanser . [3] [5]

Gejala boleh dikurangkan dengan pengunaan NSAID, pil kawalan kelahiran, IUD hormon atau danazol . [3] Pilihan prosedur yang lazim digunakan antaranya ialah embolisasi arteri rahim, ablasi endometrium, dan miomektomi . [3] Bagi mereka memilih untuk tidak mempunyai anak lagi, mereka boleh menjalankan pembedahan pembuangan rahim . [3]

Adenomyosis dianggarkan menjejaskan 20 hingga 35% wanita. [3] Ia paling kerap dijumpai didalam kalangan wanita yang berada dalam umur yang sumur, dengan diagnosis selalunya pada orang 40-an. [4] [5] Carl von Rokitansky, ahli patologi Jerman, pertama kali menerangkan keadaan ini pada tahun 1860. [3] Istilah ini adalah daripada "adenos" bermaksud "kelenjar", "myo" bermaksud otot, dan "osis" bermaksud keadaan. [6]

Rujukan

sunting
  1. ^ Oral, Engin (24 May 2022). Endometriosis and Adenomyosis: Global Perspectives Across the Lifespan (dalam bahasa Inggeris). Springer Nature. ISBN 978-3-030-97236-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2024. Dicapai pada 12 January 2024.
  2. ^ Matalliotakis, I.; Kourtis, A.; Panidis, D. (2003). "Adenomyosis". Obstetrics and Gynecology Clinics of North America. 30 (1): 63–82, viii. doi:10.1016/S0889-8545(02)00053-0. PMID 12699258.
  3. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r R, Gunther; C, Walker (2020). "Adenomyosis". StatPearls [Internet] (dalam bahasa Inggeris). PMID 30969690.
  4. ^ a b c d e f Bourdon, M; Santulli, P; Marcellin, L; Maignien, C; Maitrot-Mantelet, L; Bordonne, C; Plu Bureau, G; Chapron, C (December 2021). "Adenomyosis: An update regarding its diagnosis and clinical features". Journal of gynecology obstetrics and human reproduction. 50 (10): 102228. doi:10.1016/j.jogoh.2021.102228. PMID 34520877 Check |pmid= value (bantuan).
  5. ^ a b c d e Schrager, S; Yogendran, L; Marquez, CM; Sadowski, EA (1 January 2022). "Adenomyosis: Diagnosis and Management". American family physician. 105 (1): 33–38. PMID 35029928 Check |pmid= value (bantuan).
  6. ^ Danner, Horace Gerald (15 August 2013). A Thesaurus of Medical Word Roots (dalam bahasa Inggeris). Scarecrow Press. m/s. 302. ISBN 978-0-8108-9155-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2024. Dicapai pada 12 January 2024.