Endometriosis adalah keadaan perubatan yang membabitkan sekitar 89 juta wanita dalam usia melahirkan anak diseluruh dunia. [1] Bagi endometriosis, tisu yang melitupi bahagian dalam uterus (endometrium, dari perkataan endo, "dalam", dan metra, "rahim") didapati tumbuh di luar uterus, pada atau kawasan lain badan. Biasanya, endometrium tanggal setiap bulan semasa kitaran haid; tetapi, bagi endometriosis, endometrium yang salah letak tidak mampu keluar dari badan. Tisu endometriotic masih tanggal dan berdarah, tetapi hasilnya berbeza: pendarahan dalaman, penguraian darah dan tisu yang tanggal, keradangan kawasan sekitar, sakit dan kemungkinan pembentukan tisu parut. Tambahan lagi bergantung kepada tempat tumbuh, berlaku gangguan kepada fungsi biasa bagi perkumuhan najis, pundi kencing, usus kecil dan organ lain dalam ruang pelvik mungkin berlaku. Dalam kes jarang, endometriosis mungkin berlaku pada kulis, paru-paru, diaphragm, dan otak.[perlu rujukan]

Endometriosis
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10N80..9
ICD-9617.0
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Simptom

sunting

Simptom utama endometriosis adalah sakit teruk berulang. Kesakitan yang dialami tidak semestinya berkait dengan tahap (1 hingga 4) endometriosis. Sesetengan wanita hanya sakit sedikit atau tiada rasa sakit sungguhpun mengalami endometriosis teruk menjejaskan kawasan yang luas atau endometriosis dengan berparut. Sebaliknya, wanita mungkin mengalami kesakitan teruk sungguhpun hanya mengalami endometriosis kecil.

Simptom endometriosis termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

  • Kesakitan, kadang-kala kekejangan haid yang melumpuhkan (dysmenorrhea); sakit yang semakin teruk (sakit meningkat)
  • Sakit kronik (biasanya bahagian bawah belakang dan kawasan pinggul (pelvic), juga bahagian perut abdomen)
  • Sakit ketika bersenggama (dyspareunia)
  • Sakit ketika membuang air besar atau kecil (dysuria)
  • Haid yang banyak (menorrhagia)
  • Mual dan muntah-muntah
  • Pra-haid atau antara haid (pendarahan antara tempoh haid)
  • Mandul dan separa mandul. Endometriosis mungkin mendorong kepada tiub fallopian tersekat. Walaupun tanpa masalah ini, terdapat kesukaran mengandung. Baggi sesetengah wanita, separa mandul adalah simptom tunggal, dan endometriosis hanya disedari semasa pemeriksaan kesuburan.

Tambahan lagi, wanita yang di diagnos dengan endometriosis mungkin mempunyai simptom masalah perut (gastrointestinal) yang menyerupai sindrom dubur gatal irritable bowel syndrome, termasuk sentiasa letih.

Pesakit yang pecah karung endometriotik mungkin mengalami sakit perut akut (acute abdomen) sebagai kecermasan perubatan. Karung Endometriotik terdapat dalam ruang thoracic mungkin menyebabkan satu bentuk sindrom endometriosis thoracic, biasanya catamenial pneumothorax.

Epidemiologi

sunting

Endometriosis boleh memberi kesan kepada sebarang wanita, dari premenarche hingga postmenopause, tanpa mengambil kira bangsa, ethnic atau samaada mempunyai anak atau tidak. Endometriosis sering berkekalan walaupun selepas menopause. Dalam sesetengah kes luar biasa, gadis mungkin mengalami endometriosis sebelum mereka mencapat tempoh matang mula haid menarche.[1][2]

Angaran masa kini meletakkan jumlah wanita mengidap endometriosis sekitar 5% dan 20% dari wanita dalam usia tempoh melahirkan anak. Sekitar 30% hingga 40% dari wanita dengan endometriosis adalah mandul, menjadikannya punca utama kemandulan. Bagaimanapun, kemandulan berkait dengan endometriosis sering kali dirawat dengan jayanya melalui pembedahan menghapuskan penyakit ini. Sesetengah wanita tidak mengetahui bahawa mereka mengalami endometriosis sehingga mereka sukar mengandung. Sementara kehadiran endometriosis teruk mengherotkan bentuk pangkal rahim dan dengan itu menjelaskan kemandulan, hubungan antara endometriosis awal atau serdahana dan kemandulan tidak jelas. Hubungan antara endometriosis dan kemandulah menjadi bidang penyelidikan yang aktif.

Endometriosis awal biasanya berlaku pada permukaan organ di pangkal rahim dan kawasan antara perut (intraabdominal. Bidang perubatan mungkin mengelar kawasan endometriosis menggunakan nama berlainan, seperti implants, lesion, atau nod (nodules). Lesion mungkin dilihat dalam ovari sebagai endometriomas atau cysts perang (Ia dinamakan perang kerana ia mengandungi cecair keperangan pekat, kebanyakannya darah lama). Endometriosis mungkin mencetus tindak balas keradangan mendorong kepada kesan parut dan perlekatan.

Kebanyakan endometriosis terdapat pada struktur dikawasan rongga pangkal rahim:

Endometriosis mungkin merebak ke pangkal rahim dan faraj atau kepada tempat bekas torehan pembedahan abdomen. Dalam kes yang luar biasa, kawasan endometriosis mampu tumbuh dibahagian paru-paru atau bahagian lain badan.

Secara pembedahan, endometriosis boleh dikelaskan tahap I-IV (Pengelasan Semula American Society of Reproductive Medicine).

Sungguhpun punca sebenar endometriosis kekal tidak diketahui, banyak teori telah dikemukakan untuk lebih memahami dan menjelaskan perkembangannya. Konsep ini tidak semestinya menafikan sesama sendiri.

  1. Endometriosis merupakan keadaan yang disebabkan oleh estrogen berlebihan yang dihasilkan oleh tubuh wanita, dan timbul kebanyakannnya semasa tahun melahirkan anak. Dalam model ujian, estrogen berlebihan perlu bagi menghasilkan atau mengekalkan endometriosis. Terapi perubatan biasanya bertujuan mengurangkan aras estrogen bagi mengawal masalah ini. Ia dijangkakan (hipothesized) bahawa aras estrogen berlebihan boleh diukur oleh wanita dengan mengambil suhu pagi (dengan menggunakan jangka suhu menunjukkan titik perpuluhan) pada masa yang sama setiap hari selama sebulan atau dua. Untuk mengetahui cara mengambil suhu badan semasa sedar, rujuk buku: "Taking Charge of Your Fertility" oleh Toni Weschler, MPH. Suhu badan wanita normal sekitar 98.5 hingga 97.5 darjah Fahrenheit (36.9 hingga 36.3 darjah Selsius), bagaimanapun ia dihipothesis bahawa seseorang yang mempunyai endometriosis mungkin melihat suhu 98.5 hingga 97.0 °F (36.9 hingga 36.1 °C). Suhu lebih rendah mewakili fasa estrogen normal dalam kitaran wanita normal, dengan itu secara logik wanita dengan suhu badan rendah berlebihan, mungkin mempunyai paras estrogen berlebihan, dengan itu mempunyai endometriosis. Penyelidikan diperlukan bagi memastikan ketepatan menggunakan suhu sedar bagi mendiagnose endometriosis dan tahapnya. Tambahan lagi, penyelidikan terkini mengenai Aromatase, enzim penghasil estrogen dihasilkan oleh implant itu sendiri, telah memberikan bukti mengenai kenapa dan bagaimana masalah ini berkekalan selepas putus haid (menopause) dan hysterectomi.
  2. Haid berundur (Retrograde menstruation"), di mana sesetengah sisa haid mengalir kedalam pelvis, mungkin memainkan peranan penting (John A. Sampson). Sementara kebanyakan wanita mengalami aliran haid berundur (retrograde menstrual), biasanya sistem imunisasi mereka mampu menghapuskan sisa dan menghalang penanaman dan pertumbuhan sel sebegini dari berlaku. Bagaimanapun bagi sesetengah pesakit, tisu endometrial tertanam oleh haid terbalik dan mampu tumbuh sebagai endometriosis. Faktor yang mungkin menyebabkan tisu untuk tumbuh dalam sesetengah wanita, tetapi tidak bagi yang lain, perlu dikaji, dan sesetengah punca dibawah mungkin mampu memberikan penjelasan, contoh. faktor perwarisan, toxin, atau sistem imunisasi lemah. Ia boleh dikatakan bahawa haid biasa yang berlaku secara tetap bulan demi bulan selama beberapa abad, adalah fenomena moden, kerana di masa lalu wanita mengalami rehat haid disebabkan mengandung dan menyusukan anak.
  3. Teori saingan mencadangkan bahawa endometriosis tidak mewakili endometrium tertanam tetapi bermula de novo dari sel tunjang tempatan. Proses ini telah dirujuk sebagai coelomik metaplasia. Picu pelbagai jenis (termasuk haid, toxin, atau faktor imunisasi) mungkin perlu bagi memulakan proses ini.
  4. Faktor pewarisan memainkan peranan. Ia jelas diterima bahawa anak atau saudara pesakit yang mempunyai endometriosis berisiko besar bagi mengalami endometriosis sendiri. Kajian terbaru (2005) diterbitkan dalam American Journal of Human Genetics mendapati kaitan antara endometriosis dan khromosom 10q26.[3] Satu kajian mendapati bahawa, dalam saudara perempuan bagi pesakit dengan endometriosis risiko bandingan bagi endometriosis dalah 5.7:1 berbanding penduduk kawalan.[4]
  5. Ia diterima bahawa bagi pesakik tertentu endometriosis mampu merebak secara langsung. Dengan itu endometriosis telah dijumpai pada kesan torehan pembedahan selepas pembedahan bagi endometriosis.
  6. Kadang-kala endometriosis mungkin dipindah melalui darah atau oleh sistem lymphatic kepada organ pinggiran (peripheral) (seperti. paru-paru, otak).
  7. Kajian terkini mensasar kemungkinan sistem imunisasi gagal menangani bebanan kitaran cecair haid terbalik (retrograde menstrual). Dalam konteks ini terdapat minat bagi mengkaji kaitan antara endometriosis dengan penyakit autoimmune, reaksi alahan, dan kesan toxins.[5]

Satu lagi bidang penyelidikan adalah pencarian bagi penanda endometriosis. Penanda ini adalah bahan yang terhasil atau tindak balas kepada endometriosis yang boleh diukur dalam darah, kencing, atau suhu berjalan harian. Sekiranya penanda boleh dikenal pasti, pembekal kesihatan mampu menguji endometriosis melalui ujian darah, kencing tau suhu berjalan wanita, yang mungkin mengurangkan keperluan bagi pembedahan. CA-125 diketahui meningkat dalam pesakit dengan endometriosis,[6] tetapi bukannya penunjuk khusus bagi endometriosis.

Diagnosis

sunting

Pemeriksaan fizikal dan sejarah kesihatan mambu bagi kebanyakan pesakit mendorong doktor mensyaki diagnosis.

Ujian pengimej mungkin mengenalpasti kawasan endometriotic lebih besar, seperti nodule atau karung endometriotic. Dua kaedah ujian pengimej biasa adalah ultrasound dan magnetic resonance imaging (MRI). Keputusan normal bagi kedua ujian ini tidak menyingkir kemungkinan endometriosis--kawasan endometriosis seringkali terlalu kecil bagi ujian sebegini.

Cara yang pasti mengenal pasti diagnosis endometriosis adalah melalui penggunaan laparoscopy. Diagnosis berdasarkan ciri-ciri kelihatan, sekiranya perlu disokong melalui biopsi. Laparoscopy turut membenarkan rawatan pembedahan bagi endometriosis.

Secara umum, terapi dadah setempat endometriosis (selain pil perancang keluarga ditelan) digunakan selepas pengesahan diagnosis pembedahan endometriosis.

Punca kesakitan

sunting

Cara endometriosis menyebabkan kesakitan merupakan topik banyak penyelidikan. Kerana ramai wanita dengan endometriosis merasai kesakitan semasa atau berkait dengan haid mereka dan mungkin menumpahkan lebih banyak aliran haid kedalam pelvis setiap kali haid, sesetengah penyelidik cuba mengurangkan kejadian haid bagi pesakit dengan endometriosis.

Tisu endometrial bertindak balas kepada simulasi hormon dan mungkin :berdarah" pada tempoh haid. Ia berkumpul setempat, menyebabkan bengkak, dan mencetus tindak balas keradangan dengan pengaktifan cytokines. Ia dipercayai bahawa proses ini mungkin mendorong kepada penerimaan kesakitan.

Endometriosis dipercayai keadaan auto-immune dan sekiranya sistem immunisasi diancam dengan alahan makanan, dengan itu menyingkirkan makanan tersebut dari permakanan boleh berkesan bagi sesetengah orang. Alahan biasa bagi mereka dengan endometriosis adalah tenusu dan gandum.[7]

Rawatan

sunting

Pada masa kini, tiada rawatan bagi endometriosis, sungguhpun bagi sesetengah pesakit menopause (secara semulajadi atau pembedahan) akan mengurangkan proses ini. Bagaimanapun, histerektomi dan/atau membuang ovari tidak menjamin bahawa kawasan endometriosis dan/atau simptom endometriosis tidak akan berulang. Rawatan konservatif biasanya cuba menangani kesakitan atau isu kemandulan. Rawatan herbal perubatan kadang-kala boleh berkesan bagi mengawal penyakit ini.

Rawatan bagi sakit endometriosis termasuk:

  • NSAID dan ubat tahan sakit yang lain: Ia sering amat berkesan kerana ia tidak hanya menguruangkan sakit tetapi juga aliran haid. Ia biasanya digunakan bersama terapi lain. Bagi kes teruk, dadah preskripsi narkotik mungkin digunakan.
  • Gonadotropin Pembebas Hormon - Gonadotropin Releasing Hormone (GnRH) Agonist: Agen ini bertindak dengan meningkatkan aras GnRH. Stimulasi berterusan penerima GnRH menyebabkan kelonggaran pengawalan (downregulation). Ini menyebabkan pengurangan FSH dan LH, dengan itu mengurangkan aras estrogen dan progesterone.
  • Ia dicadangkan tetapi tidak terbukti bahawa mengandung dan kelahiran anak mampu menghentikan endometriosis.
  • Terapi pemendam hormon: Pendekatan ini cuba menghapuskan atau mengurangkan aliran haid dan sokongan estrogen. Biasanya ia diperlukan bagi beberapa bulan atau tahun.


Kemandulan

sunting

Endometriosis dikaitkan dengan kurang kesuburan dan punca kedua terbesar kemandulan dikalangan wanita yang ovulate secara normal (punca utama adalah penyakit keradangan pelvik).

Rawatan kemandulan

sunting

Laparoscopy bagi membuang atau menghancurkan ketumbuhan bagi wanita yang mempunyai endometriosis serdahana atau ringan adalah berkesan bagi meningkatkan kesuburan. Satu kajian menunjukkan bahawa rawatan pembedahan bagi endometriosis dijangkakan menggandakan fecundity (kadar mengandung).[8]

Bagi pesakit dengan endometriosis yang sedikit rawatan dengan ubat kesuburan clomiphene mungkin berjaya.

Prosedure In-vitro fertilization (IVF) adalah berkesan bagi meningkatkan kesuburan bagi ramai wanita dengan endometriosis. IVF menjadikannya boleh menggabungkan telur dan sperma dalam makmal dan meletakkan embrio yang terhasil kedalam uterus wanita. IVF adalah salah satu jenis teknologi pembiakan yang merupakan pilihan bagi wanita dan keluarga yang menghadapi kemandulan berkait dengan endometriosis.

Kaitan dengan barah

sunting

Endometriosis tidak sama dengan barah endometrial -endometria cancer. Bagaimanapu ia di hipothesis bahawa penghasilan estrogen berlebihan dan pertumbuhan sel luar biasa disebabkan oleh endometriosis akhirnya menyebabkan barah ovari atau barah lain sepanjang hayat wanita. Perkembangan endometriosis sama seperti perkembangan barah, juga, dari segi keduanya menganggar penyebaran penyakit dalam bentuk yang sama kepada zon berlainan badan. Penyelidikan kini telah menunjukkan kaitan antara endometriosis dan barah tertentu [2]. Endometriosis juga serentak dengan leiomyoma atau adenomyosis, termasuk juga masalah autoimmunisasi.

Rujukan

sunting
  1. ^ Batt RE (2003-12-01). "Endometriosis from thelarche to midteens: pathogenesis and prognosis, prevention and pedagogy". Journal of pediatric and adolescent gynecology. 16 (6): 337–47. PMID 14642954. Dicapai pada 2006-04-15. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ Marsh EE (2005-03-01). "Endometriosis in premenarcheal girls who do not have an associated obstructive anomaly". Fertility and sterility. 83 (3): 758–60. PMID 15749511. Dicapai pada 2006-04-15. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  3. ^ Treloar SA, Wicks J, Nyholt DR, Montgomery GW, Bahlo M, Smith V, Dawson G, Mackay IJ, Weeks DE, Bennett ST, Carey A, Ewen-White KR, Duffy DL, O'connor DT, Barlow DH, Martin NG, Kennedy SH. Genomewide kajian kaitan dalam 1,176 saudara keluarga berkait mengenal pasti kelemahan jelas pusat (locus) bagi endometriosis pada khromosome 10q26. Am J Hum Genet. 2005 Sep;77(3):365-76. Epub 2005 Jul 21. PMID 16080113. Full Text.
  4. ^ Kashima K, Ishimaru T, Okamura H, Suginami H, Ikuma K, Murakami T, Iwashita M, Tanaka K. Familial risk among Japanese patients with endometriosis. Int J Gynaecol Obstet. 2004 Jan;84(1):61-4. PMID 14698831
  5. ^ Capellino S, Montagna P, Villaggio B, Sulli A, Soldano S, Ferrero S, Remorgida V, Cutolo M. Role of estrogens in inflammatory response: expression of estrogen receptors in peritoneal fluid macrophages from endometriosis. Ann N Y Acad Sci. 2006 Jun;1069:263-7. PMID 16855153
  6. ^ do Amaral V, Ferriani R, de Sá M, Nogueira A, e Silva J, e Silva A, de Moura M (2006). "Positive correlation between serum and peritoneal fluid CA-125 levels in women with pelvic endometriosis". Sao Paulo Med J. 124 (4): 223–7. PMID 17086305.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  7. ^ Dian Mills & Michael Vernon. "Endometriosis A Key to Healing and Fertility through Nutrition"
  8. ^ Marcoux S, Maheux R, Berube S. Laparoscopic surgery in infertile women with minimal or mild endometriosis. Canadian Collaborative Group on Endometriosis. N Engl J Med. 1997 Jul 24;337(4):217-22. PMID 9227926.

Pautan luar

sunting