Adam Wilhelm Moltke
Adam Wilhelm, Greve Moltke (25 Ogos 1785 - 15 Februari 1864) ialah Perdana Menteri Denmark pertama dalam sistem raja berperlembagaan baru yang digariskan pada tahun 1848 dan ditandatangani sebagai Perlembagaan Denmark pada 5 Jun 1849 oleh Frederik VII dari Denmark.[1]
Adam Wilhelm Moltke | |
---|---|
Perdana Menteri Denmark ke-1 | |
Dalam jawatan 22 Mac 1848 – 27 Januari 1852 | |
Raja | Frederick VII |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Digantikan oleh | Christian Albrecht Bluhme |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Einsidelsborg, Denmark | 25 Ogos 1785
Mati | 15 Februari 1864 Copenhagen, Denmark | (umur 78)
Pasangan | Frederikke Louise Knuth Marie Elisabeth Knuth |
Anak | Frederik Moltke Christian Moltke |
Ibu bapa | Joachim Godske Moltke |
Saudara | Adam Gottlob Moltke (datuk) |
Kehidupan awal dan pendidikan
suntingAdam Wilhelm Moltke dilahirkan pada 25 Ogos 1785 di Einsiedelsborg di pulau Funen, anak kepada Perdana Menteri Joachim Godske Moltke.[2] Datuk sebelah bapanya ialah Adam Gottlob Moltke, Lord Steward yang berpengaruh dan teman kepada Frederik V dari Denmark.[1][3]
Semasa kecil, Moltke telah dibimbing oleh Jacob Peter Mynster, yang kemudiannya menjadi uskup di Sjælland.[4]
Kerjaya
suntingBeliau dikenali sebagai budiman yang berperikemanusiaan dan patriarki tetapi bukan tokoh politik yang cemerlang. Dari 1845, beliau merupakan Menteri Hal Ehwal Kewangan. Pada kejatuhan pemerintahan raja mutlak terakhir, beliau juga telah dipecat tetapi, beberapa hari kemudian, beliau telah dipujuk untuk membentuk pemerintah negara yang baharu sebagai pemimpin yang paling sesuai baik dari segi kedudukan sosial dan pandangan sederhananya.[5]
Perdana Menteri Denmark
suntingKabinet yang diwujudkan pada 22 Mac 1848 dipanggil Kabinet Mac. Pada 16 November 1848 ia digantikan oleh Kabinet November, yang seterusnya digantikan oleh Kabinet Julai pada 13 Julai 1851, yang sekali lagi digantikan oleh Kabinet Oktober pada 18 Oktober 1851. Kabinet, yang asalnya adalah Kabinet Konservatif-Liberal, secara beransur-ansur menjadi lebih konservatif secara terbuka baik kerana penarikan diri umum liberal dan kerana tekanan asing.[5]
Pada 27 Januari 1852, Christian Albrecht Bluhme menggantikan Moltke sebagai Perdana Menteri.[5]
Kehidupan peribadi
suntingAdam Wilhelm Moltke meninggal dunia pada 15 Februari 1864 di Copenhagen dan dikebumikan di gereja pengebumian Moltke di Gereja Karise di bandar Karise, yang terletak di Perbandaran Faxe.[6]
Tanjung Moltke di Greenland dinamakan sempena namanya pada 1829 oleh Leftenan Wilhelm August Graah (1793–1863).[7]
Rujukan
sunting- ^ a b "Adam Wilhelm, Greve (count) Moltke | prime minister of Denmark". britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Encyclopedia Britannica. Dicapai pada 18 Julai 2017.
- ^ Dana, C.A.; Ripley, G. (1861). The new American cyclopædia (dalam bahasa Inggeris). American Cyclopaedia. m/s. 636. Dicapai pada 18 Julai 2017.
- ^ Palsson, Gisli (2016). The Man Who Stole Himself: The Slave Odyssey of Hans Jonathan (dalam bahasa Inggeris). University of Chicago Press. ISBN 9780226313283. Dicapai pada 18 Julai 2017.
- ^ Jessen, Olaf (2010). Die Moltkes: Biographie einer Familie (dalam bahasa Jerman). Germany: C.H.Beck. m/s. 50. ISBN 9783406604997.
- ^ a b c Bain 1911.
- ^ Thomas, Alastair H. (2016). Historical Dictionary of Denmark (dalam bahasa Inggeris). Rowman & Littlefield. m/s. 355. ISBN 9781442264656. Dicapai pada 18 Julai 2017.
- ^ W. A. Graah, Narrative of an Expedition to the East Coast of Greenland, London, 1837, p. 89
- Sumber
- domain awam: Bain, Robert Nisbet (1911). "Moltke, Adam Wilhelm, Count". Dalam Chisholm, Hugh (penyunting). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 18 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 677. Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Didahului oleh Jawatan baharuu |
Perdana Menteri Denmark 22 Mac 1848 – 27 Januari 1852 |
Diikuti oleh: Christian Albrecht Bluhme |
Didahului oleh Jawatan baharu ? |
Menteri Kewangan Denmark 22 Mac 1848 – 16 November 1848 |
Diikuti oleh: Wilhelm Sponneck |
Didahului oleh Jawatan baharu ? |
Menteri Tentera Laut Denmark 22 Mac 1848 – 6 April 1848 |
Diikuti oleh: Christian Christopher Zahrtmann |
Didahului oleh Frederik Markus Knuth |
Menteri Luar Denmark 16 November 1848 – 6 Ogos 1850 |
Diikuti oleh: Holger Reedtz |