Abdullah Hassan
Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (lahir di Teluk Anson, Perak, pada 20 Mac 1942) ialah seorang ahli bahasa terkenal di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang; Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur; Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim; dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan B.A., M.A. (Mal.), Ph.D. (Edin.) | |
---|---|
Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia ke-4 | |
Menyandang jawatan 1997 | |
Didahului oleh | Prof. Dato’ Dr. Mohd Mansor Salleh |
Penyandang Kerusi Tun Abdul Razak Universiti Ohio ke-4 | |
Dalam jawatan 1987–1989 | |
Didahului oleh | Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid |
Digantikan oleh | Profesor Datuk Abu Bakar Abdul Hamid |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abdullah bin Hassan 20 Mac 1942 Teluk Anson, Perak |
Kerakyatan | Malaysia |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Pasangan | Ainon Mohd |
Kediaman | Janda Baik, Pahang |
Pendidikan | Sekolah Melayu Semanggol Sekolah Melayu Teluk Intan Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh Universiti Malaya Universiti Edinburgh, Scotland |
Anugerah awam | Profesor Emeritus (2006) |
Laman web | ProfAbdullah Hassan |
Latar akademik
suntingBeliau memperoleh ijazah B.A. (1967) dan M.A. (1969) dalam jurusan Linguistik Bahasa Melayu daripada Universiti Malaya dan Ph.D. (1972) dalam bidang Linguistik Am daripada University of Edinburgh, Scotland.
Beliau adalah bekas tenaga pengajar Universiti Sains Malaysia (USM), mula bertugas pada 1972 di Unit Pengajian Bahasa, menjadi Profesor Bahasa Melayu pada 1980, dan bersara pada 1997. Selepas bersara beliau dilantik menjadi Profesor Komunikasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1997 - 2001, dan seterusnya menjadi Profesor Bahasa Melayu di UPSI sejak 2001 - 2011. Mulai Februari 2012, beliau dilantik menjadi Karyawan Tamu, di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.
Beliau pernah menjadi Penyelaras Unit Bahasa, USM 1972 -1982, Dekan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, 1982-1986 dan, Dekan, Pusat Pengajian Lanjutan 1986-1987. Semasa berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, beliau menjadi Dekan Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, 1997-1998, dan Dekan Pusat Penyelidikan, 1998-2001. Dan semasa berkhidmat di UPSI, beliau juga pernah menjadi Pengarah, Institut Peradaban Melayu, 2008-2010.
Beliau pernah memegang British Commonweallth Scholarship (1969-72) Zamalah Fulbright-Hays di University of California, Berkeley, (1979), Pensyarah Perunding Mengenai Terjemahan di RELC Singapura (1980), Pemegang Kerusi Tun Razak Ke-4, di Ohio University, AS, (1987-89), dan Profesor Kunjungan di Jabatan Kajian Asia Timur, Universiti Frankfurt, Jerman (Okt. 2004).
Atas kesarjanaannya beliau dianugerahi gelaran Profesor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia pada 2006.
Perjuangan
suntingProf. Abdullah adalah antara sarjana yang kuat memperjuangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan demi memandaikan rakyat, bagi mengekalkan nilai dan jati diri melalui himpunan memori bangsa yang dipindahkan hanya melalui bahasa peribumi, dan demi membina kreativiti peribumi. Prof. Abdullah Hassan juga bergerak aktif dalam aktiviti persatuan bahasa. Beliau adalah ahli seumur hidup Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM). Pada masa ini beliau adalah Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1997 - sekarang). Di bawah pimpinannya beliau meneruskan usaha mengadakan persidangan penterjemahan antarabangsa, iaiatu Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-7 (1999), Ke-8 (2001), Ke-9 (2003), ke- 10 (2005), dan yang terakhir Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-11 (PPA-11) yang diadakan pada 21-23 November 2007. Persidangan itu dianjurkan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad (ITNM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya (UM).[1]
Kerja amal
suntingBeliau dan isterinya Ainon Muhammad @ Ainon Mohd, tinggal di Janda Baik, Bentong, Pahang. Di samping berkarya, mereka menjalankan kerja-kerja amal membantu masyarakat orang asli, membantu menguruskan sebuah pondok tahfiz, dan membantu pekerja sosial dalam kalangan remaja.
Anugerah dan pengiktirafan
suntingAnugerah keilmuan
sunting- Universiti Sains Malaysia
- Profesor Emeritus - 16 Ogos 2006
- University of Edinburgh, Scotland
- Doktor Falsafah Lingusitik (1972)
- Universiti Malaya
- Sarjana Linguitik (1969)
- Sarjana Muda Linguitik (1967)
Karya beliau
suntingBeliau mengarang banyak buku dalam bidang bahasa Melayu, komunikasi, terjemahan, dan perkamusan. Di samping itu beliau juga bergabung dengan isterinya, yang juga adalah seorang cendekiawan terkenal di Malaysia, bagi menulis banyak buku ilmu lain.
Buku
sunting- 1970: Pola-Pola Kebudayaan Dewan Bahasa dan Pustaka. (Terjemahan: Ruth Benedict, Patterns of Culture, 1934) (tiada ISBN)
- 1974: The Morphology of Malay. Dewan Bahasa dan Pustaka DBP (tiada ISBN)
- 1976: Bimbingan Bahasa Malaysia I untuk HSC. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ISBN 0195808959
- 1977: Sivik Menengah Baru Buku 4. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (Terjemahan: Goon Fatt Chee et al. Civic for Secondary Schools, Book 4, Penerbt Fajar Bakti, 1977) ISBN 0195809203
- 1978: Rencana Linguistik. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (ISBN 9836222685)
- 1979: Kaedah dan Daftar Ejaan Melayu. Unit Pegajian Bahasa, USM. (tiada ISBN)
- 1980:
- Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. ISBN 019581990X
- Mengajar Bahasa: Suatu Pendekatan Saintifik. (Terjemahan: Robert Lado, Langusge Teaching: A Scientific Approach, 1964.ISBN 070357404
- 1983: Bimbingan Bahasa Malysia 1 STPM. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ISBN 0195833015
- 1986:
- Penerbitan Kata Dalam Bahasa Melayu. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ISBN 967933757
- Hak Dan Kebebasan Untuk Mengetahui. Siri Syarahan Umum, USM. (Terjemahan: DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak, The Right to Know. USM Public Lecture Series, 1986.
- 1987:
- 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (tiada ISBN)
- Isu-Isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Malaysia
- Isu-Isu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia
- Bahasa Malaysia STPM: Terjemahan. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bh. ISBN 967650288X
- Pendidikan Seratus Tahun". Dewan Bahasa dan Pustaka. (Terjemahan: A.D.C. Peterson, A Hundred Years of Education, Gerald Duckworth & Co. Ltd. London.) (Tiada ISBN)
- 1988: Teori Komunikasi, Dewan Bahasa dan Pustaka. (Terjemahan: W.J. Severin & J.W. Tankard Jr. Communication Theories: Origins, Methods, Uses. Hastings House Publishers, New York, 1979. ISBN 9836204075
- 1989:
- Semantik. Dewan Bahasa dan Pustaka. (Terjemahan: F.R. Palmer, Semantic, Cambridge University Press. ISBN 9836207953
- et al. Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9836204245
- 1993:
- Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676103861
- Pengenalan Linguistik Teoretis". Dewan Bahasa dan Pustaka. (Terjemahan: J. Lyons, Introduction to Theoretical Linguistics, Cambridge University Press. 1968) ISBN 9836237933
- 1994:
- Language Planning in Southeast Asia. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9836233997
- (dgn Liaw Yock Fang) Nahu Melayu Moden. Pebnerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ISBN 9676526428
- 1997: Bahasa Melayu dan Sebagai Bahasa Ilmu dan Ese-Esei Lain. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ISBN 967654115X
- 1999: Perancangan Bahasa di Asia Tenggara. Dewan Bahasa dan Pustaka. (Terjemahan: Abdullah Hassan, Language Planning in Southeast Asia, 1993. Dewan Bahasa dan Pustaka) ISBN 9836259481
- 2001: Proceedings of the International Convention on The Role of Media in Non-Aligned Countries. International Islamic University of Malaysia. ISBN 9839727591
- 2002:
- Tatabahasa Bahasa Melayu: Morfologi dan Sintaksis. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9833211357
- Fuel For Development Machine. Jabatan Perdana Menteri. (Terjemahan: Jabatan Perdana Menteri: Nadi Jentera Pembangunan. 2002)
- 2003: Terjemahan dalam Bidang Pendidikan. Penerbit UPSI. ISBN 9831920988
- 2005:
- Linguistik Am. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9833376185
- Terjemahan dan Pengglobalan Ilmu. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. ISBN 983337655X
- 2006:
- Morfologi. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9833376193
- (et al.) Sintaksis. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9833585604
- Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu 1-V1 (1952-2002). Persatuan Penterjemah Malaysia. ISBN 9834217919
- Mengapa Kami Bantah Penggunaan Bahasa Inggeris Bagi Mengajarkan Sains dan Matematik. Persatuan Penterjemah Malaysia ISBN 9834217900
- 2007:
- Membina Kepustakaan Dalam Bahasa Melayu. PTS Publications and Distributors Sdn Bhd. & ITNM. ISBN 9789831924389
- Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-VII, Persatuan Penterjemah Malaysia.
Karya bersama dengan Ainon Mohd.
sunting- 1994:
- Peribahasa: Nilai - nilai murni KBSM. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676104906
- Teknik Berfikir: Konsep dan Proses. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.
- Pemikiran reka cipta. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9676104809
- 1995:
- Kepintaran Daya Cipta dan Kemahiran Berfikir. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.
- Kursus berfikir tinggi. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676105678
- 1996:
- Mengajar Kanak-Kanak Berfikir. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd.
- Belajar berfikir : Teknik menajamkan daya fikiran . Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676106852
- Pemikiran logikal dan kritikal. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676107182
- Pemikiran lateral Edward de Bono. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 967610728X
- 1997:
- Motivasi belajar berfikir . Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676107506
- Memahami pemikiran lateral. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 967610728X
- 1999:
- Menyelesaikan masalah secara kreatif. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676109614
- Kursus berfikir untuk kolej dan universiti. Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. ISBN 9676109525
- 2000:
- Psikologi Asuhan Keluarga, Jilid 1, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311489
- Psikologi Asuhan Keluarga, Jilid 2, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311608
- Psikologi Asuhan Keluarga, Jilid 3, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311721
- Seni bercakap-cakap dan berbual-bual. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311012
- 2001:
- Mengendalikan Masalah dalam Perhubungan Peribadi. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311896
- Mendorong Kreativiti Kanak-Kanak. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311969
- Kemahiran Interpersonal untuk Guru. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311004
- 2002:
- Kamus Simpulan Bahasa. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9831921089
- Psikologi moden untuk pendakwah. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9832311470
- 2003: Koleksi Pantun untuk Majlis Perkahwinan dan Persandingan Melayu. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9833372007
- 2004:
- Komunikasi intim. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9831926145 (kulit lembut)
- Komunikasi tempat kerja. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN
- Komunikasi untuk pemimpin. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9833376398 (kulit lembut)
- Kamus Inggeris-Melayu untuk Penterjemah. PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9833376878 (kulit lembut)
- 2005:
- Mendorong kreativiti kanak-kanak. PTS Millennia Sdn. Bhd. ISBN 9833372821
- Kamus peribahasa sekolah rendah PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9831929152
- Kenapa saya tidak berfikir begitu? PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833372120
- Pandai berfikir. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833372244
- Kuasa berfikir kreatif : teknik menyelesaikan masalah secara kreatif. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833372724
- Berfikir seperti inventor. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833372600
- Berfikir secara logik dan kritis: Panduan meningkatkan ketajaman analisis dan membuat keputusan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. ISBN 9833372481
Majalah
sunting- Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Nasional dalam Masyarakat Malaysia Baru, dalam Majalah Dewan Bahasa, m.s. 545-546.
- 1983: Isu dan Masalah Standardisasi Bahasa Malaysia, dalam Majalah Dewan Bahasa, terbitan Mei 1983, m.s. 323-339.
- 2006: Definiteness and Indefiniteness: A Contrastive Analysis of the Use of Determiners Between the Malay Language and English,[pautan mati kekal]