Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (atau singkatannya, ITBM; dahulunya dikenali sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia [ITNM]) telah ditubuhkan pada 14 September 1993 bagi menyediakan prasarana industri terjemahan di Malaysia.
Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
Industri | Penterjemahan |
Ditubuhkan | 14 September 1993 |
Ibu pejabat | Wisma ITBM 2 Jalan 2/27E Seksyen 10 Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur, Malaysia |
Tokoh penting | Noor Amin Ahmad (Pengerusi) Sakri Abdullah (Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif) |
Keluaran | Buku |
Perkhidmatan | Terjemahan Kejurubahasaan Kursus & Latihan Penerbitan Jualan Buku |
Pemilik | Kementerian Kewangan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia |
Tapak web | Institut Terjemahan & Buku Malaysia |
sunting · sunting di Wikidata |
ITBM merupakan sebuah syarikat berhad berkaitan kerajaan dan modal asas dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD). Pentadbiran ITBM diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Objektif, bidang kuasa, ahli lembaga pengarah dan urusan berkaitan fungsi ITBM adalah tertakluk pada Memorandum dan Tataurusan Persatuan ITBM yang diluluskan oleh Pendaftar Syarikat, selaras dengan Akta Syarikat 1965.
Ditubuhkan bagi mengangkat industri terjemahan di Malaysia, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu di semua peringkat sama ada kebangsaan mahupun antarabangsa. Turut bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan bagi merancakkan industri perbukuan di Malaysia
Misi ITBM:
- Mengatasi halangan bahasa dalam penyebaran ilmu pengetahuan melalui terjemahan berkualiti untuk melahirkan masyarakat maju;
- Memperkaya dan memperkasa kepustakaan berbahasa Melayu sebagai wahana pemikiran bangsa Malaysia meliputi aspek budaya, sains dan teknologi melalui terjemahan dan penerbitan buku;
- Mengantarabangsakan karya kebangsaan secara berterusan melalui aktiviti penterjemahan supaya setanding dengan karya yang diiktiraf dunia;
- Membangunkan modal insan dalam bidang penterjemahan, penulisan dan penerbitan.
Visi ITBM:
- Menjadi badan penterjemahan terunggul dan penerbit buku berkualiti.
Khidmat ITBM:
- Khidmat Terjemahan: Buku, laporan, sijil, dokumen rasmi, sari kata, audio visual dan lain-lain.
- Khidmat Kejurubahasaan: Perbicaraan mahkamah, persidangan, seminar, mesyuarat, lawatan rasmi, pelancongan dan lain-lain.
- Khidmat Kursus & Latihan: Kursus terjemahan, bahasa, kejurubahasaan, penyuntingan dan lain-lain.
- Khidmat Penerbitan: Menerbitkan buku terjemahan dan karya asli pelbagai genre.
- Jualan Buku: Pameran dan jualan pelbagai jenis buku terbitan ITBM melalui platform: laman web - www.itbm.com.my, WhatsApp: 0192219015 atau Kedai Buku ITBM.
- Khidmat Sokongan: pengesahan dokumen, percetakan, atur huruf dan lain-lain
Alamat
sunting- Wisma ITBM, No. 2 Jalan 2/27E, Seksyen 10 Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia.
- Tel: +60341451800
- Laman sesawang: www.itbm.com.my
- E-mel: info@itbm.com.my