Abdul Rahman Sulaiman
Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman (26 Mei 1946 – 30 Januari 2022) adalah seorang ahli politik dan wartawan Malaysia berbangsa Melayu yang menjadi pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Ke-10 mulai 1 Februari 2010 menggantikan Datuk Seri Mohd Annuar Zaini. Beliau juga adalah bekas ahli parlimen Parit Buntar bagi sesi 1995-1999.
Tan Sri Abdul Rahman bin Sulaiman | |
---|---|
Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia | |
Dalam jawatan 1 Februari 2010 – 31 Januari 2016 | |
Didahului oleh | Mohd Annuar Zaini |
Digantikan oleh | Azman Ujang |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Parit Buntar, Perak | |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Didahului oleh | Abdul Rahman Suliman |
Digantikan oleh | Hasan Mohamed Ali |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 26 Mei 1946 Parit Buntar, Kerian, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (Kini Malaysia) |
Mati | 30 Januari 2022 (75 tahun) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras, Kuala Lumpur |
Parti politik | |
Pasangan | Puan Sri Maznah Adam |
Anak | 3 orang |
Pekerjaan | Wartawan Pengerusi Bernama ke-10 Ahli Parlimen |
Latar belakang
suntingDatuk Abdul Rahman lahir pada pada 26 Mei 1946 di Parit Buntar, Perak. Beliau berkahwin dengan Datin Maznah Adam dan dikurniakan dua anak lelaki dan seorang perempuan.
Pendidikan
suntingBeliau pernah bersekolah di Sekolah Umum Parit Tok Ngah dan Methodist Secondary School di Parit Buntar. Pada tahun 1973 beliau belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperoleh ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang komunikasi pada 1976.
Kerjaya
sunting1971 bertugas sebagai wartawan kanan bernama setelah memulakan kerjaya kewartawanan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai wartawan penyiaran pada 1966. Beliau dihantar ke Bangkok sebagai koresponden Bernama bagi Thailand dan Indo-China hingga 1978. Beliau ppernah menjadi Ketua Biro Johor, dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Am sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarang Bernama pada 1989.
Beliau mengetuai Jabatan Pengarang Bernama (1989-1995). Beliau pernah menjadi Pengarah Komunikasi Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri (Ogos 2001-Mac 2010). Beliau juga merupakan Pengarah Komunikasi Pejabat Perdana Menteri dari Mac 2009- kini.
Politik
sunting1995 beliau dicalonkan oleh Barisan Nasional untuk bertanding kawasan parlimen Parit Buntar. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 beliau berjaya menewaskan Idris Abdul Rauf daripada Parti Semangat 46.
Anugerah
suntingBeliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2007.[1]