Abdul Fattah Mahmood

Ahli politik Malaysia

Abdul Fattah bin Mahmood merupakan ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) bagi Bukit Panau sejak Mac 2004. Beliau adalah ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), parti komponen gabungan Perikatan Nasional (PN).

Abdul Fattah Mahmood
عبدالفتاح محمود
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan
bagi Bukit Panau
Menyandang jawatan
21 Mac 2004
Didahului olehMat Yusof Mat Sah
(PAS)
Majoriti426 (2004)
4,183 (2008)
3,740 (2013)
4,291 (2018)
16,628 (2023)
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
2004–2008Pengerusi Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan
2008–2013Pengerusi Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan
2013–2018Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar
Timbalan Speaker
Dewan Undangan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
2018–2023
Digantikan olehMohamed Farid Mohamed Zawawi
(PN-BERSATU)
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan
2004–2020Parti Islam Se-Malaysia
2020–Perikatan Nasional
Maklumat peribadi
Lahir
Abdul Fattah Mahmood

(1963-09-16) 16 September 1963 (umur 61)
MalaysiaKelantan Kampung Domis, Tanah Merah, Kelantan, Malaysia
Kerakyatan Malaysia
Parti politikParti Islam Se-Malaysia (PAS)
Gabungan politik
lain
Perikatan Nasional (PN)
Muafakat Nasional (MN)
Gagasan Sejahtera (GS)
Pakatan Rakyat (PR)
Barisan Alternatif (BA)
PasanganFahimah Mahmood
Anak3
Tempat belajarUniversiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanAhli politik

Latar belakang

sunting

Abdul Fattah dilahirkan di Kampung Domis, Bukit Panau. Beliau adalah anak kepada pengasas Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ar Rahmaniah, Kampung Paloh, Bukit Panau. Bapanya Tuan Guru Mahmood Mat Sah. Bapanya menetap di Mekah selama 17 tahun untuk mendalami ilmu agama.

Abdul Fattah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Panau dan Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu. Kemudian sambung belajar di Kolej Islam Kelang sebelum mengikuti program matrikulasi di Sekolah Alam Shah. Seterusnya belajar jurusan optometri di UKM - ijazah sarjana muda dengan kepujian pada 1990.

Semasa di UKM , Abdul Fattah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Optometri dan Timbalan Yang Dipertua Kolej Tun Dr Ismail (1985-1986).

Isterinya, Fahimah Mahmood adalah seorang guru siswazah dan mereka mempunyai tiga orang cahaya mata.

Kerjaya

sunting

Beliau bekerja di klinik optometry di Kajang (1986-1996). Selepas itu membuka klinik sendiri di Kota Bharu.

Abdul Fatah menjadi Lembaga Pengarah Konsortium Koperasi Kelantan Bhd, Pengerusi Lembaga Pengarah Koperasi Kosri Kelantan dan Timbalan Yang Dipertua Jemaah Islah Malaysia Bahagian Kota Bharu.

Kerjaya politik

sunting

Beliau terbabit dengan politik sejak dalam kampus UKM lagi. Beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Tanah Merah pada 2003 dan kini Bendahari Dewan Pemuda PAS Kelantan.

Selepas memenangi pilihan raya 2004 di DUN Bukit Panau, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan.

Keputusan pilihan raya

sunting
Dewan Undangan Negeri Kelantan[1][2]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2004 N26 Bukit Panau Abdul Fattah Mahmood (PAS) 6,926 51.59% Baharudin Yusof (UMNO) 6,500 48.41% 13,861 426 81.45%
2008 Abdul Fattah Mahmood (PAS) 10,129 63.01% Nik Kemaruzaman Sulong (UMNO) 5,946 36.99% 16,337 4,183 79.92%
2013 Abdul Fattah Mahmood (PAS) 13,292 58.19% Baharudin Yusof (UMNO) 9,552 41.81% 23,103 3,740 84.60%
2018 Abdul Fattah Mahmood (PAS) 14,506 52.40% Dayang Saniah Awang Hamid (UMNO) 10,215 36.90% 28,171 4,291 80.90%
Hisham Fauzi (AMANAH) 2,963 10.70%
2023 Abdul Fattah Mahmood (PAS) 22,582 79.14% Samsul Adabi Mamat (AMANAH) 5,954 20.86% 28,704 16,628 57.29%

Anugerah

sunting
  •   Kelantan :
    •   Darjah Dato' Paduka Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) - Dato' (2011)

Rujukan

sunting
  1. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  2. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.