Abad ke-13 SM
abad
Abad ke-13 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1300 SM hingga 31 Disember 1201 SM dalam kalendar Gregory.
Milenium: | milenium ke-2 SM |
---|---|
Abad: | |
Garis masa: | |
Ketua negara: |
|
Dekad: | |
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Peristiwa
sunting- 1295 SM - Keakhiran Dinasti Kelapan Belas Mesir, dan permulaan Dinasti Kesembilan Belas.
- 1278 SM, 15 Disember - Kemangkatan Seti I, Firaun Mesir.
- 1279 SM, 31 Mei - Ramesses II menjadi Firaun Mesir.
- 1290-an SM - Pemusnahan Troy VIIa. Peristiwa ini merupakan calon yang paling mungkin untuk peristiwa sejarah yang mendasari Perang Trojan dongeng.
- 1285 SM - Perang Kadesh: Ramesses II hampir ditewaskan oleh tentera Hittite.
- 1282 SM - Pandion II, raja dongeng Athens, mangkat selepas pemerintahan pada nama sahaja selama 25 tahun. Baginda dilaporkan hanya memerintah Megara, manakala Athens dan kawasan-kawasan Attica yang lain dikuasai oleh perikatan golongan bangsawan yang diketuai oleh bapa saudaranya, Metion (anak lelaki Erechtheus dari Athens), dan anak-anak lelakinya (termasuk Daedalus, menurut sesetengah huraian). Keempat-empat anak lelakinya mengetuai sebuah kempen ketenteraan yang berjaya mendapatkan semula takhta. Aegeus menjadi raja Athens, Nisos memerintah di Megara, Lykos di Euboea, dan Pallas di Attica selatan.
- 1279 SM, 31 Mei - Ramesses II menjadi ketua Mesir Kuno.
- 1278 SM - Seti I mangkat setahun selepas anak lelakinya, Ramesses II, dimahkotai.
- 1274 SM, Julai - Perang Kadesh di Syria.
- 1274 SM - Perjanjian perdamaian terawal yang diketahui dimeterai pada akhir Perang Kadesh.
- 1269 SM - Ramses II, raja Mesir Kuno, dan Hattusilis III, raja masyarakat Hittite, memeterai perjanjian perdamaian terawal yang diketahui.
- 1251 SM, 7 September - Gerhana suria pada tarikh ini mungkin menandakan kelahiran Heracles dongeng di Thebes, Greece.
- 1250 SM - Wu Ding, maharaja Dinasti Shang memerintah sehingga tahun 1192 SM.
- 1230-an SM - Aegeus, raja dongeng Athens, menerima sebuah perutusan palsu yang mengatakan bahawa Theseus, pewaris yang telah dilantiknya serta anak lelakinya yang dilahirkan oleh Aethra dari Troezena, telah meninggal dunia. Theseus telah dihantar ke Dipertuan Minos dari Crete untuk persembahan kepada dewa Minotaur. Medus, anak lelaki Aegeus yang lain (yang dilahirkan oleh Medea dari Colchis) antara hanya dua orang puteranya, telah dibuang ke Asia dan kemudian menjadi leluhur dongeng kepada orang-orang Medes. Mempercayai bahawa baginda tidak lagi mempunyai sebarang pewaris, Aegeus membunuh diri selepas pemerintahan selama 48 tahun, dan diwarisi oleh Theseus yang sebenarnya masih hidup. Sebagai penghormatan, Laut Aegea dilaporkan dinamai sempena namanya.
- 1221 SM - Firaun Merneptah menewaskan serangan Libya.
- 1213 SM atau 1204 SM - Theseus, raja dongeng Athens, digulingkan selepas pemerintahan selama 30 tahun dan diwarisi oleh Menestheus, cicit lelaki Erichthonius II dari Athens serta dua pupu kepada bapa Theseus, Aegeus. Menestheus dilaporkan dibantu oleh Castor dan Polydeuces dari Sparta yang hendak menuntut kembali Helen, saudari kandungnya, daripada suami pertama, Theseus. Theseus mencari perlindungan di Skyros yang rajanya, Raja Lycomedes, merupakan seorang kawan lama serta sekutunya. Bagaimanapun, Lycomedes menganggap tetamunya sebagai suatu ancaman terhadap takhtanya dan membunuh Theseus. (Huraian-huraian lain menetapkan peristiwa-peristiwa ini pada sedekad lebih awal. Sila lihat 1210-an SM).
- 1212 SM - Kemangkatan Ramesses Agung, Firaun Mesir.
- k.k. 1200 SM - Orang-orang Cimmerian memulakan penempatan di steppe Rusia selatan (tekaan tanpa sebarang sokongan dokumen).
- 1200 SM - Peradaban Pueblo Kuno di Amerika Utara (tarikh anggaran).
- 1200 SM - Kejatuhan kuasa Hittite di Anatolia, dengan kemusnahan Hattusa, ibu kotanya.
Tokoh-tokoh
sunting- 1225 SM - Kelahiran Helen dongeng kepada Raja Tyndareus dari Sparta dan isterinya, Leda (tarikh anggaran).
- 1224 SM - Kemangkatan Ramesses II dari Mesir.
- Merneptah, Firaun Mesir daripada Dinasti Kesembilan Belas (1212 SM - 1202 SM).
- Amenemses, Firaun Mesir daripada Dinasti Kesembilan Belas (1202 SM - 1199 SM).
- Moses mengetuai Exodus Ibrani, menurut sejarah (mungkin berlaku lebih awal).
- Pangeng dari China.