Abad ke-11 SM
abad
Abad ke-11 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 1100 SM hingga 31 Disember 1001 SM dalam kalendar Gregory.
Milenium: | milenium ke-2 SM |
---|---|
Abad: | |
Garis masa: | |
Ketua negara: |
|
Dekad: | |
Kategori: | Kelahiran – Kematian Penubuhan – Pembubaran |
Peristiwa
sunting- 1090 SM (atau tahun Dubuk) - Kejatuhan ekonomi Mesir yang mengakibatkan kemunculan para perampas makam. Disebabkan oleh ini, tahun ini merupakan tahun terakhir yang Lembah Raja-raja digunakan untuk pengebumian.
- 1089 SM - Melanthus, raja dongeng Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 37 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Codrus.
- 1079 SM - Kemangkatan Raja Cheng dari Zhou, raja Dinasti Zhou di China.
- 1078 SM - Zhou Kang Wang menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 1069 SM - Keakhiran Dinasti Kedua Puluh, dengan kemangkatan Ramses XI. Baginda diwarisi oleh Smendes I yang mengasaskan Dinasti Kedua Puluh.
- 1068 SM - Codrus, raja dongeng Athens, mangkat dalam pertempuran terhadap penyerang-penyerang Dorian selepas pemerintahan selama 21 tahun. Tradisi Athens menganggap baginda sebagai raja terakhir yang memegang kuasa mutlak. Para ahli sejarah moden menganggap baginda sebagai raja terakhir yang riwayat hidupnya merupakan sebahagian mitologi Greek. Baginda diwarisi oleh anak lelakinya, Medon.
- 1053 SM - Kemangkatan Raja Kang dari Zhou, raja Dinasti Zhou di China.
- 1052 SM - Raja Zhao dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 1051 SM - Saul menjadi raja pertama Israel.
- 1050 SM - Orang-orang Philistine merampas Tabut Perjanjian dari Israel dalam pertempuran (tarikh anggaran).
- 1048 SM - Medon, Raja Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 20 tahun dan diwarisi oleh anak lelakinya, Acastus.
- 1046 SM — Zhou Wu Wang menggulingkan Raja Di Xin, raja China, dan mengasaskan Dinasti Zhou (1046 SM - 249 SM).
- 1044 SM - Pada kemangkatan Smendes I, raja Mesir, baginda diwarisi oleh dua pemangku raja bersama, Psusennes I dan Neferkare Amenemnisu.
- 1039 SM - Kemangkatan Neferkare Amenemnisu, raja Mesir.
- 1027 SM - Tarikh tradisional bagi keakhiran Dinasti Shang di China.
- k.k. 1020 SM - Pemusnahan Troy VIIb2.
- 1020 SM - Saul si Raja menjadi raja pertama masyarakat Israel.
- 1012 SM - Acastus, raja Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 36 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Archippus.
- 1006 SM - David mewarisi Saul si Raja.
- 1002 SM - Kemangkatan Raja Zhao dari Zhou, raja Dinasti Zhou di China.
- 1001 SM - Raja Mo dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 1000s SM - Bukti terawal perladangan di tanah tinggi Kenya.
- k.k. 1000 SM - Orang-orang Latin datang ke Itali dari kawasan Danube.
- k.k. 1000 SM - Bukti arkeologi yang diperoleh daripada inskripsi-inskripsi yang diekskavasi pada tahun 2005 menetapkan bahasa Tamil, sebuah bahasa klasik yang dituturkan di India, pada sekitar tahun ini.
- 1000s SM - Abjad Phoenicia direka.
- Dinasti Zhou (1122 SM – 256 SM) dimulakan di China.
Tokoh-tokoh
sunting- Nabi Samuel bagi masyarakat Israel kuno
- Saul, raja masyarakat Israel kuno
- David, raja masyarakat Israel kuno (1006 SM
- Zoroaster, nabi Iran kuno (tarikh anggaran; anggaran berbeza-beza antara 1000 SM hingga 600 SM)