2002 di Malaysia
2002 di Malaysia ialah ulang tahun kemerdekaan negara ke-45.
| |||||
Dekad: | |||||
---|---|---|---|---|---|
Lihat juga: |
Penyandang
suntingPeringkat persekutuan
sunting- Yang di-Pertuan Agong: Tuanku Syed Sirajuddin
- Raja Permaisuri Agong: Tuanku Fauziah
- Perdana Menteri: Dato' Sri Dr Mahathir Mohammad
- Timbalan Perdana Menteri: Dato' Sri Abdullah Ahmad Badawi
Peringkat kebangsaan
sunting- Sultan Johor: Sultan Iskandar
- Sultan Kedah: Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
- Sultan Kelantan: Sultan Ismail Petra
- Raja Perlis: Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (Raja Muda)
- Sultan Perak: Sultan Azlan Shah
- Sultan Pahang: Sultan Ahmad Shah
- Sultan Selangor: Sultan Sharafuddin Idris Shah
- Sultan Terengganu: Sultan Mizan Zainal Abidin (Timbalan Yang di-Pertuan Agong)
- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan: Tuanku Jaafar
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Pulau Pinang: Tun Abdul Rahman Abbas
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Melaka: Tun Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabuddin
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Sarawak: Tun Abang Muhammad Salahuddin
- Yang di-Pertua Negeri (Gabenor) Sabah: Tun Sakaran Dandai
Peristiwa
suntingJanuari
sunting- 24 Januari - Parti Bersatu Sabah (PBS) menyertai semula gabungan Barisan Nasional (BN).[1]
Februari
sunting- 23 Februari - Ahmad dan Muhammad Rosli, kembar siam Malaysia berjaya dipisahkan melalui pembedahan di Hospital Kebangsaaan Penguasa Raja Fahd, Arab Saudi.[2]
April
sunting- 14 April - Express Rail Link (ERL), kereta api berkelajuan tinggi yang pertama di Malaysia dilancarkan.[3]
- 22 April - Tuanku Syed Sirajuddin ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.[4]
- 19 April - Kira-kira 14 ahli Kumpulan Militan Malaysia (KMM) yang disyaki tegar, termasuk seorang wanita yang ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada 62 orang anggota KMM yang diadakan sejak Mei 2001.[5]
Jun
sunting- 8 Jun - Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Vatican City dan bertemu Pope John Paul II buat kali pertama.[6]
- 22 Jun - Tun Dr Mahathir mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan dan digantikan dengan Abdullah Ahmad Badawi.[7]
- 23 Jun - Presiden PAS, Fadzil Mohd Noor meninggal dunia selepas menjalani pembedahan pintasan jantung. Beliau digantikan sebagai Presiden PAS dan pemimpin pembangkang di Parlimen oleh Abdul Hadi Awang.[8][9]
Julai
sunting- Jun - Pilihan raya kecil Ahli Parlimen Pendang, Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya.[10]
- Julai - Penyanyi Misha Omar melancarkan lagu sulungnya "Bunga-bunga Cinta" ciptaan Adnan Abu Hassan dan kemudian mempopularkan lagu tersebut hingga malar segar.
Ogos
sunting- Ogos - Kerajaan Malaysia mengharamkan sebarang bentuk program yang ditaja oleh syarikat rokok.
- 8 Ogos - Tragedi Highland Towers:
- Hakim, Datuk James Foong di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Wisma Denmark, Jalan Ampang memutuskan 7 daripada 10 orang yang menyaman 60 orang penduduk, saudara mara dan keluarga tragedi Highland Towers sebagai lalai.[11]
November
sunting- 21 November - Banglo Pengerusi Affin Bank Jeneral (B) Tan Sri Ismail Omar runtuh menyebabkan tanah runtuh di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Lapan orang terbunuh.[12]
Disember
sunting- 4 Disember - Tragedi Highland Towers:
- Arab-Malaysian Finance Bhd (AMFB) merayu kepada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Lamin Yunus untuk bertemu dengan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mokhtar Sidin dan Datuk Mohd Saari Yusoff atas pampasan yang akan dibayar.[13]
- Di Mahkamah Rayuan, tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Gopal Sri Ram dengan Datuk Richard Malanjum dan Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff mengarahkan tiga pihak yang cuai membayar ganti rugi adalah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 15%, jurutera Wong Yuen Kean 10%, Arab-Malaysia 30%, Metrolux Sdn Bhd dan MBF Property Services Sdn Bhd 20%.[14][15]
- 15 Disember - Abdul Rahman Arshad dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).
- 18 Disember - Pulau Sipadan dan Ligitan secara rasmi dianugerahkan kepada Malaysia oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).[16]
Hari Kebangsaan
suntingTema
suntingKeranamu Malaysia
Sukan
sunting- 24 Februari-9 Mac - Hoki Piala Dunia 2002
- Jun - 2002 World's Strongest Man, Kuala Lumpur, Malaysia
Kelahiran
sunting- 7 Januari - Melissa Aurellia - pelakon
- 28 Febuari - Hariz Hamdan pelakon, peragawan
- 5 Mac - Firdaus Ghufran - pelakon
- 5 Mac - Luqman Hakim Shamsudin - pemain bola sepak
- 13 Mac - Kasih Iris Leona - anak kepada pelakon Azhar Sulaiman
- 25 Mac - Muhammad Salman Hussaini Muhamad Sabri - pemain bola sepak
- 22 Mei - Arif Aiman - pemain bola sepak
- 8 Jun - Muhammad Firdaus Hasni - pemain e-sukan
- 16 Jun - Aniq Kasdan - atlet angkat berat
- 18 Julai - Asif Suhaimi - pelakon, YouTuber
- 8 September - Wafiy - penyanyi, pelakon
- 29 September - Nurel Baharin - pelakon, model, bekas juara Dewi Remaja 2023
- 26 Oktober - Ikhmal Nour - penyanyi, pencipta kandungan
- 25 Disember - Iman Troye - penyanyi
Tarikh tidak diketahui
sunting- Mohd Haziq Mohd Tarmizi - pelajar Malaysia yang terbunuh dalam serangan di Christchurch
- Izuan Fitri - pelakon
Kematian
sunting- 14 Februari - Mahmud June — pelakon
- 11 Jun - Ahmad Daud — pelakon, penyanyi
- 23 Jun - Fadzil Mohd Noor — Presiden PAS, Ahli Parlimen Pendang dan ADUN Anak Bukit, Kedah
- 24 Julai - Rafeah Buang — penyanyi
- 8 Ogos - J.S. Kevin — pemuzik, komposer, penerbit rakaman
- 5 November - Kamarulzaman Teh — komunis, bekas tahanan politik
- 14 November - Rejabhad — kartunis
Tarikh tidak diketahui
sunting- Hasliza Ishak — isteri kedua Raja Di-Hilir Perak
- Bab Mustaffa — pelakon
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Disgruntled PBS members to join the opposition". Malaysiakini. 2001-12-11. Dicapai pada 2017-07-18.
- ^ "Ahmad, Muhammad -- Menanti detik dipisahkan". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-12. Dicapai pada 2017-07-18. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Siemens bantu perkhidmatan ERL Malaysia". Utusan Online. Dicapai pada 2017-07-18. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)[pautan mati kekal] - ^ "Pameran raja kita: sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XII Tuanku Syed Sirajuddin ibni al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia, 25 April 2002/12 Safar 1423". www.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2017-07-18.
- ^ "Kumpulan Mujahidin Malaysia, bukan Militan". Malaysiakini. 2001-08-16. Dicapai pada 2017-07-18. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "malaysian prime minister foresees deeper ties with holy see - ucanews.com". ucanews.com. Dicapai pada 2017-07-18.
- ^ Roberts, John. "Malaysian prime minister's sudden resignation points to political instability ahead". Dicapai pada 2017-07-18.
- ^ "Opposition Leader Fadzil dies". Malaysiakini. 2002-06-23. Dicapai pada 2017-07-18.
- ^ "Death of PAS leader leaves party facing difficult decisions (by Abd Rahman Koya) - Media Monitors Network". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2018-02-14.
- ^ "Pendang, Anak Bukit by-elections on July 18, nomination July 10". Malaysiakini. 2002-06-29. Dicapai pada 2017-07-18.
- ^ "Kronologi tragedi Highland Towers". www.sinarharian.com.my. Dicapai pada 10 July 2017.
- ^ "Saya tidak pernah menjangka ia akan berlaku, kata Jeneral (B) Ismail". Malaysiakini. 2002-11-28. Dicapai pada 2017-07-18. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Perbicaraan taksiran ganti rugi ditangguh BH 13/10/2000
- ^ Highland Towers: Rayuan AmFinance ditolak BH 04/12/2002 By Munira Yusoff
- ^ Parties In Highland Towers Suit Triying To Resolve Matter
- ^ Vigilar, CNN's Rufi. "CNN.com - Philippines sidelined in islands dispute - October 24, 2001". edition.cnn.com. Dicapai pada 2017-07-18.
Didahului oleh 2001 di Malaysia |
Tahun di Malaysia 2002 |
Diikuti oleh: 2003 di Malaysia |