16 Ogos
tarikh
(Dilencongkan daripada 16 Agustus)
<< | Ogos | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 |
2024 |
16 Ogos merupakan hari ke-228 (hari ke-229 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 137 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Hari Kanak-Kanak di Paraguay.
Peristiwa
sunting- 1777 - Perang Revolusi Amerika: Tentera British dan Jerman Brunswick ditumpaskan dalam Pertempuran Bennington di Walloomsac, New York.
- 1819 - Pasukan berkuda menyerbu ke khalayak ramai, menukar perhimpunan umum menuntut perubahan politik di Manchester, England menjadi Pembunuhan Peterloo (gambar).
- 1896 - Satu kumpulan yang diketuai Skookum Jim Mason menemui emas berhampiran Dawson City, Yukon, Kanada, memulakan Kerubut Emas Klondike.
- 1929 - Pertikaian berpanjangan antara Muslim dan Yahudi terhadap capaian ke Tembok Meratap di Baitulmaqdis meruncing menjadi rusuhan di seluruh Palestin.
- 1954 - Jilid 1 majalah sukan Sports Illustrated diterbitkan.
- 1960 - Joseph Kittinger turun dengan payung terjun dari sebuah belon di New Mexico pada 31,330 m, satu rekod untuk terjunan altitud-tinggi, ketinggian jatuhan bebas dan kelajuan terpantas manusia tanpa mesin.
- 1960 - Kemerdekaan Cyprus daripada United Kingdom.
- 1962 - Kumpulan The Beatles memecat Pete Best dan menggantikannya dengan Ringo Starr.
- 1972 - Sistem Ejaan Baharu Rumi Malaysia-Indonesia dilancarkan penggunaannya oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
- 2008 - Pelari pecut Jamaica Usain Bolt memecahkan rekod Olimpik serta dunia dan memenangi pingat emas acara pecut 100-meter Olimpik dengan catatan masa 9.69 saat.
- 2013 - Ecuador mengumumkan akan membuka semula Taman Negara Yasuni kepada penggerudian minyak, menamatkan inisiatif enam tahun melindungi hutan hujan di situ.
Kelahiran
sunting- 1744 - Pierre Méchain, seorang ahli astronomi dan juru ukur Perancis
- 1913 - Menachem Begin, Perdana Menteri Israel ke-6
- 1951 - Umaru Yar'Adua, seorang Presiden Nigeria
- 1958 - Madonna, pemuzik, pelakon dan penghibur dari Amerika Syarikat.
- 1971 - Waed, penyanyi dan pelakon dari Arab Saudi.
- 2006 - Zara Leola, penyanyi dan pelakon wanita Indonesia.
Kematian
sunting- 1977 - Elvis Presley, penyanyi A.S.
- 1978 - Alidius Tjarda van Starkenborgh Stachouwer, seorang Gabenor jeneral Hindia Belanda yang terakhir
- 1979 - John Diefenbaker, Perdana Menteri Kanada Ke-13