1273
Tahun
- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1273. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1273 (nombor).
1273 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Ahad dalam kalendar Gregory.
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
suntingEropah
sunting- 29 September - Rudolph I dari Jerman dipilih sebagai Raja Jerman dan dengan itu, menamatkan Masa Peralihan; Otakar yang gagal dipilih enggan mengakui Rudolph sebagai raja baru, dan perang tercetus pada tahun 1276. Rudolph merupakan ahli keluarga pertama antara banyak ahli keluarga Habsburg yang naik takhta.
- 6 Disember - Thomas Aquinas berhenti penulisan Summa Theologiae — sebuah mahakarya teologi Katolik — dan membiarkan karya itu selepas mengalami kebatinan dalam Mass.
- Raja Otakar II dari Bohemia menawan Bratislava dari Hungary.
Timur Tengah
sunting- Disember - Pengikut-pengikut kepada Jalal al-Din Muhammad Rumi yang baru meninggal dunia mengasaskan Mevlevi, suatu mazhab Sufi, di kota Konya (kini Turki).
- Khachkar "Penyelamat Suci" yang dipercayai merupakan salah satu contoh bentuk kesenian yang terunggul diukir oleh Vahram di Haghpat, Armenia.
- Beyoglu, subbandar Constantinople (ketika itu dikenali sebagai Pera) diberikan oleh Maharaja Byzantin, Michael VIII Palaeologus, kepada Republik Genoa selepas Perang Salib Keempat dan penjarahan Constantinople sebagai ganti untuk bantuan Genoa.
Asia
sunting- 31 Januari - Pertempuran Xiangyang selama enam tahun berakhir apabila komander angkatan tentera Dinasti Song menyerahkan kepada Kublai Khan. Pertempuran ini merupakan pertempuran pertama yang menggunakan senjata api.
- Di Korea, Pemberontakan Sambyeolcho terhadap Dinasti Goryeo (sebuah kerajaan boneka Empayar Mongol) tamat apabila pemberontak-pemberontak ditewaskan oleh gabungan angkatan tentera Mongol dan Goryeo.
Kelahiran
sunting- 15 Julai - Ewostatewos, pendeta dan pemimpin agama Ethiopia (maut 1352)
- 24 November - Alphonso, Earl Chester, anak lelaki Edward I dari England (maut 1284)
- Abu al-Fida, ahli sejarah Arab (maut 1331)
- David VIII dari Georgia (maut 1311)
Kematian
sunting- 17 Disember - Jalal al-Din Muhammad Rumi, pemuisi Parsi dan ahli sufi (lahir 1207)
- Baldwin II dari Constantinople, Maharaja Constantinople Latin terakhir (lahir 1217)
Dalam fiksyen
sunting- 31 Januari - Guo Jing dan Huang Rong, watak-watak dalam novel moden Jinyong, Legenda Perwira-perwira Kondor, meninggal dunia.