Srikandi Cintaku merupakan album solo kelima oleh M. Nasir, dikeluarkan pada September 1999 oleh BMG Music. Kesemua lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini ialah rakaman semula dari lagu-lagu ciptaan beliau yang sebelumnya pernah dipopularkan oleh artis-artis seperti Bloodshed, Hattan, Search, Roy, Alleycats dan beliau sendiri.[1]
Srikandi Cintaku dikeluarkan pada September 1999. Album ini menjadi kejayaan komersial hingga berjaya dipasarkan di Indonesia.[2][3] Ia juga menerima dua pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-7, memenangi satu daripada dua pencalonan.
No. | Tajuk | Penulis | Masa | |
---|
1. | "Srikandi Cintaku" (Nyanyian asal Bloodshed - Samarkand, 1987) | M. Nasir/Nasir Jani | 5:02 |
2. | "Dari Kekasih Kepada Kekasih" (Nyanyian asal Hattan - Antem, 1992) | M. Nasir/Nurbisa | 5:01 |
3. | "Meniti Titian Usang" (Nyanyian asal Search - Langit Dan Bumi, 1986) | A. Rahim/M. Nasir | 5:51 |
4. | "Kau Ratnaku" (Nyanyian asal Roy - Roy, 1993) | M. Nasir/Nurbisa | 4:39 |
5. | "Layang-Layang Terputus Talinya" (Nyanyian asal Alleycats - Suara Kekasih, 1985) | M. Nasir/S. Amin Shahab | 4:58 |
6. | "Berikan Nurbisa" (Nyanyian asal Hattan - Hattan, 1991) | M. Nasir/Nurbisa | 4:47 |
7. | "Nur Nilam Sari" (Nyanyian asal Search & Awie - Bikin Wilayah, 1998) | M. Nasir/Loloq | 5:28 |
8. | "Kerana" (Nyanyian asal Alleycats - Kerana, 1984) | M. Nasir | 5:13 |
9. | "Cinta Sepi" (Nyanyian asal Search - Cinta Buatan Malaysia, 1985) | M. Nasir/S. Amin Shahab | 4:56 |
10. | "Suatu Masa" (Versi asal - Dia Ibu Ku, 1981) | M. Nasir | 4:41 |
Jumlah masa: 50:21 | |
Tahun
|
Anugerah
|
Kategori
|
Penerima/Karya tercalon
|
Keputusan
|
2000
|
Anugerah Industri Muzik ke-7
|
Album Pop Terbaik
|
Srikandi Cintaku
|
Tercalon
|
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki)
|
M. Nasir
|
Menang
|