Zul Norizan

Komposer dan penerbit lagu Malaysia

Muhammad Zulfiqor bin Mohd Norizan (lahir 4 April 1996) atau lebih dikenali sebagai Zul Norizan ialah penggubah dan penerbit muzik baru yang berasal dari Klang, Selangor. Beliau dikenali dengan hasil kerja bersama syarikat rakaman yang ditubuhkannya sendiri Fusion Records MY

Zul Norizan
Latar belakang
Nama asalMuhammad Zulfiqor bin Mohd Norizan
Juga dikenali sebagai
Zul Norizan
Kelahiran4 April 1996
Berasal dariKlang, Selangor
GenrePop Melayu, Pop, balada
PekerjaanPenggubah, Penerbit
InstrumenGitar
Pengkarya berkait
Deera Lee, Achah Saputra, Mina Amira, Hani Nosha
PendidikanDiploma Industri Multimedia
Pusat pendidikanUniversiti Selangor

Beliau juga dikenali dengan hasil kerja bersama pemuzik lain seperti Deera Lee, Achah Saputra, Mina Amira dan Hani Nosha

Kehidupan Peribadi

sunting

Beliau dilahirkan di Hospital Kajang sebagai anak sulung kepada 7 orang adik beradik. Pasal awal zaman kanak kanaknya, mereka menetap di Shah Alam, Selangor dan mula menetap di Klang, Selangor pada 1999.

Zul memulakan pendidikan formalnya di tadika PASTI Ikhwan, Klang dan kemudian menyambung persekolahannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Udang pada tahun 2002 sehingga 2008.

Beliau mendapat tawaran belajar di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam dibawah tajaan Yayasan Selangor pada 2009. Sejak memulakan pendidikannya di Sabak Bernam, beliau mula menunjukkan minat dalam bidang seperti Informasi Teknologi dan Multimedia. Minat tersebut dicurahkan apabila beliau dipilih menjadi ketua editor Sanggar Minda, iaitu majalah sekolahnya dan menjadi naib ketua Biro Informasi dan Multimedia di Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam.

Menyambung pendidikan di UNISEL (Universiti Selangor) dalam bidang Diploma Multimedia Industri, beliau mula berkenalan dengan ramai bakat bakat baru yang menjadi punca dan tunjang bagi beliau meneruskan karier muziknya.

Karier Muzik

sunting

Zul mula berjinak jinak dalam muzik sejak beliau di tingkatan lima, setelah beliau membeli gitar pertamanya untuk belajar. Waktu membeli, beliau masih belum ada asas untuk bermain gitar namun beliau tetap bertekad untuk mempelajarinya.

Ilmu beliau dalam menggunakan peralatan audio memberi sedikit sebanyak memudahkan Zul untuk memahami bagaimana muzik berfungsi. Selepas mendapat gitar, beliau mula menuyusun atur lagu saduran (cover) dan mula meniru untuk merakam lagu saduran tersebut sehampir yang boleh seperti lagu asal.

Beliau mula berkenalan dengan Deera Lee pada tahun 2014 melalui Facebook, akibat minat mereka yang sama dan mendalam, dalam bidang muzik. Berbeza dengan Zul, Deera minat menulis karya sendiri berbanding memainkan karya orang lain dan maka dari situlah bermulanya kolaborasi antara mereka berdua.

Pengalaman dan rakan kenalannya di UNISEL membuatkan Zul mula lebih fokus dalam rakaman dan penerbitan muzik. Maka pada 2016, beliau menubuhkan Fusion Records MY yang pada asalnya sebagai label hos bagi lagu lagu projek Unisel Artist United-nya diterbitkan.

Kini, Fusion Records MY, diterajui oleh Zul, Deera dan Achah menerbitkan banyak lagu untuk artis artis baru tanah air, seperti Mina Amira[1][2], Hani Nosha[3] dan ramai lagi.

Diskografi

sunting

Kredit Penulisan (Album dan Single)

sunting
  • Mari Kita (2016) oleh Unisel Artist United
  • Bangkit (2016) oleh Unisel Artist United
  • Kawan (2017) oleh Unisel Artist United
  • Generasiku (2017) oleh Unisel Artist United
  • UAU Beraya EP (2017) oleh Unisel Artist United
  • Masih (2017) oleh Aiman Shakimi
  • Kawanku (2018) oleh Nur Nilam Sari
  • Membunuh Jiwa (2018) oleh Istoria
  • Bunga Cinta (2018) oleh Achah Saputra
  • Bisik (2019) oleh Istoria
  • Raikan Hari Raya (2019) oleh Achah Saputra, Istoria, Cempaka Sari dan Shauqi Ashad
  • Satu Hati Malaysia (2019) oleh Achah Saputra, Deera Lee, Cempaka Sari dan Shauqi Ashad
  • Sate, Sate, Sate (2019) oleh Achah Saputra
  • Satu Persatu (2020) oleh Nur Nilam Sari
  • Memori Yang Indah (2020) oleh NUiM
  • Seindah Lebaran (2020) oleh Mina Amira, NUiM, Nur Nilam Sari dan Sophiarazk
  • Mempercayaimu (2020) oleh Mina Amira
  • Nadi Malaysia (2020) oleh Deera Lee, NUiM, Aiman Azizul dan Sophiarazk
  • Aura (2021) oleh NUiM
  • Aura (2021) oleh Deera Lee
  • Kembali (2021) oleh Tina Rasid
  • Erti Aidilfitri (2021) oleh Hani Nosha, Araa Zahaz dan Aynie Syuhada
  • Kita (2021) oleh Araa Zahaz, Deera Lee dan Hani Nosha
  • Bila Mencintaimu (2021) oleh Mina Amira
  • Pedih (2021) oleh Hani Nosha

Pautan Luar

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ [VIDEO] Akui Bahagia Kahwin Awal, Mina Amira Tetap Teruskan Kerjaya Seni - boom-malaysia.com. BOOM! Malaysia. 22 Feb 2022. Dicapai pada 24 Feb 2022
  2. ^ Lawan Anxiety, bangga biarpun tewas – MIna Amira - utusan.com.my. Utusan Malaysia. 6 Mac 2022. Dicapai pada 9 Mac 2022
  3. ^ Mencabar, tetapi masih boleh diatasi – Hani Nosha - utusan.com.my. Utusan Malaysia. 27 Feb 2022. Dicapai pada 27 Feb 2022