Zostera marina adalah suatu jenis rumput laut yang hidup di pesisiran lautan sepanjang Hemisfera Utara dari kawasan subtropika hingga subpolar Amerika Utara dan Eurasia; ia tanaman laut paling luas merebak di hemisfera ini.[1] Ia boleh hidup secara bermusim mahupun sepanjang tahun.[2]

Zostera marina
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Alismatales
Genus:
Zostera
Spesies:
marina
Nama binomial
Zostera marina
Global distribution of Zostera marina

Taburan dan habitat

sunting

Ia tinggal di perairan lautan yang lebih sejuk di Atlantik Utara dan Pasifik Utara, dan di bahagian selatan yang lebih panas di kawasannya, ia mati ketika musim panas. [3] Ia tumbuh di kawasan Artik mampu bertahan selama beberapa bulan dilitupi ais setiap tahun.[4] Ia dapat ditemui di teluk, lagun, muara, di pantai dan seberapa habitat pesisir lain.

Tumbuhan ini memainkan peranan penting dalam banyak ekosistem pesisir banyak kawasan yang turut didiami banyak spesies lain:[4][5] ebagai contoh, ia menyediakan tempat lindungan untuk telur ikan hering Pasifik (Clupea pallasii)[5] serta anak muda ikan kod Atlantik (Gadus morhua). [6] Kerang biru (Mytilus edulis) cenderung melekat pada daun-daun rumput ini.[4] Alga endofit perforans Entocladia turut bergantung kepada tumbuhan ini.[7]

Botani

sunting

Tumbuhan ini jenis pembuluh berbunga yang tumbuh dari rizom menghasilkan batang panjang dengan daun hijau nipis seakan rambut berukuran hingga selebar 1.2 sm dan boleh mencapai panjang lebih dari 1.0 m. Rizom ini mencengkam pada substrat berpasir atau berlumpur dan daunnya menangkap serpihan partikulat di dalam air yang kemudian berkumpul di sekitar dasar tanaman, membangun lapisan atas dasar laut.[3]

Tumbuhan ini mempunyai dua-dua bunga jantan dan betina diasingkan dalam gugusan berbeza; perbungaan ia diukur sekitar 10 sm.[8]

Kegunaan

sunting

Rumput ini telah lama digunakan sebagai bahan membuat atap rumah di beberapa kawasan. [4] Ia telah digunakan sebagai baja dan dedak lembu di Norway selama berabad-abad. [9] Ia juga telah dikeringkan dan digunakan sebagai pemadat untuk tilam dan perabot.[9]

Masyarakat pemburu kumpul Seri di timur laut Mexico memanggang dan mengisar biji-biji rumput ini sebagai suatu bahan makanan. Terdapat juga usaha memanfaatkan rumput yang tumbuh di Teluk Cadiz, Sepanyol sebagai suatu bahan yang diibaratkan sebagai "padi laut" yang bebas gluten dan tinggi serat.[10][11]

Rujukan

sunting
  1. ^ den Hartog, C. (1970). The seagrasses of the world. Verh K Ned Ak Wet Adf North-Holland, Amsterdam 59: 1-275. – in Möller, T. Zostera marina (Linnaeus 1753), Eelgrass (Angiospermophyta). Diarkibkan Julai 17, 2011, di Wayback Machine Helsinki Commission: Baltic Marine Environment Protection Commission.
  2. ^ Bos AR; TJ Bouma; GLJ de Kort; Marieke M van Katwijk (2007). "Ecosystem engineering by annual intertidal seagrass beds: Sediment accretion and modification". Estuarine, Coastal and Shelf Science. 74 (1–2): 344–348. Bibcode:2007ECSS...74..344B. doi:10.1016/j.ecss.2007.04.006.
  3. ^ a b Flora of North America
  4. ^ a b c d Borum J., et al., (Eds.) (2004.) European seagrasses: an introduction to monitoring and management. Diarkibkan 2011-07-28 di Wayback Machine European Union: Monitoring & Managing of European Seagrasses.
  5. ^ a b Wyllie-Echeverria, S. and M. Fonseca. (2003). Eelgrass (Zostera marina L.) in San Francisco Bay, California from 1920 to the present. Diarkibkan Julai 21, 2011, di Wayback Machine NOAA National Centers for Coastal Ocean Science.
  6. ^ Hanson, A. R. (2004). Status and conservation of eelgrass (Zostera marina) in eastern Canada. Canadian Wildlife Service Technical Report Series #412.
  7. ^ UK Marine Special Areas of Conservation
  8. ^ Parnell, J. and Curtis, T. 2012. Webb's An Irish Flora. Cork University Press ISBN 978-185918-4783
  9. ^ a b Alm, T. (2003). On the uses of Zostera marina, mainly in Norway. Economic Botany 57:4 640-45.
  10. ^ Goulding, Matt. "Inside a Michelin-Starred Chef's Revolutionary Quest to Harvest Rice From the Sea". Time. Dicapai pada 7 Februari 2021.
  11. ^ Ashifa Kassam. "The rice of the sea: how a tiny grain could change the way humanity eats". The Guardian. Dicapai pada 9 Mac 2021.

Pautan luar

sunting