Zombie (lagu The Cranberries)

"Zombie" ialah sebuah lagu protes oleh kumpulan rock alternatif Ireland, The Cranberries. Ia ditulis oleh penyanyi utama, Dolores O'Riordan, dan berkisarkan mangsa muda pengeboman di Warrington, England semasa The Troubles di Ireland Utara. Lagu ini dikeluarkan pada 19 September 1994 oleh Island Records sebagai single utama dari album studio kedua Cranberries, No Need to Argue (1994). Pengkritik telah menyifatkan "Zombie" sebagai "karya agung rock alternatif", dengan gitar herot gaya grunge dan vokal yang menjerit tidak seperti karya lain kumpulan itu.

"Zombie"
Single oleh The Cranberries
daripada album No Need to Argue
BahasaBahasa Inggeris Sunting nilai ini di Wikidata
Sisi B
  • "Away"
  • "I Don't Need"
Dilancarkan19 September 1994 (1994-09-19)
Dirakamkan1994
Studio
Genre
Panjang
  • 5:06
SyarikatIsland
PenulisDolores O'Riordan
PenggubahDolores O'Riordan Sunting nilai ini di Wikidata
Penulis seni kataDolores O'Riordan Sunting nilai ini di Wikidata
PenerbitStephen Street
Kronologi single The Cranberries
"Linger"
(1993)
"Zombie"
(1994)
"Ode to My Family"
(1994)
"Zombie" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Walaupun Ireland bimbang untuk mengeluarkan lagu berunsur politik sebagai single, "Zombie" mencapai No. 1 dalam carta Australia, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman dan Iceland. Lagu itu tidak memasuki carta Billboard Hot 100 AS, tetapi ia mencapai No. 1 dalam carta Alternative Airplay Billboard. Pendengar stesen radio Australia Triple J mengundinya hingga memperoleh No. 1 dalam carta 1994 Triple J Hottest 100, dan memenangi Anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Muzik Eropah MTV 1995. Video muzik itu diarahkan oleh Samuel Bayer, dan menampilkan O'Riordan dilitupi emas, dan rakaman Belfast yang dilanda perang. Pada April 2020, ia menjadi lagu pertama kumpulan Ireland yang melepasi satu bilion tontonan di YouTube.

The Cranberries menyatakan bahawa "Zombie" mendapat respons yang kuat daripada penonton. Selepas kematian O'Riordan pada 2018, ia menjadi lagu kebangsaan stadium Ireland, pertama untuk pasukan dari kampung halaman Cranberries di Limerick, dan kemudian bagi pasukan kesatuan ragbi kebangsaan Ireland sejak Piala Dunia Ragbi 2023. Kugiran ini merakam versi akustik di MTV Unplugged dan album 2017 Something Else. "Zombie" telah diulang nyanyi oleh banyak artis; O'Riordan telah merancang untuk menyumbang vokal kepada versi oleh band Amerika Bad Wolves yang dikeluarkan beberapa hari selepas kematiannya.

Latar belakang dan gubahan

sunting

The Troubles ialah konflik di Ireland Utara dari akhir 1960-an hingga 1998.[1][2][3] Tentera Republikan Ireland Sementara (IRA), sebuah organisasi separa tentera republikan Ireland melancarkan kempen bersenjata untuk menamatkan pemerintahan British di Ireland Utara dan menyatukan wilayah itu dengan Republik Ireland. Pasukan separa tentera Republikan dan Unionist membunuh lebih daripada 3,500 orang, kebanyakannya daripada beribu-ribu serangan bom.[4][5] Salah satu pengeboman berlaku pada 30 Mac 1993, apabila dua alat letupan buatan IRA yang disembunyikan di dalam tong sampah telah diletupkan di jalan membeli-belah di Warrington, England. Dua orang; Johnathan Ball, berumur 3 tahun, dan Tim Parry, berumur 12 tahun, terbunuh dalam serangan itu, manakala 56 orang cedera.[6] Ball meninggal dunia di tempat kejadian pengeboman akibat kecederaannya akibat serpihan, dan lima hari kemudian, Parry kehilangan nyawanya di hospital akibat kecederaan kepala.[7] O'Riordan memutuskan untuk menulis lagu yang mencerminkan peristiwa itu dan kematian kanak-kanak selepas melawat bandar:

Ada banyak bom letup di London, dan saya ingat ada satu masa, ada anak terbunuh masa ada bom dalam tong sampah – itu sebab ada baris lagu 'A child is slowly taken' ("seorang budak diragut perlahan"). [... ] masa itu kita dalam bas jelajah dan lalu dekat tempat (kejadian) sana, jadi memang masuk dalam – saya agak muda masa itu, tapi ingat lagi remuk hati terfikir pasal budak tak bersalah terheret dalam benda itu. Rasanya itu sebab saya kata, 'It's not me' ("itu bukan aku") – walaupun saya sendiri orang Ireland tapi itu bukan saya, bukan sebab saya. Sebab saya orang Ireland, memang agak masuk dalam, lebih-lebih lagi masa saya di UK, sangat tegang.

— Dolores O'Riordan pada 2017 berkenaan penulisan "Zombie".[8]

O'Riordan menyatakan lagu itu datang kepadanya "secara tidak sedar" ketika jelajah England kugirannya pada tahun 1993,[9] menulis kord teras pada gitar akustiknya. Sebaik sahaja O'Riordan kembali ke kampung halamannya di Limerick lalu kembali ke apartmennya selepas keluar malam,[10] beliau memainkan kord tersebut, dan mula membina sebuah lagu berkenannya, dengan cepat "menghasilkan korus, yang menarik perhatian dan kuat",[11] dan tidak lama kemudian beralih ke bait-baitnya. O'Riordan mengambil idea lagu itu yang asalnya bertajuk "In Your Head" ke dalam bangsal latihan kecil Cranberries di Mungret.[12] Memandangkan beliau bermain gitar akustik, kumpulan lain pada mulanya mengikutinya seperti yang dikatakan oleh pemain gitar Noel Hogan, "suatu pop indie yang manis" yang ditampilkan oleh kumpulan itu dalam lagu mereka yang lain, sebelum O'Riordan memutuskan bahawa itu bukan yang diingininya,[13] lalu mengambil gitar elektrik dan menyatakan bahawa "ia perlu berat kerana ia (berunsur) amarah". Pemain dram Fergal Lawler teringat bahawa biasanya di dalam bilik kecil itu, "anda cuba merendahkannya kerana anda tidak mahu memekakkan sesiapa pun", tetapi O'Riordan memainkannya dengan kuat dan "kami tidak dapat mendengar liriknya kerana dia sedang menyanyi melalui gitarnya", dan penyanyi itu bertegas bahawa beliau mahukan lebih banyak pedal herotan pada gitar, dan meminta lebih kekuatan daripada biasa dalam bermain dram.[14][12]

Pengeluaran dan pelepasan

sunting

Tidak lama selepas "Zombie" disiapkan, kumpulan itu membawanya ke dalam senarai set mereka, dengan Lawler menyatakan bahawa lagu itu dimainkan secara langsung selama setahun penuh sebelum dirakam, dan penonton menjawab dengan penuh semangat.[15][16] Lagu ini dirakam dan diadun di The Manor Studio di Oxford dan di Townhouse Studios di London pada tahun 1994 dengan penerbit Stephen Street. Mereka menghabiskan masa yang lama untuk mendapatkan talaan gitar yang betul untuk memberikan bunyi luas yang sesuai, dengan O'Riordan menyatakan "bunyi itu datang secara organik, kerana kami menggunakan instrumen langsung kami, kami banyak memasangkan, dan kami mula bermain-main dengan maklum balas dan herotan."[11] Hogan menyumbangkan gitar irama untuk memberikan tekstur di bawah riff O'Riordan.[17] Lagu itu mewakili pemergian radikal daripada bunyi berdasarkan sebahagian besarnya pada gitar jangly dan rentetan yang dipamerkan oleh kumpulan itu pada album sulung Everybody Else Is Doing It, So Why Can't We?.[10][18] Hogan menyatakan bahawa "Zombie" membuat kumpulan itu sedar "bahawa anda sebenarnya boleh menjadi berat dan masih mempunyai melodi", menandakan titik perubahan dalam gaya gubahan dan persembahan secara langsung mereka.[13]

Mengetahui potensi lagu itu, Cranberry mahu "Zombie" menjadi single utama sebelum melancarkan album No Need to Argue.[15] Bekas pengurus Allen Kovac menyatakan bahawa Island Records menggesa mereka untuk tidak mengeluarkan lagu "desakan politik" sebagai single, dan bahawa O'Riordan telah merobek satu cek $1 juta daripada label yang menawarkannya untuk mengerjakan lagu lain.[19] "Dolores ialah seorang yang sangat kecil, rapuh, tetapi sangat berpendirian," kata Kovac. "Kepercayaannya ialah dia seorang artis antarabangsa, dan dia mahu memecahkan seluruh dunia, dan 'Zombie' adalah sebahagian daripada evolusi itu. Dia merasakan keperluan untuk berkembang melebihi 'Saya sayang awak, awak sayang saya' dan menulis tentang apa yang berlaku di Ireland pada masa itu", katanya.[19] Island Records dan pengurusan juga mendakwa bahawa lagu itu "terlalu kontroversi, anda mungkin tidak akan dimainkan di radio".[12][16] Hogan menambah bahawa label itu tidak menjangkakan single utama berbunyi berbeza daripada keluaran kumpulan itu "sebaliknya keluar dengan satu lagi 'Linger' atau 'Dreams'."[13] Lawler teringat semula beliau berhujah dengan label rakaman bahawa sepanjang tahun band itu memainkan "Zombie" dalam konsert, "bagi satu lagu baharu tidak pernah didengari pengunjung sebelum ini, mereka benar-benar bertindak balas terhadapnya",[16] yang merupakan "tanda bahawa ia adalah lagu yang menarik.[13] Lama kelamaan, "kami menolak dan menolak, dan akhirnya mereka memutuskan untuk melancarkannya," katanya.[16] Ketika single "Zombie" dikeluarkan pada 19 September 1994,[20] juga sebagai album induknya No Need to Argue pada bulan berikutnya, dengan video muzik yang mengiringi lagu itu dalam putaran berat di MTV, Cranberries memperoleh kemasyhuran antarabangsa dengan cepat.[21][22] Tidak lama selepas lagu dan video itu keluar, ideologi kepercayaan muncul di hadapan akhbar tempatan yang mengkritik O'Riordan kerana "menulis tentang The Troubles";[12] berkenaan komen ini, beliau "tahu itu akan menjadi sudut lagu itu, kerana ia memang berkontroversi."[23] Menilai impak budaya lagu mereka, Hogan menjawab: "Oleh kerana lagu ini, orang menyangka kami ialah kumpulan politik.... Jauh sekali. Dolores sentiasa menulis dari hati".[12] O'Riordan kemudiannya akan menyatakan, "Jika saya berfikir sesuatu, saya perlu mengatakannya, dan saya benar-benar tidak peduli apa yang orang fikirkan, anda tahu?".[24] Andrew Limbong dari NPR, berkata selepas kematian O'Riordan pada 2018 bahawa "walaupun ia merupakan lagu politik, ia tidak semestinya politik yang diminatinya untuk menulisnya".[24][25] O'Riordan berkata, "Saya tidak dapat menerima kanak-kanak yang disembelih dalam tangan keganasan politik", dan berharap bahawa "ia mungkin membuat orang merenung sedikit tentang masyarakat kita, dan apa sudah jadi dengan kita."[26]

Muzik dan lirik

sunting

"Zombie" telah dicirikan oleh pengulas sebagai rock alternatif[27][28] dan grunge.[29][30] O'Riordan kemudiannya berkata bahawa lagu itu bukanlah usaha bersepadu untuk menunggang pergerakan grunge, tetapi beliau menyatakan bahawa "ini bukan grunge, tetapi pemasaannya adalah baik", sambil menambah, bahawa "kita hanyalah jenis kugiran yang berbeza... dan kami mempunyai banyak idea kami sendiri".[10][23] Hogan menyatakan dalam wawancara Rolling Stone bahawa Cranberry telah diterima terlebih dahulu oleh "khalayak [grunge] yang sama".[18] O'Riordan bertanggungjawab dalam bunyiannya yang lebih kuat[16] yang merupakan ungkapan rasa muzik lazimnyanya kerana beliau akan berkata kemudian "kami mendapatnya daripada sistem kami... semua kemarahan itu daripada sistem kami".[23] Membincangkan pendekatan muzik dalam lagu itu dan keperluan bunyi yang lebih kuat, Hogan menjelaskan dalam wawancara 2012 dengan FaceCulture Amsterdam bahawa "bunyi yang lebih berat adalah perkara yang tepat untuk lagu itu. Jika ia lembut, ia tidak akan mempunyai mempunyai kesan itu. Ia akan menonjol dalam set langsung oleh kerana itu."[11] Secara utamanya tersinggung kerana para pengganas mendakwa telah melakukan perbuatan ini atas nama Ireland,[11] O'Riordan menegaskan: "IRA bukan saya. Saya bukan IRA. Cranberry bukan IRA. Keluarga saya bukan IRA. Apabila lagu berkata, 'It's not me, it's not my family' ("itu bukan aku, juga keluarga aku"), itulah yang saya katakan pada masa lalu."[25][31] Pada masa itu, O'Riordan menerima kritikan oleh kerana "lirik keras 'Zombie'"; beliau bagaimanapun menegaskan bahawa lagu itu ditulis dari sudut kemanusiaan.[11] Ibu O'Riordan, Eileen telah menyatakan, "Ia tidak ditulis sebagai lagu politik tetapi sebagai lagu antikeganasan serta antiperang."[32]

O'Riordan tidak pernah mendedahkan asal usul rujukan "zombie" dalam lirik, konsep yang mengakui tafsiran peribadi maknanya. [23] Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pendapat di kalangan penulis mengenai perkara ini. Menulis untuk The Telegraph, Ed Power merumuskan hipotesisnya sendiri, dengan mengatakan bahawa perkataan Zombie ialah "ulasan tentang bagaimana pegangan kepada prasangka berabad secara membuta tuli boleh mengurangkan keupayaan [seseorang] untuk berfikir bebas".[23] Penulis Culture Trip Graham Fuller mengulas bahawa metafora itu mungkin "menghidupkan semula kanak-kanak di mana kematiannya memberi inspirasi kepada O'Riordan untuk menulisnya".[17] Sonia Saraiya, pengkritik muzik dan TV dari Miami Herald dan Chicago Tribune, mempunyai pandangan yang berbeza, mengatakan bahawa Zombie bukanlah kanak-kanak yang mati, tetapi "kanak-kanak terbunuh yang mengisi fikiran anda; mayat yang anda lihat dalam imej yang awak tak boleh lupa."[33]

Prestasi komersial

sunting

"Zombie" mendahului carta di banyak negara.[14][34] Pada 29 Oktober 1994, lagu itu memperoleh No. 1 dalam carta Airplay Alternatif Billboard AS, dam menghabiskan 23 minggu di carta itu. Pada tahun 1994, "Zombie" menjadi "lagu yang paling banyak dimainkan di radio alternatif dalam sejarah Amerika", seperti yang disebut dalam Los Angeles Times dan dalam buku Kenneth L. Campbell, Ireland's History – Prehistory to the Present.[26][35] Wartawan Junkee Jules LeFevre mengimbas kembali bahawa penonton Australia "terutama dicengkam oleh lagu itu", dengan pendengar Triple J mengundi "Zombie" sebagai lagu No. 1 dalam carta Triple J Hottest 100 1994,[34] mencatat sejarah buat pertama kalinya seorang vokalis wanita memenangi Triple J Hottest 100.[34] Pada 18 Disember 1994, lagu itu mencapai No. 1 pada Carta Single ARIA, di mana ia kekal selama tujuh minggu berturut-turut. Single itu memuncak di kedudukan pertama dan menghabiskan 28 minggu dalam Carta Rasmi Jerman. Pada 25 Disember 1994, single itu pertama kali muncul di kedudukan No. 27 dalam Ö3 Austria Top 40, dan naik ke No. 2, di mana ia kekal selama lapan minggu. "Zombie" muncul dalam SNEP Top 100 Perancis di No. 4 pada 25 Februari 1995. Pada minggu berikutnya, single itu naik ke kedudukan teratas; ia menghabiskan sembilan minggu berturut-turut di sana, dan sejumlah 42 minggu di carta single. Lagu itu mencapai No. 14 pada Carta Single UK.[31]

Island Records menolak prospek untuk mengeluarkan "Zombie" sebagai single di pasaran AS, dengan menyatakan mereka tidak mahu melawan dengan etos asal kumpulan itu. Pengkritik muzik Jon Bream dari Star Tribune menghuraikan secara ringkas analisis label itu: "Bagi kumpulan itu, ini merupakan soal kredibiliti". Bream seterusnya menyatakan bahawa Island Records "semata-mata tidak mahu industri menaip Cranberry sebagai kugiran Top 40". Selepas melancarkan lagu itu kemudian pada tahun itu, Cranberries mengesahkan identiti alternatif mereka, dengan mengatakan bahawa mereka "tidak mahu dianggap hanya sebagai kumpulan pop". Pemain dram Fergal Lawler berkata, "apabila anda boleh pergi ke gaya alternatif yang sangat melampau sehingga tiada siapa yang ingin beli rekod anda. Nasib baik, kami berada di tengah-tengah. Kami adalah gabungan pop, rock dan alternatif, rasanya."[26]

Selepas penyanyi utama Cranberries, O'Riordan meninggal dunia pada Januari 2018, "Zombie" menduduki tempat ke-13 di Carta UK Singles Download.[36]

Pada tahun 2023, lagu itu menyaksikan lonjakan jualan di UK dan Ireland semasa Piala Dunia Ragbi 2023; lagu itu dimainkan di pembesar suara selepas setiap kali pasukan Ireland menjaringkan gol.[37] "Zombie" memuncak pada nombor 11 dalam carta UK Singles Downloads ketika ini.[38]

Rujukan

sunting
  1. ^ McEvoy, Joanne (2008). The politics of Northern Ireland. Edinburgh: Edinburgh University Press. m/s. 1. ISBN 978-0-7486-2501-7. OCLC 232570935. The Northern Ireland conflict, known locally as 'the Troubles', endured for three decades and claimed the lives of more than 3,500 people.
  2. ^ IBP Usa (2011). EU Counter Terrorism Strategy, Programs and Activities – Strategic Information and Materials. 1. Washington, DC: International Business Publications. m/s. 43–59. ISBN 978-1-438-73813-0. Dicapai pada 5 November 2020. Provisional Irish Republican Army (IRA) | Strength: ~10,000 over 30 years
  3. ^ Morrison, John; Gill, Paul (2018). 100 Years of Irish Republican Violence: 1916-2016 (ed. John F. Morrison and Paul Gill). Routledge. ISBN 978-1-1382-1488-0.
  4. ^ Taulbee, James Larry (2017). Genocide, Mass Atrocity, and War Crimes in Modern History: Blood and Conscience (2 volumes). Atlanta: ABC-Clio. m/s. 165. ISBN 978-1-4408-2985-7.
  5. ^ Messenger, Charles (1985). Gallery Books (penyunting). Northern Ireland : the troubles. New York: Gallery Books. m/s. 124–142. ISBN 978-0-831-76444-9. OCLC 1036761896.
  6. ^ Darnton, John (26 March 1993). "Rage at IRA Grows in England As Second Boy Dies From a Bomb". The New York Times. m/s. 10. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 8 November 2020.
  7. ^ English, Richard (2008). Armed Struggle: The History of the IRA. Queen's University Belfast: Macmillan Publishers. m/s. 279. ISBN 978-1405-00108-3.
  8. ^ Linderman, James (19 September 2019). "The band's yodelling frontwoman Dolores O'Riordan wrote the song's uncompromising lyric and recorded an impassioned vocal to match". Songwriting Magazine. ISBN 978-1-9100-8961-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 January 2020. Dicapai pada 1 February 2020.
  9. ^ Rosenthal, Nicole (20 July 2020). "The Cranberries Zombie". Grunge.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2020. Dicapai pada 31 October 2020.
  10. ^ a b c Johnston, Emma (2 November 2017). "The Story Behind The Song: The Cranberries – Zombie". Loudersound. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 February 2020. Dicapai pada 1 February 2020.
  11. ^ a b c d e Peacock, Tim (18 April 2020). "'Zombie': The Story Behind The Cranberries' Deathless Classic". uDiscoverMusic. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 October 2020. Dicapai pada 31 October 2020.
  12. ^ a b c d e Barter, Pavel (13 October 2019). "Zombie's billionth viewing to resurrect Cranberries videos". The Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2020. Dicapai pada 12 November 2020.
  13. ^ a b c d Chiu, David (20 November 2020). "The Cranberries Revisit Their Hit Album 'No Need To Argue' And The Legacy Of 'Zombie'". Forbes. Dicapai pada 2 April 2024.
  14. ^ a b Peacock, Tim (19 September 2020). ""We Were Young And Fearless": Fergal Lawler On The Cranberries' 'No Need To Argue'". uDiscoverMusic. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 November 2020. Dicapai pada 1 November 2020.
  15. ^ a b Blistein, Jon (3 October 2019). "Watch The Cranberries Tear Through Early Version of 'Zombie'". Rolling Stone. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2020. Dicapai pada 9 November 2020.
  16. ^ a b c d e Conner, Matt (13 November 2020). "The Cranberries". Analogue Music. Indianapolis. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2020. Dicapai pada 14 November 2020.
  17. ^ a b Fuller, Graham (23 January 2018). ""Zombie" Was Dolores O'Riordan's Finest and Fiercest Moment". Culture Trip. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 October 2020. Dicapai pada 30 October 2020. Noel Hogan plays mostly rhythm guitar on the song, building the eerie, grungy soundscape, and it is O'Riordan who punches out the riffs
  18. ^ a b Bienstock, Richard (9 October 2018). "The Cranberries on Their Surprise Hit Debut and Final Album With Dolores O'Riordan". Rolling Stone. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2020. Dicapai pada 31 October 2020.
  19. ^ a b Browne, David (23 January 2018). "Dolores O'Riordan: Inside Cranberries Singer's Final Days". Rolling Stone. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 May 2020. Dicapai pada 17 February 2019.
  20. ^ "Single Releases" (PDF). Music Week. 17 September 1994. m/s. 27. Dicapai pada 24 June 2021.
  21. ^ Gulla, Bob (2005). The Greenwood Encyclopedia of Rock History – The grunge and post-grunge years, 1991–2005. 6. Connecticut: Greenwood Publishing Group. m/s. 96. ISBN 978-0-313-32981-4.
  22. ^ Mullally, Una (16 January 2018). "The Memories in Dolores O'Riordan's Fierce, Fragile Voice". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 January 2018. Dicapai pada 1 November 2020.
  23. ^ a b c d e Power, Ed (18 April 2020). "When Dolores O'Riordan dropped a bomb: the inside story of The Cranberries' incendiary hit Zombie". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 February 2020. Dicapai pada 8 November 2020.
  24. ^ a b Limbong, Andrew (16 January 2018). "Dolores O'Riordan, Cranberries Lead Singer, Dies At 46". NPR. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2020. Dicapai pada 12 November 2020.
  25. ^ a b Mueller, Andrew (November 1994). "Dolores' prayer – Eire and Graces". Vox. No. 50. UK: IPC Media. m/s. 72.
  26. ^ a b c Bream, Jon (27 November 1994). "Red, Round and Ripe : Ireland's hot Cranberries are back in the States on tour". Los Angeles Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2020. Dicapai pada 16 November 2020.
  27. ^ William, Spevack (11 February 2018). "The Cranberries' Top 10 Hardest Rockers". Alternative Nation. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 October 2020. Dicapai pada 30 October 2020. 1.Zombie – Immensely popular as an all time great alternative rock track
  28. ^ "The Ultimate Nineties Alt-Rock Playlist". The Atlantic. 21 May 2007. Dicapai pada 7 October 2019.
  29. ^ Childers, Elena (16 January 2018). "The Cranberries Brought Vocal Range to Gritty Grunge". BTRtoday. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 October 2020. Dicapai pada 30 October 2020.
  30. ^ Strong, Martin Charles (1998). The Great Rock Discography (ed. 1st). University of Michigan: Crown. m/s. 169. ISBN 978-0-8129-3111-2.
  31. ^ a b Savage, Mark (16 January 2016). "The tragedy that inspired Zombie – The Cranberries". BBC (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 February 2020. Dicapai pada 25 January 2020.
  32. ^ "'Zombie is anti-violence song' - Dolores O'Riordan's mother says amid rugby controversy". Mayo News. Dicapai pada 8 October 2023.
  33. ^ Saraiya, Sonia (18 January 2018). "Dolores O'Riordan, 'Zombie' and the Pains of Being Pure at Heart". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2020. Dicapai pada 4 March 2020.
  34. ^ a b c LeFevre, Jules (16 January 2018). "The Cranberries' Dolores O'Riordan Was The First Female Vocalist To Win The Hottest 100". Junkee. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 October 2020. Dicapai pada 30 October 2020.
  35. ^ L. Campbell, Kenneth (2013). Ireland's History – Prehistory to the Present. 1. Monmouth University: Bloomsbury Publishing. m/s. 344. ISBN 978-1-472-56782-6. Dicapai pada 5 April 2021. In 1994, The Cranberries' song 'Zombie' was the most played song on alternative radio in the United States, even though it was not released there as a single
  36. ^ "Official Singles Downloads Chart". Official Charts. 19 January 2018. Dicapai pada 1 November 2023.
  37. ^ Carroll, Rory (13 October 2023). "Ireland's embrace of Zombie song at Rugby World Cup stirs debate over lyrics". The Guardian. Dicapai pada 1 November 2023.
  38. ^ "Official Singles Downloads Chart 29 September 2023". Official Charts. Dicapai pada 1 November 2023.

Bacaan lanjut

sunting