Zhulkarnain Abdul Rahim

Zhulkarnain bin Abdul Rahim ( Jawi: ذو القرنين عبدالرحيم; lahir 1980) ialah seorang ahli politik dan peguam Singapura. Beliau ialah anggota parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan menjadi Ahli Parlimen (AP) mewakili bahagian Keat Hong dalam GRC Chua Chu Kang sejak 2020.

Yang Berhormat
Zhulkarnain bin Abdul Rahim
ذو القرنين عبدالرحيم
Zhulkarnain in 2021
Ahli Parlimen Singapura
bagi GRC Chua Chu Kang
(Keat Hong)
Menyandang jawatan
10 Julai 2020
Didahului olehZaqy Mohamad (PAP)
Majoriti17,520 (17.28%)
Maklumat peribadi
Lahir23 November 1980 (umur 44)[1]
Singapura
Parti politikParti Tindakan Rakyat
Anak4
Tempat belajarUniversiti Nasional Singapura (LLB)
Universiti Pengurusan Singapura (LLM)
Pekerjaan
  • Ahli politik
  • peguam

Kehidupan awal dan pendidikan

sunting

Zhulkarnain dibesarkan dengan lima adik beradik sementara bapanya adalah satu-satunya pencari nafkah keluarga. [2]

Beliau lulus dari Universiti Nasional Singapura dengan ijazah sarjana muda undang-undang pada 2005 dan seterusnya menamatkan ijazah sarjana undang-undang dalam undang-undang dan kewangan Islam pada 2013 di Universiti Pengurusan Singapura . [3]

Kerjaya

sunting

Zhulkarnain ialah rakan kongsi di Dentons Rodyk dan Davidson.[4] Beliau telah dinamakan dalam Senarai ALB 40 Bawah 40 pada 2016 oleh Asian Legal Business (ALB) sebagai pelapis peguam paling cemerlang di rantau ini dan finalis yang disenarai pendek dalam kategori Peguam Muda Terbaik Tahun 2017 bagi Anugerah Undang-undang Asia Tenggara ALB. Pada 2017, beliau memenangi Anugerah JCI Singapura: Sepuluh Orang Muda Cemerlang Dunia dalam kategori Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Pemerintahan. [5]

Politik

sunting

Zhulkarnain telah dicalonkan pada pilihan raya umum 2020 untuk bertanding di GRC Chua Chu Kang atas tiket Parti Tindakan Rakyat (PAP) menentang Parti Kemajuan Singapura.[6] Rakan-rakan gandingan Zhulkarnain ialah Gan Kim Yong, Low Yen Ling, Don Wee. [6] Pada 11 Julai 2020, Zhulkarnain telah diisytiharkan sebagai Ahli Parlimen yang dipilih mewakili GRC Chua Chu Kang di Parlimen ke-14 selepas pasukan PAP di GRC Chua Chu Kang memperoleh 58.64% undi sah. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-undang di Parlimen. [7] Pada 1 Julai 2024, Zhulkarnain mengambil alih jawatan Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Kerajaan (GPC) Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-undang daripada Murali Pillai yang menjadi Menteri Negara pada hari yang sama.[8] Zhulkarnain dilantik sebagai Naib Pengerusi Majlis Perbandaran Chua Chu Kang (CCKTC) sejak 2020.

Rujukan

sunting
  1. ^ "MP | Parliament of Singapore".
  2. ^ "GE2020: PAP's new candidates for Chua Chu Kang GRC come from 'less represented' backgrounds, say their pasts don't define them". TODAYonline. Dicapai pada 11 July 2020.
  3. ^ "SMU alumni among 93 MPs sworn into 14th Parliament of Singapore". SMU Newsroom (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 28 August 2020.
  4. ^ hermesauto (25 June 2020). "Singapore GE2020: PAP introduces most senior crop of election candidates so far, including former IMDA chief". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 July 2020.
  5. ^ "Zhulkarnain Abdul Rahim". dentons.rodyk.com. Dicapai pada 28 August 2020.
  6. ^ a b "GE2020: Chua Chu Kang GRC's PAP team to face challenge from PSP". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 July 2020.
  7. ^ hermesauto (11 July 2020). "GE2020 official results: PAP team wins with 58.6% of votes in Chua Chu Kang GRC". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 July 2020.
  8. ^ "Zhulkarnain Abdul Rahim to chair the Government Parliamentary Committee for Home Affairs and Law". People's Action Party. 1 July 2024.
Parlimen Singapura
Didahului oleh
Zaqy Mohamad
Ahli Parlimen bagi
GRC Chua Chu Kang (Keat Hong)

2020 – kini
Pemegang jawatan kini

Templat:14th Parliament of Singapore