Zaskia Adya Mecca (lahir 8 September 1987) merupakan seorang pelakon wanita Indonesia. Beliau memiliki darah campuran iaitu Minangkabau, Sunda, Jerman dan Aceh. Beliau dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Sinetron Terbaik dalam Piala Vidya di Indonesia. Zaskia merupakan seorang mahasiswa dari Fakulti Psikologi Universiti Paramadina.

Zaskia Adya Mecca
Kelahiran (1987-09-08) 8 September 1987 (umur 37)
WarganegaraIndonesia
PendidikanPsikologi
Pusat pendidikanUniversiti Paramadina
Pekerjaan
Tahun aktif2001–kini
Ketinggian165 cm (5 ka 5 in)
PasanganHanung Bramantyo (k. 2009)
Anak-anakKana Sybilla Bramantyo (lahir 2010)
Kala Madali Bramantyo (lahir 2013)
Bhai Kaba Bramantyo (lahir 2016)
Ibu bapaEka Dewanta Insan Kamil
Rafida Kamil
Saudara
  • Tasya Nur Medina (kakak)
  • Tania Ray Mina (kakak)
  • Haykal Kamil (abang)
  • Marsha Natika (kakak)
  • Rifqa Malsyita (adik)
  • Alwin Kamil (adik)

Penampilan Zaskia yang berpakaian sopan telah menjadikannya dipilih sebagai ikon dalam satu kempen di Makasar, Indonesia.

Kerjaya

sunting

Zaskia memulakan kerjaya sebagai model, memenangi tempat kedua dalam Model Kawanku pada tahun 2001. Beliau kemudiannya ditawarkan peranan sokongan dalam opera sabun Senandung Masa Puber dan Cinta SMU.

Zaskia membintangi opera sabun Kiamat Sudah Dekat, yang diarahkan oleh Deddy Mizwar. Beliau juga telah muncul dalam Lorong Waktu, Munajah Cinta, Aqso dan Madina, Dibalik Jilbab Zaskia dan Para Pencari Tuhan, Musim 1-6.

Pada akhir Disember 2006, Zaskia membintangi filem televisyen di TVRI bertajuk Ibunda, yang diarahkan oleh Rudi Imam. Pada tahun 2007, beliau muncul dalam filem-filem agama Kun Fayakuun dan Ayat-Ayat Cinta, berdasarkan novel dengan nama yang sama oleh Habiburrahman El Shirazy. Beliau juga telah muncul dalam Doa Yang Mengancam dan Sang Pencerah.

Kehidupan peribadi

sunting

Zaskia berkahwin dengan pengarah filem Indonesia, Hanung Bramantyo pada 14 September 2009.[1] Pasangan ini mempunyai tiga cahaya mata.[2]

Filemografi

sunting

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Catatan Rangkaian
2002 Bidadari 2 Peranan pembantu RCTI
2002 Cinta SMU Farida Peranan pembantu Indosiar
2003–2004 Senandung Masa Puber Peranan pembantu Trans TV
2005–2007 Kiamat Sudah Dekat Sarah Peranan utama SCTV
2005–2006 Habibi dan Habibah RCTI
2006 Kubersimpuh Pada-Mu Episod: "Jangan Ambil Nyawaku" Astro Aruna
2006 Lorong Waktu 6 Sabrina Peranan pembantu SCTV
2007 Para Pencari Tuhan Aya Peranan pembantu SCTV
2008 Para Pencari Tuhan 2 Aya Peranan pembantu SCTV
2008 Munajah Cinta Maemunnah/Mae Peranan utama RCTI
2008 Aqso dan Madina Irene Peranan pembantu RCTI
2009 Para Pencari Tuhan 3 Aya Peranan pembantu SCTV
2009 Dibalik Jilbab Zaskia Zaskia Peranan utama Indosiar
2010 Para Pencari Tuhan 4 Aya Peranan pembantu SCTV
2011 Para Pencari Tuhan 5 Aya Peranan pembantu SCTV
2012 Para Pencari Tuhan 6 Aya Peranan pembantu SCTV
Tahun Tajuk Peranan Catatan
2007 Ayat-Ayat Cinta Noura Bahadur Watak pembantu
2008 Kun Fayakuun Isteri Kameo
2008 Doa Yang Mengancam Nurse Irene Watak pembantu
2010 Menembus Impian Eva Watak pembantu
2010 Sang Pencerah Siti Walidah Watak utama
2014 Panik
2015 Hijab Sari Watak utama
2015 Youtubers Watak pembantu
2015 Cinta Paling Agung Dewi Watak pembantu
2015 Surga yang Tak Dirindukan Sita Watak pembantu

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2011 SCTV Awards Famous Supporting Actress Para Pencari Tuhan 5 Menang
2014 Yahoo! Celebrity Awards Most Fashionable Hijaber Zaskia Adya Mecca Tercalon
Zalora Iconic Moslem Celebrities Menang
2015 Infotainment Awards Most Fashionable Hijaber Celebrity Menang
Mom & Kids Awards Favorite Social Media Baby Sybilla (Zaskia Adya Mecca) Tercalon
Favorite Mom & Kids Zaskia Adya Mecca & Sybilla Tercalon
2016 Infotainment Awards Most Fashionable Hijaber Celebrity Zaskia Adya Mecca Menang
Socmed Awards Celeb Gram Hijabers Tercalon

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting