Zamil bin Ibrahim (Jawi: زاميل بن إبراهيم), atau lebih dikenali sebagai Zamil BPH,[nota 1] merupakan ahli politik dan ahli perniagaan yang merupakan bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA). Beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai khas kepada Najib Razak. Beliau juga merupakan penyokong kuat kepada bekas perdana menteri, Najib Razak.

Zamil Ibrahim
زاميل إبراهيم
Presiden
Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA)
Maklumat peribadi
Lahir
Zamil bin Ibrahim

Kedah, Malaysia
Parti politikPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA)
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
PekerjaanAhli politik, Ahli perniagaan
Nama panggilanZamil BPH[nota 1]

Kerjaya politik

sunting

Pilihan raya negeri 2013

sunting

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, Zamil telah menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Sidam sebagai calon bebas. Beliau telah menambah bahawa "beliau yakin dapat memberikan saingan sebagai 'kuasa ketiga' dalam sistem politik di negara ini terutama bagi memberi pilihan yang terbaik kepada rakyat untuk menentukan pemimpin mereka."[1]

Walaupun begitu, Zamil telah tewas dalam perlawanan enam penjuru dalam pilihan raya tersebut. Calon Pakatan Rakyat (PR)–Parti Keadilan Rakyat (PKR), Robert Ling Kui Ee berjaya meraih 13,189 undi dengan majoriti 5,964 undi, menewaskan calon-calon lainnya, iaitu Bee Sieong Heng dengan 7,225 undi, Zamil Ibrahim dengan 347 undi, Ooi Beng Kooi dengan 268 undi dan Uh Chorng Von dengan 42 undi.

Kontroversi dan isu

sunting

Ditahan SPRM atas tuduhan peras ugut

sunting

Pada November 2024, Zamil ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan memeras ugut dan meminta suapan sebanyak RM20,000 daripada seorang mudir yang menguruskan sebuah maahad tahfiz di Kedah.[2][3] Beliau ditahan di Masjid Bidong, Gurun, Kedah ketika mahu mengambil wang sebanyak RM20,000 daripada mudir maahad tahfiz berkenaan dan dibawa oleh SPRM ke mahkamah Alor Setar untuk proses reman.

Pada hari sebelumnya, Zamil yang membuat laporan polis ke atas maahad tahfiz berkenaan yang didakwa menyeleweng dan meminta sejumlah wang dengan pihak berkenaan untuk membolehkannya menarik balik laporan polis berkenaan. Bagaimanapun, Zamil ditahan semalam ketika mahu mengambil wang pendahuluan daripada mudir pusat tahfiz terbabit sebanyak RM20,000.

Zamil selepas dilepaskan SPRM telah menyangkal pertuduhan tersebut dan membuat laporan polis bagi membersihkan namanya.[4]

Keputusan pilihan raya

sunting
Dewan Undangan Negeri Kedah[5][6]
Tahun Kawasan Calon Undi Per Lawan Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun undi
2013 N29 Sidam Zamil Ibrahim (Bebas) 347 1.63% Robert Ling Kui Ee (PKR) 13,189 62.01% 21,513 5,964 85.54%
Bee Sieong Heng (GERAKAN) 7,225 33.97%
Ooi Beng Kooi (Bebas) 268 1.26%
Tan Hock Kuat (Bebas) 197 0.93%
Uh Chorng Von (KITA) 42 0.20%
  1. ^ a b Singkatan kepada "Butuh Pak Hang", makian yang selalu dikeluarkan oleh Zamil dan telah menjadi sinonim kepada beliau.

Rujukan

sunting
  1. ^ Zamil Ibrahim Umum Tanding DUN Sidam
  2. ^ Zamil Ibrahim ditahan SPRM kerana peras ugut, minta suapan
  3. ^ Aktivis politik, 2 lagi ditahan kes minta, terima rasuah daripada pendakwah selebriti
  4. ^ Aktivis politik buat laporan polis, dakwa difitnah pendakwah selebriti
  5. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018.