Zam Zam
Zam Zam bin Sahri atau lebih mesra dipanggil Zam Zam merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Zam Zam sering kali mempersembahkan lagu dengan diiringi oleh kugiran Twilites link.
Zam Zam | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Zam Zam bin Sahri |
Kelahiran | 1947 |
Berasal dari | Malaysia |
Meninggal dunia | 24 Disember 2021 | (umur 73–74)
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1960-an |
Laman sesawang | Zam Zam |
Lagu-lagu
sunting- Bibir Mesra Jiwa Parah
- Usah Harta Jadi Rebutan
- Setahun Tak Jumpa Sesaat Tak Lupa
- Senandung Teruna Merantau
- Ganas Sa Tahun
- Gema Kaseh ku
- Hilang Budi Dek Nafsu
- Kembali
- Panas Setahun Hujan Sehari
- Tanjung Bunga
- Teruna Memujuk Kaseh
- Wahai Manisku
Zam Zam turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd. [1]
Pada masa kini, sehingga 2008, Zam Zam menetap di Singapura.
Meninggal dunia
suntingZam Zam telah meninggal dunia pada 7.20 malam, 24 Disember 2021 di usia 74 tahun.
Allahyarham Zam Zam amat dikenali dengan lagunya Bibir Mesra Jiwa Parah dan lagu-lagu beliau sering dikeudarakan stesen radio Singapura, Malaysia dan Brunei.
Salah seorang anaknya, Encik Nurazikin, 39 tahun berkata Allahyarham rebah akibat jantung terhenti (cardiac arrest) ketika menonton televisyen di rumah pada 8 Disember lalu.
Beliau dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng dan berada dalam keadaan koma hingga minggu lalu apabila beliau dikeluarkan daripada sistem sokongan hidup dan dimasukkan ke wad biasa.
Bagaimanapun Allahyarham kemudian mengalami jangkitan paru-paru dan kesihatannya kembali merosot.
Pada mulanya kami lihat keadaannya agak baik, hinggalah jangkitan bermula. Doktor kata mereka sudah beri ubat yang paling kuat dan jika ia tidak berkesan, tak banyak yang dapat dilakukan lagi," kata Encik Nurazikin, anak kedua Allahyarham.
Allahyarham, yang pernah mengalami serangan jantung sekitar lima tahun lalu, meninggalkan seorang balu, tiga anak, dua menantu dan dua cucu.
Antara lagu-lagu Allahyarham Zam Zam termasuk: Usah Harta Jadi Rebutan; Setahun Tak Jumpa Sesaat Tak Lupa; Senandung Teruna Merantau; Ganas Sa Tahun; Gema Kaseh ku; Hilang Budi Dek Nafsu; Kembali; Panas Setahun Hujan Sehari dan banyak lagi.
Jenazah Allahyarham Zam Zam akan dikebumikan di Pusara Abadi, Singapura.
Rujukan
suntingPautan luar
suntingJika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.