Zalmon
Zalmon yang bernama asli Syamsurizal (lahir di Jakarta, 15 September 1954 – meninggal di Kota Padang, Sumatera Barat, 21 Mei 2011 pada umur 56 tahun) ialah seorang pelakon lelaki Indonesia yang berketurunan Minangkabau. Sepanjang kerjaya muziknya hingga kematian, ia telah menjayakan tidak kurang dari 120 album lagu-lagu Minang.[1][2]
Zalmon | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Syamsurizal |
Nama lain | Zalmon |
Lahir | Jakarta, Indonesia | 15 September 1954
Meninggal | 21 Mei 2011 Padang, Sumatera Barat, Indonesia | (umur 56)
Etnik | Minangkabau |
Jenis Muzik | Pop Minang Pop Melayu |
Pekerjaan | penyanyi |
Instrumen | vokal |
Tahun aktif | 1989-2011 |
Pasangan | Nuraida |
Anak | Sri Suryani |
Agama | Islam |
Ia dikenal oleh masyarakat Minangkabau, baik yang berada di kampung halaman (ranah) mahupun yang di luar Sumatera Barat (rantau) sebagai penyanyi yang dengan suara seraknya melantunkan lagu-lagu sentimental dengan nada lirih mendendangkan nasib dan penderitaan (parasaian) manusia-manusia Minangkabau dalam menjalani kehidupan baik di kampung halaman mahupun di perantauan.
Riwayat
suntingKehidupan peribadi
suntingWalaupun Zalmon langkah dan mencapai berjaya di Sumatera Barat, tetapi ia lahir di Jakarta pada tarikh 15 September 1954. Ia berkahwin dengan seorang wanita bernama Nuraida dan dikaruniai lima orang anak[2] dengan anak sulung bernama Sri Suryani.
Zalmon meninggal dunia pada 21 Mei 2011 pada usia 56 tahun di Rumah Sakit Ibnu Sina, Padang, kerana penyakit paru-paru basah yang sudah cukup lama dideritanya. Jenazahnya kemudian dimakamkan di pandam pekuburan suku Jambak Lubuk Minturun, Koto Tangah, Padang, siangnya pada hari yang sama.[1]
Penghargaan
sunting- Anugerah Musik Minang Terbaik dari Gubernur Sumatra Barat
- HDX Award