Templat:Arab culture Zajal (bahasa Arab: ???) ialah satu bentuk tradisional bagi puisi stropik oral yang dideklamasikan dalam dialek basahan. Ketika terdapat sedikit petunjuk tentang asal-usul tepat zajal, penyair zajal terawal yang dicatatkan ialah penyair Al-Andalus, Ibn Quzman (yang hidup dari 1078 hingga 1160).[1] Secara amnya diakui bahawa indul terawal puisi dialek Sham ini ialah zajal dan muwashsha?ah al-Andalus, yang dibawa ke Mesir dan Mediterranean timur oleh orang-orang Arab yang melarikan diri daripada Sepanyol pada kurun ke-13 dan 14.[2] Seorang mahaguru terawal zajal Mesir ialah zajjal kurun ke-14, Abu ?Abd Allah al-Ghubari.[3] Asal-usul zajal mungkin kuno tetapi ia dapat dijejak balik kepada sekurang-kurangnya kurun ke-12. Ia masih hidup kini di Sham, khususnya Lubnan, Palestin dan Jordan, dan di Maghreb, khususnya Algeria, dengan penggiat profesional zajal mampu mencapai tahap pengiktirafan dan populariti yang tinggi. Zajal separa spontan dan separa nyanyi dan sering dipersembahkan dalam format debat antara zajjalin. Ia biasanya disertai oleh alat-alat muzik genderang (dengan kadang kala alat muzik tiupan seperti ney) dan korus lelaki (dan lebih terkini, wanita) yang menyanyikan bahagian-bahagian ayatnya.

Penyair-penyair Mesir yang dikenali dengan penggunaan sastera bentuk zajal popular ialah Yaqub Sanu, 'Abd Allah al-Nadim, Bayram al-Tunisi, dan Ahmed Fouad Negm.[4] Zajjaal Lubnan yang terkenal termasuklah Zein Sh'eib, Talih Hamdan, Zaghloul alDamour, Moussa Zgheib, Asaad Said, dan Khalil Rukoz.

Zajal Lubnan

sunting

Zajal Lubnan ialah bentuk puisi dialek bahasa Arab Lubnan basahan yang dideklamasikan separa spontan dan separa nyanyian. Akar umbinya mungkin sekuno syair Zaman Jahiliah, tetapi pelbagai manifestasi zajal yang serupa dapat dijejak kembali ke Al-Andalus pada kurun ke-10 hingga 12, dan khususnya kepada penyair basahan Ibn Quzman (Cordoba, 1078-1160). Zajal mempunyai ikatan rapat dari segi prosodi, penyampaian, bentuk dan jiwa dengan tradisi puisi basahan separa nyanyi, termasuklah tradisi-tradisi yang kelihatan berbeza seperti puisi Nabati di Tanah Arab dan troubadour di Provence. Banyak kebudayaan Timur Dekat, Arab dan Mediterranean (termasuklah Yunani, Algeria, Maghribi, Sepanyol dan selatan Perancis) pernah atau masih memiliki, tradisi puisi basahan separa spontan, separa nyanyi kaya yang berkongsi beberapa ciri-ciri dengan zajal Lubnan, seperti perang lisan (seperti jeu parti troubadour), penggunaan tamborin atau alat-alat genderang kecil lain, dan korus dikir lelaki (Reddani dalam dialek Lubnan) yang mengulang-ulang ayat-ayat atau baris-baris kunci yang dibaca oleh penyair.

Pernyataan bahawa tiada tradisi puisi oral yang masih wujud dapat menyaingi zajal Lubnan dari segi kecanggihan, kepelbagaian pola irama, susur galur yang memanjang, dan evolusi berterusan mungkin dapat dipertikaikan, tetapi sukar utuk menafikan hakikat bahawa tiada satu pun yang memiliki populariti kuatnya. Hari ini, puluhan penyair zajal profesional menjelajah segenak pelosok Lubnan dan komuniti ekspatriat serata dunia untuk membuat persembahan kepada ribuan penonton yang berminat.

Akar umbi dan perkembangan

sunting

Pengamal terawal zajal di Lubnan dianggarkan[5] ialah Bishop Gabriel Al-Qla3i Al-Hafadi (1440-1516), walaupun sebahagian sarjana[6] menjejak kembali zajal Lubnan hampir dua abad lebih awal kepada seorang penyair dengan nama Sulaiman Al-Ashluhi (1270-1335) dan beberapa orang sezamannya, dan khususnya kepada satu puisi tunggal pada 1289, tahun kehancuran Tripoli (kini di utara Lubnan) di tangan Mamluk.[7]

Zajal mencapai kegemilangannya sebagai seni yang popular pada kurun ke-19 apabila ramai penyair menyumbang pada kehalusannya dari segi isi kandungan dan bentuk. Bentuk malam zajal Lubnan moden dibuat pada 1930-an kebanyakannya oleh mahaguru penyair As'ad Al-Khuri Al-Fghali (1894-1937), yang dikenali sebagai Shahrur Al-Wadi. Bentuk paling biasa bagi malam moden zajal Lubnan ialah debat (atau perang mulut) antara dua atau lebih penyair diikuti dengan bacaan puisi cinta (ghazal). Bentuknya lazimnya terdiri daripada bacaan dalam bentuk qasidah, diikuti dengan debat dalam bentuk m'anna dan qerradi (satu sub-bentuk popular bagi qerradi kadang-kala dipanggil mukhammas mardud), membawa pada bacaan ghazal dalam pelbagai bentuk seperti muwaššah, yang, dalam penjelmaan semula zajal Lubnannya, ialah genre yang meriangkan dan menggoda. Keseluruhannya disertai oleh satu korus dengam tamborin dan alat-alat genderang lain. Perjumpaan itu sering memasukkan ratapan cinta, biasanya dalam bentuk Shruqi.

Pola irama zajal

sunting

Wujud kesepakatan[7] di kalangan beberapa sarjana yang mengkaji secara serius pola irama zajal bahawa ia mengikuti dua sistem pola irama yang berbeza. Satu sistem pola irama adalah kuantitatif dan jelas berdasarkan sebahagian pola irama ketat yang dipanggil Khalili dalam puisi Arab klasik (contohnya m'anna dan bentuk-bentuk berkaitan seperti sari', rajaz dan wafir) dan satu lagi ialah suku kata yang ditekankan (contohnya banyak subbentuk qerradi jelas berdasarkan pola irama bahasa Suryani, seperti pola irama sukukata syarahan Aframiyat yang dinisbahkan kepada St. Ephraem kurun ke-4). Kedua-dua jenis pola irama zajal itu tertakluk pada gubahan gemalai oleh penekanan dan sinkopasi muzik[7] yang mungkin disebabkan ketertempaan basahan dan kelonggaran yang ada untuk menghakis infleksi dan pemvokalan dalaman.

Aspek kawasan dan tema

sunting

Variasi kawasan dalam menghargai zajal di Lubnan mencerminkan perpecahan etnik dan mazhab yang ketara, yang berkekalan di sebalik enam dekad hidup bersama. Secara tradisinya, masyarakat-masyarakat kosmopolitan (seperti Sunni, Ortodoks Yunani dan orang Armenia) secara relatif kurang tertarik dengan zajal dan kurang menghasilkan, dengan beberapa pengecualian terkemuka, zajjali utama. Sebaliknya, Maronite, Druze dan Syiah yang mendiami atau mempunyai akar umbi di pergunungan Lubnan dan kawasan pedalaman, banyak mendominasi kelompok zajjali sepanjang evolusi zajal berkurun-kurun lamanya. Bias kawasan ini juga mencerminkan gambaran zajal, yang mencerminkan lebih banyak perasaan kekampungan dan keghairahan pedalaman luar bandar berbanding kepedulian intelektual dan formal intelek bandar. Bagaimana pun, ramai penyair basahan mampu menjangkaui sempadan berubah ini dan menggubah ayat yang dengan penuh makna berdepan secara hampir-hampir dengan keseluruhan spektrum urusan kemanusiaan.

Bahasa zajal Lubnan

sunting

Sifat semulajadi diglossia (kewujudan bersama bentuk formal dan basahan) pertuturan bahasa Arab Lubnan mempunyai bayangan warna etnik dan sosio-politik yang rumit yang menimbulkan tandatanya samada bahasa basahan dapat diterima sebagai perantaraan kesusasteraan, satu isu perpecahan dalam masyarakat Lubnan yang pelbagai etnik dan mazhab.

Bagi telinga penutur bukan Arab (dan kadang kala kepada penutur asli sekalipun), frasa yang dituturkan dalam bahasa Arab baku (fus-ha) dan diulang-ulang dalam dialek Lubnan basahan sering kedengaran sangat berbeza[8]. Perbezaan ini disebabkan, sekurang-kurangnya, bahasa basahan mempunyai substratum yang jelas yang terbentuk daripada dialek-dialek Syam bukan Arab (pupus atau separa pupus) seperti bahasa Aramia, bahasa Suryani dan bahasa Kan'an]], dan juga serapan terkemudian bahasa Parsi (berkaitan kulinari), bahasa Turki (berkaitan ketenteraan), bahasa Perancis, dan paling terkini, perbendaharaan kata Inggeris.[8] Bermula dengan pembukaan Islam pada kurun ke-7, yang membawa bahasa Arab klasik ke Syam, dialek-dialek tempatan secara semulajadi, progresif dan beransur-ansur secara besarnya tetapi tidak sepenuhnya digantikan oleh bahasa Arab, tetapi dengan pengaruh bahasa lain yang masih nyata. Mudahnya pengaraban ini berlaku adalah disebabkan hubungan asasi antara bahasa Arab dan dialek-dialek tempatan - kesemuanya ialah Semitik dan jadi berdasarkan pada terbitan daripada akar trikonsonan.

Ketika bahasa Arab baku mengekalkan salasilah yang tidak dapat dipertikaikan sebagai versi moden bahasa al-Quran yang mulia dan perantaraan bagi sejumlah besar kesusasteraan bertulis klasik dan kontemporari pelbagai bangsa, bahasa basahan, dalam minda ramai orang Lubnan, terutamanya kelas yang berpendidikan, masih dianggap sebagai dialek kolot yang kekurangan kesucian, salasilah dan aspirasi sejagat fus-ha. Malah, bagi ramai orang, akar umbinya yang suram daripada bahasa kuno yang tidak mencapai sebarang bentuk sebenar bagi kemerdekaan negara yang berlanjutan, penyerapan perbendaharaan kata daripada bahasa penjajah kolonial, dan perbezaannya daripada dialek-dialek basahan negara-negara lain yang mendukung fus-ha sebagai lingua franca rasmi, menjadikannya, ancaman paling besar kepada pan-Arab atau renaissance kawasan atau sekurang-kurangnya, tanda kekolotan dan kerendahan pendidikan. Hal ini adalah di sebalik kenyataan bahawa semua orang Lubnan, termasuklah yang paling berpendidikan, bercakap dalam bahasa basahan dan hampir tidak pernah dalam bahasa Arab baku.

Status sebagai genre kesusasteraan

sunting

Penurunan kesusasteraan basahan, termasuklah zajal, kepada kelas sub-kesusasteraan selanjutnya dikukuhkan dengan kebangkitan pan-Arabisme pada 1950-an dan 60-an pada masa ketika sistem persekolahan Lubnan menyaksikan pengembangan dan penyeragaman terbesarnya. Akibat daripada diglossia berasaskan sosio-politik ini ialah kanun yang kaya dengan puisi basahan, yang zajal ialah penjelmaan pertamanya, sebahagian besarnya kekal tidak bertulis dan secara amalinya tidak pernah menjadi sebahagian kurikulum di sekolah dan universiti. Hari ini, kebanyakan orang Lubnan yang terpelajar tidak mengetahui tentang m'anna daripada qerradi dan kemungkinan lebih biasa dengan beberapa bentuk prosodi Perancis yang diajar di sekolah swasta dan malahan awam.

Walaupun banyak radio dan rakaman video acara-acara zajal dibuat, terutamanya di TV Lubnan semasa 1960-an, 70-an dan 80-an, terdapat hanya sedikit usaha untuk mentranskripsi atau mengarkib baik-baik rakaman-rakaman ini di perpustakaan-perpustakaan awam atau universiti bagi tujuan kajian kesarjananaan yang serius. Pengangkatan kanun ini ke perhatian sarjana tidak dibantu oleh kenyataan bahawa sebab dialek Lubnan basahan hanya didukung ultra-nasionalis (terutamanya semasa Perang Saudara Lubnan, 1975-1990), yang menuntut kebudayaan Lubnan yang berbeza daripada kebudayaan Arab.

Etimologi

sunting

Menurut Lane's Lexicon, kata akar kata kerja zajila bermaksud membunyikan, meraung, menampakkan perasaan, bermain atau bersukan.[9] Adnan Haydar, seorang sarjana yang membuat pengkhususan dalam bahasa dan kesuasteraan Arab,[10] memetik kamus kurun ke-14 Ibn Manzur, Lisan al-Arab yang memberikan makna "meninggikan suara dalam nyanyian kepada kata kerja akar zajala.[7]:191 Memfokuskan salah satu makna yang diberikan Lane, sarjana lain yang mengekalkan pendirian bahawa etimologi zajal adalah berkaitan dengan persembahan dan hiburan muzik.[11]

Rujukan

sunting
  1. ^ Meisami, Julie Scott; Starkey, Paul, penyunting (1998). Encyclopedia of Arabic Literature, Volume 2. London: Taylor & Francis. m/s. 819. ISBN 978-0-415-18572-1.
  2. ^ Yaqub, Nadia G. (2007). Pens, Swords, And the Springs of Art: The Oral Poetry Dueling of Palestinian Weddings in the Galilee. Leiden: BRILL. m/s. 58–59. ISBN 90-04-15259-8.
  3. ^ Hámori, András (1991). The Composition of Mutanabbi's Panegyrics to Sayf Al-Dawla. Leiden: BRILL. m/s. 14. ISBN 90-04-10217-5.
  4. ^ Beinin, Joel (1994). "Writing Class: Workers and Modern Egyptian Colloquial Poetry (Zajal)". Poetics Today. 15 (2): 191–215. doi:10.2307/1773164. JSTOR 1773164.
  5. ^ Abboud, Maroun (1982). Complete Works of Maroun Abboud (in Arabic), Vol. 2, p. 366, Beirut: Dar al-Jeel.
  6. ^ Wahibeh, Mounir Elias (1952). Al-zajal, its History, Literature, and Masters in Old and Modern Times (in Arabic), p. 131, Harisa, Lebanon: The Pauline Press.
  7. ^ a b c d Haydar, Adnan (1989). The Development of Lebanese Zajal: Genre, Meter, and Verbal Duel. Oral Tradition, Vol. 4, No. 1-2, pages 189-212.
  8. ^ a b Abu-Haidar, Farida (1979). A study of the spoken Arabic of Baskinta. Leiden: Brill.
  9. ^ see Lane's Lexicon: ?????? (zajila). page 1223
  10. ^ Adnan Haydar University of Arkansas, King Fahd Center for Middle East Studies.
  11. ^ Zuhur, Sherifa (2001). Colors of Enchantment: Theater, Dance, Music, and the Visual Arts of the Middle East. Cairo: American University in Cairo Press. m/s. 134. ISBN 978-977-424-607-4.

Pautan luar

sunting

Artikel dan teks

sunting

Persembahan Video

sunting