Zainuddin Zimbo (1943 - 19 Januari 2004) merupakan pelakon filem dan bekas presiden pertama Persatuan Seniman Malaysia pada era 60an hingga 70an.[1][2]

Zainuddin Zimbo
Kelahiran1943 (1943)
Meninggal dunia19 Januari 2004(2004-01-19) (umur 60–61)
Sebab kematianSakit Buah Pinggang
PekerjaanPelakon, juruhebah radio, Persatuan Seniman Malaysia

Biografi

sunting

Zainudin Zimbo bukanlah rakan rapat, tetapi saya mengenalinya sejak zaman ‘Federal House’ dipertengahan tahun 1960an, dan kemudian apabila Radio Malaysia berpindah ke ‘Wisma Radio’ Angkasapuri pada pertengahan tahun 1972. Ketika itu Radio Malaysia sedang sebuk berkembang memanjangkan siarannya dari 5.00 pagi hingga ke larut malam.

Kakitangan sambilan sangat diperlukan untuk meringankan beban kerja yang ditanggung oleh pegawai-pegawai yang terhad bilangannya. Itulah masa dan ketika orang-orang seperti Zainudin Zimbo mendapat peluang bertugas di ‘konti’, menjadi juruacara rancangan-rancangan tertentu atau berlakon dalam drama-drama radio yang semakin bertambah bilangan penerbitannya.

Zainudin Zimbo, seorang yang sangat ‘colorful’, sentiasa mewarnai gaya hidup dimana saja dia berada. Cerita-ceritanya boleh dikatakan melucukan tetapi adakalanya amat meyakinkan.

Satu ketika dulu, dia memberitahu sedang menceburi bidang pembiakan dan perniagaan kerang di Kuala Selangor. Saya amat gembira mendengar kisah itu kerana salah satu kegemaran saya makan kerang! Tetapi kemudian, dia tidak lagi terlibat dalam bidang itu kerana sangat ‘competitif’ (saingannya hebat) dan seringkali kena ‘sabotage’ (terpedaya). Maklumlah dia terpaksa bergantung kepada orang lain untuk melaksanakan perniagaannya, sudah tentu terpedaya, bila ada yang main kayu tiga!

Lepas itu, Zainuddin Zimbo mengambil kesempatan dalam program penerbitan drama swasta TV yang dilaksana oleh RTM demi meluaskan bidang perfileman tanahair pada tahun 1980an dulu. Dia datang menemui saya untuk meminta bantuan meminta isteri saya, Junaidah, mengarahkan dua penerbitannya, satu kisah purba dan satu lagi romantis moden (tak ingat tajuk-tajuknya).

Pada mulanya saya enggan memberi kebenaran tetapi akhir sekali, pujukannya menyebabkan saya memberinya laluan, dengan amaran supaya dia tidak menggunakan nama saya. Ketika itu saya memegang jawatan Ketua Sukan RTM, tidak kena mengena dengan pembelian atau perolehan rancangan. Akhirnya dia juga tidak lagi menjadi penerbit drama swasta TV akibat resesi dan persaingan hebat.

Sungguhpun begitu, Zainuddin Zimbo meneruskan tugas dengan memberi khidmat orang tengah atau perantara, ringkasnya ‘broker’. Dia sentiasa ke sana ke mari mencari peluang untuk menjaja. Rasanya dia berjaya juga kerana kekuatannya dia seorang yang peramah dan mudah berkawan, serta petah bercakap dan amat ‘convincing’ (meyakinkan). Lagipun namanya memang terkenal, ada saja orang mencari dan ada juga yang mahu membantunya.

Zainuddin Zimbo dikatakan ada terlibat dengan projek ‘jualan langsung’ yang lumayan, jika kena gaya dan produknya. Tidak pula dia menceritakan bab tersebut tetapi mengikut kawan-kawan hidupnya mula jadi mewah dan dia tidak lagi perlu bersusahpayah. Dalam bidang politik dan pergaulan dia amat disenangi oleh orang-orang sekitaran tempat kediamannya di Datuk Keramat.

Suatu hari ketika mengunjungi rumah Zainal Abidin Zain, masa itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2002 di Ampang, ramai yang tertarik dengan rombongan seorang yang berpakaian lengkap sebagai Sheikh Arab. Saya tak ambil kisah sangat tentang Sheikh Arab itu kerana Timbalan Menteri sudah tentu mempunyai kenalan yang ramai dikalangan diplomat dan ahli peniaga antarabangsa.

Yang mengejutkan saya, apabila sedang sedap makan, tiba-tiba belakang saya ditepuk oleh Sheikh tersebut dengan salam dan bercakap bahasa Melayu. Saya kenal suara itu dan saya tenong wajah orang yang boleh dikatakan sudah berisi juga. Rupa-rupanya orang itu Zainudin Zimbo. Itulah sebabnya saya kata dia adalah orang yang ‘colorful’.

Kali terakhir saya berjumpa dengannya bila (Persatuan Veteran RTM (PVRTM)) mengadakan Mesyuarat Agong Dwitahunan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Orang-orang tak menduga ia sudah menjadi ahli. Mengikut laporan PVRTM, dia tokoh tunggal tempoh (tahun) itu menjadi ahli.

Seperti biasa, suaranya amat lantang mempertahankan projek ‘Radio Wanita’. Rupa-rupanya bila membaca laporan mengenai projek itu dia telah dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Awamnya. Bergaji pula. Dia telah berjumpa beberapa tokoh untuk memastikan kejayaan projek tersebut. Sejauh mana projek itu berada, tidak dapat dipastikan.

Ketika meninggal dunia diawal 2004 umurnya sudah meningkat 60an, tetapi masih aktif dalam berbagai-bagai bidang, seperti berniaga, berpolitik, berpersatuan dan sebagainya.

Dia meninggalkan bidang penyiaran radio kira-kira pertengahan 1970an kerana sangat sibuk dengan bidang perniagaan dan dunia lakonan. Ketika itu saya telah diberi tanggungjawab untuk merangka jadual tugas ‘konti’ dan ‘pembaca berita’ untuk Bahagian Melayu.

Saya kerap menerima panggilan darinya minta ‘swap’ (ganti) tugas. Kebanyakan juruhebah sambilan lain tak suka ‘swap’ tugas kerana tidak mendapat bayaran bila ‘hutang tugas’ tidak berbayar. Zainudin Zimbo terpaksa berhenti kerana sukar meluangkan masa untuk bertugas.

Zainuddin Zimbo adalah kelahiran Rembau, Negeri Sembilan, dan sangat berbangga dengan asal usulnya. Beliau sering menceritakan dikampungnya dia mempunyai seorang emak saudara yang sangat minat dalam siaran langsung bolasepak. Emak saudaranya itu sungguh minat bila mendengar ulasan selari yang saya lakukan kerana banyak unsur-unsur yang melucukan bila dibanding dengan pengulas-pengulas lain.

Tak sangka pula saya boleh berjenaka ketika membuat ulasan selari tetapi saya tidak menafikan selalu juga menyelitkan perkataan-perkataan yang ‘anih’ ketika bertugas untuk menyerikannya. Kali terakhir saya mendengar cerita emak saudaranya itu dipenghujung alaf lalu dikala dia memaklumkan ‘orang tua’nya tu dah meninggal dunia.

Walaupun sudah meninggalkan bidang kerja sambilan di radio, Zainuddin Zimbo masih berkunjung ke Wisma Radio untuk berlakon dalam rancangan drama. Suaranya parau lunak dan penyampaiannya amat semula jadi serta sesuai untuk siaran.

Kerap juga terdengar berita dia berlakon filem di Studio Merdeka, Hulu Klang, tetapi hanya memain peranan kecil saja. Sesekali sempat juga kami terserempak untuk bertukar-tukar pandangan sementara minum-minum dikantin Wisma Radio.

Ketika itulah, dia muncul sebagai orang kuat para pelakon dengan pandangannya yang lantang dan bernas sehingga dipilih sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia. Lama juga dia menerajui persatuan itu sehingga diiktiraf oleh Kerajaan dengan memberinya sebuah rumah di persimpangan Jalan Tun Abdul Razak/Jalan Yap Kwan Seng untuk menjalan aktivitidan pejabat.

Saya tidak pasti hal sebenarnya tetapi ramai yang mengatakan Zainuddin Zimbo dan keluarganya menetap dirumah itu buat beberapa ketika. Kini, rumah itu sudah tiada, ditelan arus pembangunan. Orangnya tidak popular tetapi cukup berpengaruh di kalangan warga seni, apatah lagi pembabitannya yang cergas dalam politik juga menjadikan dia dikenali secara dekat di kalangan kebanyakan tokoh politik dan pemimpin negara.[3]

Kematian

sunting

Zainuddin Zimbo meninggal dunia di usia 61 tahun selepas mengadu sakit pinggang kira-kira jam 11.15 malam.[4][5] sebelumnya Zainuddin Zimbo menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 September 2003 lalu. Zainuddin Zimbo masih meneruskan rutin pengambilan ubat dan rawatan meskipun dibenarkan keluar dari wad dua minggu lalu.[6][7]

Filemografi

sunting
Tahun Tajuk Watak Catatan
1981 Jejak Bertapak
1982 Anak Sulung Tujuh Keturunan
Dendam Dari Pusara

Rujukan

sunting
  1. ^ "Zainuddin julang nama seniman | KLiK". www.klik.com.my. Dicapai pada 2024-04-23.
  2. ^ A.r, Mustafar (2014-10-05). "FILEM KLASIK MALAYSIA: SENIMAN OH SENIMAN". FILEM KLASIK MALAYSIA. Dicapai pada 2024-04-23.
  3. ^ "Belasungkawa Zainuddin Zimbo | KLiK". www.klik.com.my. Dicapai pada 2024-04-23.
  4. ^ "Zainuddin Zimbo meninggal | KLiK". www.klik.com.my. Dicapai pada 2024-04-23.
  5. ^ "Zainuddin banyak berjasa | KLiK". www.klik.com.my. Dicapai pada 2024-04-23.
  6. ^ "Zimbo terus jalani rawatan | KLiK". www.klik.com.my. Dicapai pada 2024-04-23.
  7. ^ "Zimbo jalani rawatan di HKL | KLiK". www.klik.com.my. Dicapai pada 2024-04-23.