Zainal Abidin Rawop

Haji Zainal Abidin Rawop (lahir 25 April 1967) ialah seorang pengulas sukan lelaki Malaysia. Beliau mula terlibat dalam pengulasan sukan sejak tahun 1986.[1]


Zainal Abidin Rawop
Kelahiran
Zainal Abidin bin Abdul Rawop

(1967-04-25) 25 April 1967 (umur 57)
PekerjaanPengulas sukan
Tahun aktif1986 – kini

Kerjaya

sunting

Beliau mula terlibat dalam pengulasan sukan sejak 1986. Beliau memulakan kerjaya pengulasan di Unit Sukan Radio, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar 1986. Kemudian beliau berpindah ke stesen TV3 pada Julai 1986.[1]

Antara acara sukan yang pernah diulasnya ialah siri Sukan SEA dari 1989 hingga 2023, Sukan Asia 1990, Sukan Asia 2002 hingga 2018, Sukan Komanwel 1998 hingga 2018, Sukan Olimpik 1992 hingga 2016.[1] Beliau turut mengulas Sukan Olimpik 2024.[2] Selain itu, beliau turut menjadi pengulas untuk Piala Dunia sejak 1998 hingga 2023 dan Ragbi Piala Dunia 2011 dan 2015.[1]

Anugerah dan pencalonan

sunting

Zainal Abidin pernah dicalonkan sebagai penerima Anugerah Seri Angkasa 2001 bagi pengacara televisyen terbaik.[3]

Filemografi

sunting

Televisyen

sunting
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2010 Nadi Arena Pengacara Astro Arena
2010–2020 Formasi

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d ahmad, abdul hafiz (2020-02-06). "TAK KENAL ZAINAL RAWOP?? AWAK DUDUK MANA?". KitaReporters: Berita Komuniti Berita Menarik. Dicapai pada 2024-08-08.
  2. ^ Adleena (2024-08-02). "Astro Commentator Slammed For Unprofessional Comments During Lee Zii Jia's Match". Hype Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-08.
  3. ^ "Debaran akhir Anugerah Sri Angkasa" (PDF). BH. 28 Julai 2001.