ZOPFAN merupakan awalan bagi bahasa Inggeris (Zone of Peace, Freedom and Neutrality) Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali. Ia merupakan pengistiharan yang ditandatangani oleh Menteri Luar bagi negara-negara ASEAN (Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand) pada tahun 1971 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Dalam pengistiharan tersebut, kesemua pihak secara berterang-terangan menyatakan bahawa menjadi matlamat mereka bagi mengekalkan Asia Tenggara "bebas dari sebarang bentuk campur tangan dari kuasa Luar" dan "meluaskan lagi bidang kerjasama."

Pautan luar

sunting