ZOE Broadcasting Network
ZOE Broadcasting Network, Inc. (ZOE TV) ialah cabang media massa Filipina milik Jesus Is Lord Church. Berpangkalan di Ortigas Center, Bandar Raya Pasig, ia mengendalikan stesen televisyen dan radio setiap satunya di Mega Manila dan Puerto Princesa City. Syarikat ini juga memiliki stesen televisyen pertama di Metro Manila, VHF 11 yang kini menyiarkan rangkaian perdana mereka 3 tahun selepas ia beralih ke siaran digital selepas kerjasama selama 14 tahun bersama GMA Network Inc. yang membangunkan kelestarian korporat Zoe.
Jenis/bentuk sah | Swasta |
---|---|
Industri | Penyiaran radio dan televisyen |
Ditubuhkan | 1992[1] |
Ibu pejabat | 22/F Strata 2000 Bldg, F. Ortigas Jr. Ave., Ortigas Center, Pasig City, Filipina |
Tokoh penting | Eddie Villanueva, Pengerusi Rene Gonzalez, Pengurus Besar dan Penyelia Pegawai Engr. Antonio T. Soriano, Naib Presiden untuk Operasi Teknikal |
Syarikat induk | Jesus Is Lord Church |
Tapak web | jilworldwide.org/ch33 |
sunting · sunting di Wikidata |
Pada 6 Oktober 2020, ZOE menandatangi perjanjian blok siaran dengan ABS-CBN Corporation dan menjenamakan ZOE TV sebagai A2Z melalui UHF Saluran 11 bermula 10 Oktober 2020. Saluran baru ini akan menyiarkan rancangan terbitan ABS-CBN dan juga rancangan terbitan Light TV, Trinity Broadcasting Network dan CBN Asia.[2][3]
Pembaharuan lesen penyiaran
suntingPada 17 Julai 2016, Kongres Filipina meluluskan Akta Republik No. 10888, dikenali sebagai "An Act Renewing for Another Twenty-Five (25) Years the Franchise Granted to ZOE Broadcasting Network, Inc., Amending for the Purpose Republic Act No. 7297, Entitled “An Act Granting the ZOE Broadcasting Network, Inc. a Franchise to Construct, Install, Operate and Maintain Radio and Television Broadcasting Stations Throughout the Philippines, and for Other Purposes”, As Amended by Republic Act No. 7968", memberikan francais perundangan kepada ZOE TV untuk operasi siaran TV dan radio seluruh negara.[4]
Rujukan
sunting- ^ "An Act Granting Zoe Broadcasting Network, Inc. a Franchise to Construct, Install, Operate and Maintain Radio and Television Broadcasting Stations in the Island of Luzon and for Other Purposes". The Corpus Juris (dalam bahasa Inggeris). Corpus Juris. 26 Mac 1992. Dicapai pada 7 Jun 2020.
- ^ Aguilar, Krissy (2020-10-06). "Zoe TV rebrands as A2Z to feature ABS-CBN Shows". INQUIRER.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-06.
- ^ "ABS-CBN shows return to free TV after ZOE deal". Rappler (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-10-06.
- ^ Republic Act No. 10888 Official Gazette. 7 Julai 2016.