Yusof Wahab
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Yusof bin Sheikh Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai Yusof Wahab adalah pelakon Melayu era 80-90'an. Dilahirkan Pada 22 Oktober 1961 di Melaka. Sewaktu zaman kegemilangannya, Yusof Wahab banyak melakonkan watak seorang yang mahir bersilat. Malah dia juga seorang pesilat professional. Beberapa peminat filem tempatan juga melabelkan Yusof Wahab seorang pelakon antagonis. Yusof Wahab seorang pelakon yang berkaliber serta berkarisma. Walaupun dia tidak mendapat tempat di pentas surat khabar, akan tetapi bakatnya adalah amat hebat sekali. Bijak melontarkan dialog serta punya bahasa tubuh dan ekspresi wajah yang baik dalam lakonan beliau.
Yusof Wahab | |
---|---|
Kelahiran | Yusof Bin Sheikh Abdul Wahab 22 Oktober 1961 |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah |
Tahun aktif | 1980–1992 |
Anugerah | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (1989) Pelakon Pembantu Lelaki Popular ABPBH (1989) |
Anugerah dan pencapaian
suntingBeliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-8 pada tahun 1989 untuk filem Anak Sarawak serta pelakon Pembantu Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun 1989. Beliau pernah menjadi pelakon paling muda memenangi anugerah pelakon pembantu di FFM selama 20 tahun sebelum dipatahkan rekod itu oleh Shafie Naswip yang berusia 17 tahun ketika menang untuk filem Talentime pada 2009.
Kehidupan peribadi
suntingYusof Wahab telah mendirikan rumah tangga dengan pengarang majalah hiburan URTV iaitu Muzlina Abu Bakar. Beliau kini bergelar seorang pengarah drama dan ada juga terlibat dengan watak sampingan di dalam drama beliau. Antaranya drama bersiri Mahabbah Delaila dan juga drama komedi Bomoh Temberang.
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
1984 | Matinya Seorang Patriot | Salman |
1987 | Puteri | Jay@Jalal |
1988 | Anak Sarawak | |
1989 | Sumpahan Mahsuri | |
1990 | Adik | Azman |
1992 | Syahadat | Ahmad Solihin |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1989 | Lembah Maut | TV3 | |
1990 | Jejak Maut | ||
1991 | Gelanggang Maut |