Kurenai Yuhi (夕日紅, Yūhi Kurenai) adalah watak rekaan dalam siri manga dan anime Naruto. Nama "Yuhi" bererti "matahari senja" dan "Kurenai" bererti "kemerahan".

Kurenai Yuhi oleh Masashi Kishimoto.

Gincu bibir merah Kurenai adalah satu kiasan bagi namanya sendiri. Kanji bagi "Kurenai" boleh juga disebut sebagai "beni" iaitu perkataan yang digunakan bagi solekan merah yang digunakan secara tradisional di Jepun bagi mewarnakan bibir merah. Ia disimpan dalam bekas putih yang diperbuat dari kulit siput kapis.

Latar belakang

sunting

Templat:Spoiler Yuhi Kurenai ialah pakar dalam genjutsu dan merupakan pemimpin Pasukan 8 yang merangkumi Inuzuka Kiba, Aburame Shino dan Hyuga Hinata. Tidak banyak yang diketahui tentang Kurenai kecuali khabar bahawa dia tamat pengajian pada usia 9 tahun, menjadi Chunin pada usia 13 tahun dan baru sahaja menjadi Jonin.

Kurenai agak rapat dengan kesemua anak muridnya tetapi kelihatan lebih rapat dengan Hinata. Kurenai sedar bahawa ayah Hinata melihat anaknya sebagai seseorang yang tidak berbakat. Maka Kurenai sendiri memainkan peranan sebagai penjaga Hinata. Kurenai juga tahu tentang perasaan Hinata terhadap Uzumaki Naruto.

Sepanjang siri ini, terdapat beberapa ketika yang mencadangkan bahawa Asuma dan Kurenai terlibat dalam hubungan romantis. Mereka berdua sentiasa bersama-sama. Apabila Hatake Kakashi mendapati mereka berdua di kedai manisan, Kakashi bertanya sama ada mereka berdua sedang bercinta. Asuma segera menukar topik perbualan mereka. Dalam suatu imbasan kembali, Asuma dijumpai membeli bunga untuk seseorang yang tidak dinamakan tetapi Ino kemudiannya meminta Asuma menyampaikan salam kepada Kurenai. Semasa pertarungan antara Asuma dengan Hidan berlangsung, Kurenai dipaparkan berada dalam kebimbangan. Apabila Kurenai dimaklumkan tentang berita kematian Asuma, Kurenai amat meratapi pemergiannya dan meninggalkan sekuntum bunga di pusaranya. Dalam Bahagian Kedua, Kurenai disahkan berbadan dua dan anak yang dikandungnya milik Asuma. Templat:Endspoiler

Sumber-sumber

sunting
  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK, Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini, Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.