Yudea
Yudea[1] atau Yahuda[2] (Bahasa Ibrani: יהודה, Baku Yəhūda Tabariyah Yehūḏā; Yunani: Ἰουδαία , Ioudaía; Latin: Iudaea ) ialah sebuah kawasan pergunungan di Masyrik. Dahulu dikuasai oleh kota Baitulmuqaddis, ia kini sebahagian daripada Palestin dan Israel. Namanya bersejarah dan telah digunakan dari zaman dahulu dan sehingga kini; ia berasal daripada Yehudah, satu nama Ibrani. Yehudah dalam Alkitab ialah anak lelaki Nabi Yaakub, yang kemudiannya dinamakan "Israil" dan semua anak Nabi Yaakub menjadi penghulu Dua Belas Suku Israel. Keturunan Yehudah daripada bani Israel menjadi suku Yehuda, yang kemudiannya menjadi Kerajaan Yehuda. Nama-nama yang serupa terus digunakan di bawah pemerintahan Babylonia (wilayah Yehud), Parsi (wilayah Yehud), Yunani (Kerajaan Hasmonea), dan Rom (Kerajaan Herod dan wilayah Yudea).[3] Di bawah Hasmonea, Herod, dan Rom, nama Yudea digunakan untuk kawasan yang lebih besar daripada kawasan asal Yudea. Pada 132 TM, Yudea sebagai wilayah Rom digabungkan dengan Galilea menjadi wilayah Syria Palaestina yang lebih besar.[4][5][6]
Yudea | |
---|---|
Lokasi | Masyrik Selatan |
Koordinat | 31°40′N 35°00′E / 31.667°N 35.000°EKoordinat: 31°40′N 35°00′E / 31.667°N 35.000°E |
Sebahagian dari | |
Highest point – elevation | Gunung Hebron 1,020 m atau 3,350 ka |
Geologi | Kawasan |
Rujukan
sunting- ^ Alkitab Versi Borneo. (2016). Kisah Rasul-rasul 9:31. Bible.com.
- ^ Keasberry. (1866). Kesah 9:31. Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih.
- ^ Crotty, Robert Brian (2017). The Christian Survivor: How Roman Christianity Defeated Its Early Competitors. Springer. m/s. 25 f.n. 4. ISBN 9789811032141. Dicapai pada 28 September 2020.
Orang Babylonia menterjemahkan nama Ibrani [Yehuda] ke dalam bahasa Aram sebagai Yehud Medinata ('wilayah Yehuda') atau ringkasnya 'Yehud' dan menjadikannya wilayah Babylonia yang baru. Ini diserap oleh orang Parsi. Di bawah Yunani, Yehud diterjemahkan sebagai Yudea dan ini diambil oleh orang Rom. Selepas pemberontakan Yahudi pada 135 TM, Rom menamakannya semula menjadi Syria Palaestina ataupun Palestin sahaja. Kawasan yang dimaksudkan dengan nama-nama tersebut berbeza-beza sedikit mengikut zaman.
- ^ Clouser, Gordon (2011). Jesus, Joshua, Yeshua of Nazareth Revised and Expanded (dalam bahasa Inggeris). iUniverse. ISBN 978-1-4620-6121-1.
- ^ Spolsky, Bernard (2014-03-27). The Languages of the Jews: A Sociolinguistic History (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-1-107-05544-5.
- ^ Brand, Chad; Mitchell, Eric; Staff, Holman Reference Editorial (2015). Holman Illustrated Bible Dictionary (dalam bahasa Inggeris). B&H Publishing Group. ISBN 978-0-8054-9935-3.