Tahil

(Dilencongkan daripada Yuanbao)

Tahil (Jawi: تهيل, ejaan lama تاهل‎) ialah satu unit sukatan berat digunakan di rantau-rantau Asia Timur dan Tenggara yang lebih kurang bersamaan dengan 37.8 gram,[1] dan juga bermaksud jongkong tahil China (Cina: , liǎng dalam bahasa Mandarin, leung dalam bahasa Kantonis[2]), sebagai sebahagian sistem sukatan dan matawang China.

Sycee berbentuk perahu.

Terdapat pelbagai piawaian sukatan tahil bergantung pada setempat dan jenis dagangan. Secara amnya, tahil perak beratnya kira-kira 40 gram. Sukatan kerajaan yang paling kerap digunakan ialah tahil kùpíng (庫平 "perbendaharaan") yang beratnya kira-kira 37.3 gram. Satu lagi sukatan komersial yang sering digunakan, iaitu tahil cáopíng (漕平) terdiri daripada perak kurang tulen yang beratnya 36.7 gram.

Peristilahan

sunting

Nama-nama setempat diberi untuk unit ini adalah seperti berikut:

Unit tahil juga pernah diseertikan dengan bungkal (Jawi: بڠكل‎) di mana 16 kali kedua-dua unit ini bersamaan 1 kati atau 1/13 auns,[5] namun timbangan bungkal beralih pada abad ke-19 di mana 12 bungkal bersamaan 1 kati.[6]

Kegunaan

sunting

Zaman dahulukala

sunting

Nama tahil dipakai jua kepada matawang emas dari kerajaan Sailendra berberat 2.5 Gram.[7]

Kesultanan Melaka menetapkan timbangan tahil kepada pecahan-pecahan berikut:

  • 16 mayam (1 mayam = 12 kenderi) = 1 tahil[8]
  • 16 mas atau emas (Jawi: امس‎) bersamaan 1 tahil[9][10]
  • 12 tahil = 1 dram[10]
  • 16 tahil = 1 kati
  • 1,600 tahil = 1 pikul[10]

Penerusan pada zaman moden

sunting

Perdagangan emas masih terus menggunakan unit tahil yang disamakan dengan 1.203370 auns troy.[11]

Di Malaysia

sunting

Unit tahil berkesinambungan selepas merdekanya Malaysia di mana ukuran berat satu tahil ditetapkan bersamaan dengan 37.7994 gram,[12] namun ada yang menganggarkan ia kurang sedikit pada 3.75 gram dalam konteks tertentu seperti menyukat bahan ramuan dalam resipi.[13] Selain itu, satu cupak beras juga dikira bersamaan tahil. Ketika penukaran kepada sistem metrik dilaksanakan kerajaan Malaysia pada tahun 1977, berat penukaran yang ditetapkan adalah 1 gram bersamaan 0.0264554 tahil.[14]

Di Singapura

sunting

Singapura menetapkan timbangan satu tahil dalam Akta Timbangan dan Ukuran 1985 juga sebagai 37.7994 gram metrik.[15]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "tahil". www.sizes.com.
  2. ^ "Weights and Measures Ordinance". The Law of Hong Kong.
  3. ^ Royal Institute (2003), พจนานุกรม ฉบับราชบัณฑิตยสถาน พ.ศ. ๒๕๔๒ (Royal Institute Dictionary, BE 2542) (dalam bahasa Thai), Bangkok: Nanmee Books Publications, ISBN 974-9588-04-5, diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-03.
  4. ^ Lim, Lisa (18 Januari 2018). "How catty and tael entered the English language, along with picul, mace and candareen – Asian weight measurements". Post Magazine. South China Morning Post.
  5. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "bungkal". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 104.   Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  6. ^ Pamphlet of information for travellers. Federated Malay States Railways. 1921. m/s. 5 – melalui Cornell University Library.
  7. ^ Gambar: [1]
  8. ^ Wan Norasikin Wan Ismail (April 2020). "Kosa kata metrologi Melayu". Dewan Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. m/s. 16–19.
  9. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "emas". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 37.   Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  10. ^ a b c Shaharir bin Mohamad Zain (2012). Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu. Pulau Pinang, Malaysia: Penerbit Universiti Sains Malaysia. m/s. 12. ISBN 978-983-861-572-3.
  11. ^ "Methodology note". World Gold Council. 2021. Dicapai pada 2 Julai 2021.
  12. ^ Jenis Beras Untuk Fidyah Puasa
  13. ^ Waddiah. "Artikel: Timbangan dan sukatan". Alaf 21. Dicapai pada 2 Julai 2021.
  14. ^ SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 1977.
  15. ^ "Weights and Measures Act (CHAPTER 349) Third Schedule". Singapore Statutes Online. Pemerintah Singapura. Dicapai pada 2 Julai 2021.