Gunung Saveq

(Dilencongkan daripada Yu Shan)

Gunung Saveq/Saviah/Savih[a] atau Gunung Giok (Cina tradisional: 玉山Pe̍h-ōe-jī: Gio̍k-san; Pinyin: Yùshān[2]) adalah gunung tertinggi di pulau Taiwan dan gunung pulau keempat tertinggi di seluruh dunia;[3] ia terletak 3,952 meter (12,966 kaki) dari paras permukaan laut.[4] Pada musim dingin, ia sering dilitupi salji tebal yang menampakkan seluruh puncaknya digambarkan segilap batu giok ( POJ gio̍k).[3]

Tapak Warisan Dunia Tapak Warisan Dunia UNESCO
Gunung Yushan
Maklumat am
Maklumat lokasi
LokasiPulau Taiwan, Xinyi, Alishan Township, Taoyuan District, Taiwan Sunting ini di Wikidata
Koordinat23°28′12″N 120°57′26″E / 23.47°N 120.95727°E / 23.47; 120.95727
Gunung Saveq yang terletak di Taiwan
Gunung Saveq
Lokasi Gunung Saveq
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Gunung ini sendirinya titik pusat dari Taman Negara Yushan iaitu taman negara terbesar, tertinggi dan terpencil dalam Pulau Taiwan merangkumi Banjaran Giok[b] dan kekakinya memempatkan beranekaragam fauna.[3][4]

Gunung Saveq merupakan tempat penting masyarakat peribumi Bunun dan Cou yang serumpun Austronesia. Ia juga merupakan salah satu tempat kunjungan digemari para pendaki gunung Taiwan yang anggapnya salah satu (dari sepuluh) "Puncak Besar Taiwan".[4] Para pendaki gunung seantero dunia sering menggandingkannya bersama Gunung Kinabalu dan Gunung Fuji sebagai mahadestinasi pendakian mereka.[4]

Sejarah

sunting

Gunung ini mula diketahu orang Cina seawal catatan 蕃境補遺 ("Lampiran Tanah Orang Gasar") oleh Yu Yonghe pada tahun 1697 zaman Maharaja Kangxi:[1]

玉山在萬山之中。其山獨高。無遠不見。巉巖峭削。白色如銀。遠望如太白積雪。四面攢峰環繞。可望不可及。皆言此山渾然如玉。每暗霽。於郡城望之。不啻天上白雲也。」
("Gunung Giok salah satu banyak gunung yang paling tinggi puncaknya. Ia boleh dilihat sejauh manapun. Putihnya bagaikan perak. Tepi tajamnya tinggi curam. Ia laksana putih salji dilihat dari jauh. Empat muka [penjuru] nya dikelilingi puncak-puncak. Ia sangat jauh. Semua orang mengatakan ia seteguh batu giok. Setiap malam gelap ia dilihat jauh dari kota pun seperti awan putih.")

Gunung ini diberi nama Gunung Nittaka (新高山[1] "Gunung Tinggi Baru") semasa ia diduduki kuasa Jepun, malah diwartakan kerajaan jajahannya pada 28 Jun 30 Meiji bersamaan 1897 Masihi sebagai puncak tertinggi seluruh alam maharaja Jepun ketika itu.[5][6]

  1. ^ bahasa Bunun: Tongku Saveq/Saviah/Savih "Gunung Lindung", bahasa Cou: Patungkuonʉ "Gunung Bersinar" juga dicinakan sebagai 八通關 Bātōngguān[1] atau Patongkuan, bahasa Paiwan: Kanasi, bahasa Kanakavu: Tanungu'incu
  2. ^ Cina tradisional: 玉山山脈; Pe̍h-ōe-jī: Gio̍k-san Soaⁿ-Be̍h; Pinyin: Yùshān Shānmài

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c 玉山. 山林札記. 523 Mountaineering Association. 2004.
  2. ^ 翁世豪 (Nov 2018). 玉山高度初解:探詢陸地測量部新高山真高測量. 歷史台灣 國立台灣歷史博物館館刊 (16): 118.
  3. ^ a b c "Geographic Setting". Central Geological Survey. MOEA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-24. Dicapai pada 2010-06-09. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ a b c d Yushan
  5. ^ 伊能嘉矩 (2021). 伊能嘉矩·臺灣地名辭書. Diterjemahkan oleh 吴密察. 远足文化事业股份有限公司. m/s. 497. ISBN 978-957-9542-98-2.
  6. ^ 陈文添 (Sep 2004). "「新高山」名稱探源". 台湾文献别册. 国史馆台湾文献馆. 10: 37─42.

Pautan luar

sunting