York County, Pennsylvania

Wilayah York ialah sebuah wilayah yang terletaknya di Lembah Susquehanna. Lembah itu merupakan sebuah kawasan pertanian yang subur di selatan tengah Pennsylvania, Amerika Syarikat. Pada tahun 2004, jumlah penduduknya ialah 401,613.

Wilayah York dibentukkan pada tahun 1749 daripada bahagian-bahagian Wilayah Lancaster. Pusatnya ialah bandar raya York6.

Geografi

sunting

Wilayah York mempunyai jumlah keluasan 2,358 km² (910 batu²). 2,343 km² (904 batu² ) dari tanahnya dan 15 km² (6 batu²) yang merupakan 0.64% daripada kawasannya diseliputi air.

Demografi

sunting

Pada 2000, terdapatnya 381,751 orang penduduk, 148,219 isi rumah dan 105,531 keluarga di wilayah ini. Kepadatan penduduknya 163/km² (422/batu²). Terdapat 156,720 unit rumah pada kepadatan purata 67 orang/km² (173 orang/batu²). Pembahagian bangsanya ialah 92.76% orang putih, 3.69% orang Amerika Afrika, 0.18% orang pribumi Amerika, 0.86% orang Asia, 0.03% orang Kepulauan Pasifik, 1.39% daripada kaum-kaum lain, serta 1.10% dari dua atau lebih kaum. 2.96% daripada penduduknya adalah Amerika-Sepanyol atau Amerika Latin dari sebarang bangsa.

Terdapat 148,219 isi rumah yang terdiri daripada 32.5% isi rumah yang mempunyai anak-anak di bawah usia 18 tahun yang tinggal dengan mereka, 58.3% merupakan pasangan suami isteri, 9.0% merupakan isi rumah satu ibu, dan 28.8% adalah nyah keluarga. 23.3% daripada semua isi rumah terdiri daripada individu, dan 9.20% merupakan orang berusia lebih 65 tahun yang hidup bersendirian. Saiz isi rumah purata adalah 2.52, dan saiz keluarga purata 2.98.

Di dalam desa, penduduk-penduduk bertabur dengan 24.6% di bawah usia 18 tahun, 7.5% daripada usia 18 hingga 24, 30.3% daripada usia 25 hingga 44, 24.0% daripada usia 45 hingga 64, dan 13.5% berumur 65 tahun atau lebih. Usia purata adalah 38 tahun. Untuk setiap 100 wanita terdapat 96.70 lelaki. Untuk setiap 100 wanita berusia lebih 18 tahun, terdapat 93.80 lelaki.

Bandar dan pekan

sunting